Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

31.10.10

Anak-Anak Yang Suka Bertanya ???


Pada pandangan saya, anak yang suka bertanya soalan adalah satu kurniaan Ilahi yang sangat istimewa. Anak-anak sebegini jika dilayani berpotensi menjadi remaja Dan seterusnya orang dewasa yang bijak berfikir Dan petah berbicara. Saya maksudkan di sini bukan sembang kosong yang tiada makna, tetapi secara ilmiah Dan padat isinya. Sekaligus mencerminkan ketajaman minda.

Sebenarnya mendidik anak yang petah berbicara bukanlah di luar jangkauan kebanyakan ibu bapa. Terutama jika anak tersebut jelas minat bercakap Dan suka bertanya sejak kecil lagi.

Anak yang petah berbicara Ada dua kelebihan: bijak memilih kata-kata Dan pintar berfikir.

Bijak Memilih Kata-Kata

Lazimnya kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah olahan soalan Dan ayatnya masih kurang teratur. Perhatikan perbualan antara Man (empat tahun) Dan ibunya di bawah sewaktu dalam perjalanan balik dari tadika.

Contoh:

Man: (melihat ke langit) Ibu, cikgu kata awan TU air. Kenapa awan tak jatuh?

Ibu: Hmm ... Menarik soalan TU. Ibu agak mungkin sebab awan terlalu ringan, jadi hanya terapung sahaja di angkasa.

Man: Betul ke ibu?

Ibu: (tersenyum) Ibu tak pasti sebenarnya. Sampai rumah nanti Kita Google sama-sama, OK?

Perhatikan:

1) Ibu tidak malu mengaku dirinya tidak tahu

2) Ibu sengaja menyebut "terapung" Dan "angkasa" – menambah perbendaharaan kata-kata anaknya sekaligus mengembangkan pemikiran si anak Dan membimbingnya supaya bijak memilih kata-kata

3) Ibu tersenyum – tidak membidas atau meremehkan soalan yang diajukan anaknya

Pintar Berfikir

Sampai di rumah, ibu membantu Man membuat carian "why clouds float" ("mengapa awan terapung") menerusi Google Dan menyambung diskusi.

Ibu: Man, kalau Man tuangkan air yang penuh dalam cawan, ke mana air TU tumpah?

Man: Ke tanah?

Ibu: Kenapa tidak tumpah ke atas? Kenapa air TU tak terapung di udara macam awan?

Man: Man tak tau ... (berfikir)

Ibu: Awan sebenarnya adalah titik-titik air yang sangat halus. Titik-titik air ini tersebar di angkasa. Bila dah tersebar, IA jadi ringan, udara di angkasa boleh tampung. Tak seperti air yang penuh dalam cawan.

Mungkin anda tertanya: Mampukah anak berusia empat tahun memahami diskusi seperti ini?

Jawapannya: Boleh, jika anak tersebut sudah dibiasakan dilayan begini. Jika tidak 100%, sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya. Apa yang dilakukan oleh ibu di atas ialah melatih anaknya berfikir secara kritikal.


Bercakap Santapan Minda

Bandingkan gaya interaksi di atas dengan yang berikut:

Man: (melihat ke langit) Ibu, kenapa awan tak jatuh?

Ibu: (acuh tak acuh) Mana ibu tahu. Tanya cikgu kat sekolah!

Interaksi kedua terbantut di situ sahaja kerana ibu langsung tidak menunjukkan minat terhadap soalan Man.

Kualiti pemikiran anak-anak sebahagian besar bergantung kepada kesediaan Dan kesabaran ibu bapa melayani sifat ingin tahu yang membara dalam jiwa setiap anak.

Si anak meningkat keyakinan dirinya bila ibu bapa berusaha sedaya upaya mencari jawapan untuk soalan-soalan yang ditanyakan. Tidak seperti anak yang soalan-soalannya tidak diendahkan, merasa dirinya kurang pintar Dan tidak layak diberi jawapan.

Setiap soalan yang diajukan anak kecil membuka peluang keemasan untuk ibu bapa mengembang Dan menajamkan mindanya. Setiap interaksi antara ibu bapa Dan anak adalah santapan minda untuk anak tersebut.

Internet Dan Pengaruhnya

Gaya hidup Internet merobah segalanya. Ledakan informasi bermakna anak anda dihujani dengan maklumat yang seringkali kurang tepat Dan mengelirukan. Paling serius jika IA membabitkan aqidah Dan kefahaman terhadap prinsip-prinsip Islam. Pun begitu, Internet boleh menjadi sumber maklumat Dan rujukan paling berharga jika anak anda tahu cara menggunakannya. Point saya di sini ialah, anak-anak yang tidak diendahkan soalan-soalannya kurang mahir berfikir secara kritikal Dan lebih mudah terpengaruh dengan elemen-elemen negatif di luar sana.

Mustahil ibubapa boleh menjawab dengan tepat semua soalan yang diutarakan anak-anak. Yang perlu dibuat ialah membimbing anak-anak supaya tidak mudah menelan bulat-bulat apa jua maklumat yang diterima.

Segelintir ibu bapa pula berpendapat bahawa tugas menjawab soalan anak-anak harus dipikul oleh guru. Hari ini, sistem sekolah amat menitikberatkan peperiksaan. Sekolah tidak menggalakkan anak-anak bercakap mahupun bertanya soalan kerana ianya dilihat sebagai mengganggu kelancaran guru mengajar.

Sistem sekolah yang "exam-oriented" sebegini sebenarnya bercanggah dengan naluri ingin tahu setiap kanak-kanak. Ini salah satu sebab ramai anak-anak yang hilang minat belajar di sekolah. Kepintaran anak-anak diukur berdasarkan pencapaian akademik.

Guru wajib menghabiskan silibus yang ditetapkan. Ditambah pula dengan pelbagai isu disiplin yang meningkatkan tahap tekanan guru, tidak hairanlah jika guru kesuntukan masa dan jarang sekali berpeluang melayani sifat ingin tahu kanak-kanak.

Ini bermakna, jika anda impikan anak yang pintar berfikir dan petah berbicara, andalah yang perlu bersikap proaktif dan membimbingnya tanpa jemu! Setiap soalan yang sarat dengan "mengapa", "kenapa", dan "bagaimana" yang terpacul dari mulut anak anda seharusnya diraikan dan diberikan respons sebaik yang anda termampu.

30.10.10

Adam & Hawa


Adam...

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.

Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... Kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil Dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.

Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.

Tetapi... Aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran Ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.

Kau diberi amanah untuk mendidik aku.

Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati Dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku Dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata Dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.

Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.

Dimana perginya keadilanmu?

Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... Tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..

Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?

Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...

Kau sebenarnya Imam Dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.

Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.

Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.

Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.

Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai Dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu Dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...

Andainya kau masih lalai Dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka Kita tunggu Dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.

Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri Dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam...

Andainya warkah yang Ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.

Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam...

Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... Andai langkah seiringmu... Andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih Lena diulit mimpi...

Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... Bukan berlian yang kupinta... Tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...

Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

Ikhlas dari Hawa abad ini...

29.10.10

Cara Mudah & Murah Cegah Aedes


Nyamuk cukup mengganggu dan sangat berbahaya sebagai penyebar berbagai penyakit mematikan.
Cairan pembunuh serangga di pasaran kurang efisien dan bahkan membawa dampak sampingan yang serius.

Berikut ini cara MUDAH dan MURAH yang boleh dicoba. Sesuai untuk segala kondisi pemukiman, sekolah, hospital, taman perumahan, di rumah dll. Sangat KREATIF untuk dicoba di di tempat masing-masing.

Bahan2 yang di perlukan :

- 200 ml air

- 50 gram gula merah

- 1 gram ragi (beli di toko makanan kesehatan dan kedai)

- botol plastik 1,5 liter

Langkah-langkah pembuatan :

1. Potong botol plastik di tengah. Simpan bagian atas/mulut botol.


2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga dingin dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.

 
3. Tambahkan ragi. Tidak perlu diaduk (kacau) Ini akan menghasilkan karbon-dioksida.

 
4. Pasang/masukkan potongan botol bagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.

 
5. Bungkus atau balutkan botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali bagian atas, dan diletakkan di beberapa sudut rumah/sekolah/taman perumahan/hospital dll.

 
Jeng...jeng...jeng....dan inilah hasilnya...... dalam 2 minggu....banyaknyer nyamuk mati !
 
 
Hapuskan aedes... tiada aedes tiada denggi... tiada yang mati....
Pencegahan lebih baik dari rawatan....












28.10.10

Panduan Memilih Isteri


"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah Dan membenci kerana Allah." (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
 
Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?
 
Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar 'sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
 
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya Dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil 'bergetah' jika Kita hendak meminjam bidalan Soekarno.
 
Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang 'boleh tahan' Dan Ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda Dan mempermainkan perasaan lelaki.
 
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa Dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra Dan lemah-lembut.
 
"Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim." (Hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.)
 
Biasanya teruna akan terpikat Dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur Dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.
 
Walaupun 'Mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.
 
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati Dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan Dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik Dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya Ada yang membidalkan bahawa:
 
'Yang bercahaya tidak semestinya emas' Dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona Dan terpedaya.
 
Lakukan Risikan Secara Rahsia
 
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas Dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
 
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
 
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, Ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, Dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan Mata.
 
Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
 
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti Dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika Ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji Dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
 
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
 
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu Dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
 
Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
 
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat Dan menjolok Mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. Ibubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
 
Pada zaman dahulu, Ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
 
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
 
Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
 
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
 
Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
 
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis,
1. kerana kecantikannya,
2. kerana hartanya,
3. kerana keserasian taraf dan
4. kerana agama.
Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
 
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

27.10.10

Etika Melawak Dan Bergelak Ketawa

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.
 
Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis.

Baginda saw bersabda:
 
أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا
 
Maksudnya: "Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya." (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)
 
Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami."

Baginda menjawab:
 
نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا
 
Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.
(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)
 
Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:
 
Pertama:
Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
 
Nabi saw bersabda:
 
ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.
 
Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. (Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)
 
Kedua:
Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: " Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… " ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:
 
بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ
 
Maksudnya: "Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." (Hr Muslim – sahih)
 
Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.
 
Aisyah ra berkata "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia."

Lalu Rasulullah saw bersabda:
 
ما أحب أني حكيت أحدا
 
Maksudnya: "Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain." (Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)
 
Ketiga:
Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
 
Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat.

Rasulullah saw bersabda;
 
لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا
 
Maksudnya: "Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam." (Hr Thabrani – sahih)
 
Nabi saw bersabda:
 
لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا
 
Maksudnya : " Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2." (Hr Ahmad – sahih)
 
Keempat:
Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.
 
Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak.

Nabi saw bersabda:
 
ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق
 
Maksudnya: "Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius:
1. Nikah
2. Cerai
3. Membebaskan hamba.

(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)
 
Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran.

Firman Allah swt:

"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai." (59 – 61 : an-Najm)
 
Kelima:
Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.
 
Nabi saw bersabda:
 
وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ
 
Maksudnya: "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati." (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)
 
Saidina Ali ra:

"Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."
 
Said bin al-'As berkata:

"Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas."

26.10.10

7 Kelebihan Syaitan Vs Manusia


1. Pantang menyerah

Setan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh.
 
2. Selalu Berusaha

Setan akan mencari cara apapun untuk menggoda manusia dan agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia ingin enaknya saja, banyak yang malas.
 
3. Konsisten

Setan dari mulai diciptakan tetap konsisten pada pekerjaanya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia banyak yang mengeluhkan pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang masih nganggur.
 
4. Solider

Sesama setan tidak pernah saling menyakiti, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan peduli terhadap sesama, kebanyakan malah saling bunuh dan menyakiti.
 
5. Jenius

Setan itu paling pintar mencari cara agar manusia tergoda. Sedangkan manusia banyak yang tidak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru dan plagiat.
 
6. Tanpa Pamrih

Setan itu bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan imbalan apapun. Sedangkan manusia, apapun harus dibayar.
 
7. Suka berteman

Setan adalah mahluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya di neraka kelak. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih mementingkan diri-sendiri dan egois.

24.10.10

Kehebatan Surah Al-Ikhlas


'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...
'Bismillahirrahmannirrahim'...
 
Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,

Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah

Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad..

sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah... . Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
 
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa..w:

'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari..
 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
 
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab

Al-Quran... Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
 
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
 
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
 
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan...
 
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
 
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. .
 
 Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu,
 hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
 
 1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain