Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

Walaupn Hidup 1000 tahun klu x sembahyang apa gnanya

15.8.10

Solat Sunat Tarawih


Solat sunat Tarawih ialah solat malam yang dikerjakan pada bulan Ramadhan. Hukum Solat Tarawih ialah sunat muakkad, yang diharuskan pelaksanaannya secara individu atau secara berjamaah.

Solat Tarawih dikerjakan selepas waktu Isyak sehinggalah masuk waktu fajar.
Bilangan rakaat solat Tarawih yang pernah dikerjakan oleh Rasulullah S.A.W. ialah 8 rakaat dan yang biasa dilakukan oleh Umar Ibnu Al-Khaththab r.a sebanyak 20 rakaat dan apa yang dikerjakan oleh beliau menjadi kesepakatan ijma'.

Sebaik-baik surah yang dibaca selepas bacaan al-Fatihah pada solat Tarawih, ialah ayat-ayat pilihan daripada juzuk al-Quran, iaitu pada malam pertama dibaca juzuk pertama dari al-Quran, manakala pada malam keduanya dibaca juzuk yang kedua dari al-Quran, dan pada malam yang ketiga pula dibacakan juzuk yang ketiga dari al-Quran dan begitulah seterusnya.

Hal seumpama ini lazimnya dilakukan oleh seorang imam atau individu yang menghafaz al-Quran.

Adapun yang mudahnya seperti yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang, ialah dengan membaca surah at-Takathur sehingga ke surah al-Massad, mengiringi surah al-Fatihah pada rakaat yang pertama dan surah al-Ikhlas pada rakaat yang ke-2. Situasi ini dilakukan mulai dari malam pertama Ramadhan sehinggalah ke malam yang ke-15, dan pada malam yang ke-16 sehingga ke malam penghabisan bulan Ramadhan, surah yang dibaca mengiringi surah al-Fatihah rakaat yang pertama ialah surah al-Qadar, dan dibaca pada rakaat yang ke-2 ialah surah al-Takathur. Demikianlah dari surah demi surah yang berikutnya hingga ke surah al-Masad.



 







No comments: