Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

25.3.12

Tanda-Tanda


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali,
bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada tanda-tandanya:

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)

19.3.12

Kalimat Hudud (Had-Had) Di Dalam Al-Qur'an

Kesemua 9 ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat hudud, atau had-had dalam bahasa Melayu, disenaraikan di bawah ini:

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

(jangan keluar daripada hudud Allah)

2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian menahan dengan baik, atau melepaskan dengan baik. Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa yang kamu telah memberikan mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat melakukan hudud (had-had) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat melakukan had-had Allah, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itulah had-had Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim.

(jangan mencabuli hudud Allah)

2:230. Jika dia menceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain. Kemudian jika dia (suami baru) menceraikannya, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka akan melakukan hudud (had-had) Allah. Itulah had-had Allah; Dia memperjelaskannya bagi kaum yang mengetahui.

(Allah sendiri memperjelaskannya)

4:13. Itu adalah hudud (had-had) Allah, dan sesiapa mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

(dua ayat sebelum ini, iaitu 4:11 dan 4:12, Allah menjelaskan mengenai pembahagian harta pesaka)

4:14. Tetapi sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya, dan mencabuli hudud-Nya, dialah yang Dia akan memasukkan ke Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan baginya azab yang hina.

(Allah dan rasul menyampaikan hudud-Nya)

9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui hudud (had-had) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

(orang Arab sendiri boleh tidak mengetahuinya kerana tidak percaya, atau kafir, dan kerana kemunafikan mereka)

9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada kemungkaran, dan orang-orang yang menjaga hudud (had-had) Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.

(sifat orang mukmin)

58:4. Tetapi sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin - itu, supaya kamu mempercayai Allah dan rasul-Nya. Itulah hudud hudud (had-had) Allah; dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih.

(azab pedih bagi mereka yang tidak percaya pada hudud Allah)

65:1. Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikanlah mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Janganlah mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga membiarkan mereka keluar, kecuali mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Itulah hudud hudud (had-had) Allah; sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui mungkin setelah itu Allah mengadakan perkara yang baru.

(menzalimi diri sendiri)

**semoga Allah mengampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa isteriku, dosa anak-anakku dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yg berjuang ikhlas kerana Allah....
ya Allah, sesungguhnya aku telah menyampaikan apa yg benar dari kitabMu dan risalah Rasul Mu....maka berikanlah kami hidayah dan jangan Engkau pesongkan kami dari jalan Mu.....
amin ya rabbb**



Apakah Hukum Mewarnakan Rambut?


Masyarakat pada hari ini terutamanya golongan remaja amat gemar mewarnakan rambut dan menganggap ia sebagai satu trend terkini. Golongan ini tidak sedar bahawa mewarnakan rambut merupakan salah satu daripada perkara yang dilarang dalam Islam. Ikuti tentang persoalan yang diajukan oleh individu tentang apakah hukum mewarnakan rambut dalam syariat Islam.

Soalan :

Assalamualaikum Ustaz , boleh ke seorang muslim mewarnakan rambutnya dgn pewarna rambut yang dicop halal contohnya dari jenama wella?.
Sekiranya tak boleh dan dia telah pun mewarnakannya macam mana?

Dari,

Mushkil.

Jawapan :

Alhamdulillah.
Salawat dan salam ke atas RAsulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Haram bagi seorang Muslim mewarnakan rambutnya dengan pewarna rambut walaupun diperbuat daripada benda yang halal kerana perbuatan ini termasuk dalam perkara merubah ciptaan Allah.

Tersebut dalam sebuah hadis daripada Ibnu Mas’ud yang bermaksud

(Allah Ta’ala mengutuk sekelian wanita yang mengukir badan, dan yang minta diukir, wanita yang merubah bulu mata (memakai bulu mata palsu), mengikir gigi dengan sengaja untuk kecantikan dan sekelian yang merobah apa yang telah dijadikan oleh Allah) (H.R. Bukhari/Muslim)

Harus bagi seorang Muslim mewarnakan rambut/janggut yang putih (beruban) dengan pewarna yang suci/halal (contohnya inai) selain daripada warna hitam.

Sekian, wassalam.

Melayukini.net - Jangan jadikan trend semasa itu sebagai ikutan. Tidak salah untuk mengikutinya, tetapi asalkan ia langsung tidak bertentangan dengan syariat Islam. Jika trend hari ini pemakaian kasual seperti jeans, tshirt bukanlah satu benda yang salah. Asalkan ia menutup aurat. Dan ingatlah, jangan sesekali kita mewarnakan rambut. Ia secara tidak langsung akan menyebabkan mandi wajib kita tidak sah kerana air tidak sampai ke rambut.

Sumber: Mufti Melaka

2.3.12

Sukan Tidak Menutup Aurat ?


Tetapi, atlet bolatampar Iran ini (gambar) yang tetap memelihara aurat mereka walaupun bertanding di pentas sukan. Bagaimana Kerajaan Iran mengawal atletnya?

…… fikir2 kan lah.