Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

16.4.12

Hukum Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid


Pengharaman Seks Semasa Haid

Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud:

“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.

Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“

Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita.

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.

Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.

Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.

Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)

Wallahu’alam….


























15.4.12

Air Dimasuki Lalat Boleh Diminum


Dari abu hurairah r.a. Katanya nabi s.a.w. Bersabda; "apabila lalat masuk ke dalam minuman kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat." (sahih bukhari)

Hadis lalat dan kajian saintifik

Abu hurairah r.a. Berkata: nabi s.a.w. Bersabda:

“sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah ia kerana salah satu sayapnya mempunyai racun, dan disebelah yang lain mempunyai penawar.”

[hadis sahih riwayat bukhari (3320), abu daud (3844), ibnu majah (3505)]

Pengertian umum

Hadis ini menjelaskan, sekiranya lalat termasuk ke dalam bekas minuman, maka janganlah tergesa-gesa memandang hina makanan tersebut lalu membuangnya, bahkan perlulah mencelup atau menyelamkan lalat itu di dalam bekas terlebih dahulu, kemudian barulah membuang serangga tersebut.

Tidak menjadi masalah untuk meneruskan makan dan minum di dalam bekas yang pernah mengandungi lalat. Ini adalah disebabkan, sebelah kepak sayap lalat yang jatuh ke dalam air itu mengandungi racun, manakala disebelah lain pula mengandungi penawarnya.

Kefahaman hadis

Kelebihan lalat
Disebutkan di dalam kitab musnad abu ya`la:

Daripada anas bin malik, rasulullah s.a.w. Telah berkata:

“umur lalat adalah selama 40 malam, dan kesemua lalat akan berada di dalam neraka kecuali lebah”

[ibnu hajar mengulas: sanad hadis ini tidak mengapa]

Keberadaan lalat di dalam api neraka bukanlah untuk di seksa, bahkan ia ditempatkan disana bagi menyeksa ahli neraka.

Sains moden pula, menjadikan lalat buah, khususnya "drosophila melanogaster" sebagai bahan kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia. Nabi muhammmad dalam hadis ini menyebutkan berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.

Hukum air yang mengandungi lalat

Majoriti ulama berpandangan:
air yang sedikit tidak menjadi najis sekiranya dimasuki dengan sesuatu yang tidak najis. Oleh itu, air yang mengandungi lalat tidaklah najis, kerana menjadi suatu kemustahilan apabila rasulullah mengarahkan umatnya mencelupkan sesuatu najis ke dalam air minuman.

Ibnu qayyim mengulas:
ini adalah pendapat majoriti ulama yang tidak diketahui dari mana-mana salaf yang berselisih terhadapnya.

Sebahagian ulama yang lain pula berpandangan:
tujuan hadis ini bukanlah untuk menjelaskan kesucian air, tetapi menerangkan cara perubatan yang disebabkan oleh masalah lalat.

Ibnu hajar mengulas:
ini adalah pendapat yang benar, akan tetapi tidaklah terhalang dari mengambil hukum yang lain.

Kelebihan mencelup lalat

Mampu mengeluarkan penawar yang ada di sebelah sayap lalat yang terjatuh di dalam air. Bahkan, makanan atau minuman itu pula boleh diminum mengikut kadar kesanggupan.

Menjawab dakwaan orang yang menentang hadis ini

Sebahagian orang islam dan orang bukan islam telah memperolok-olokkan hadis ini. Diantara mereka, ada yang mengatakan:

Bagaimana boleh berkumpul antara racun dan penawar pada sayap lalat?

Bagaimana pula lalat boleh tahu sehingga dia mampu mendahulukan sayap yang mempunyai racun dan melambatkan sayap yang mempunyai penawar?

Apa yang membuat ia begitu pandai??

Imam al-khatabi berkata:
“ini adalah pertanyaan orang yang benar-benar jahil atau memang hanya berpura-pura jahil. Seorang yang dapat merasai kehidupan dalam dirinya dan kehidupan keseluruhan haiwan, dia akan mendapati bahawa terkumpulnya hawa panas dan sejuk, kering dan basah yang saling berlawanan dimana apabila bertemu maka akan saling merosakkan.

Tetapi allah mampu untuk menyatukannya dan menjadikannya sebagai kekuatan haiwan agar tidak ada orang yang akan mempertikaian akan terkumpulnya penyakit dan ubat dalam satu haiwan. Dialah yang memberi ilham kepada lebah untuk membuat rumah yang sangat menakjubkan serta mengeluarkan madu dan dia juga yang memberi ilham kepada semut agar mencari makanan rujinya serta disimpan untuk keperluan hidupnya,

dialah yang menciptaan lalat dan mengajarnya agar mengedepankan sayap penyakit terlebih dulu kemudian sayap penawarnya. Semua itu adalah keinginan allah untuk menguji hamba-nya supaya wujud ta’abbud (ibadah). Pada segala sesuatu terdapat pelajaran dan hikmah. Dan tidak ada yang dapat memahaminya kecuali orang-orang yang berakal”

[maalim sunan 4:239]

Ibnu jauzi juga mengatakan:
apa yang disebutkan itu tidaklah aneh, kerana lebah pun mengeluarkan madu dari bahagian atasnya, dan mengeluarkan racun dari bahagian bawahnya.

Kajian saintifik

Kajian saintifik telah mendapati bahawa,
lalat akan mengeluarkan unsur-unsur kecil dari jenis enzim yang dinamakan bacteriphages iaitu, suatu organisma kuman yang merosakkan hidupan lain.

Ianya merupakan kuman yang sangat kecil, bersaiz panjang 20;25 mµ. Oleh itu, apabila lalat jatuh ke dalam air, hendaklah lalat tersebut dicelup kerana ia akan mengeluarkan kuman bacteriphages yang menentang bakteria perosak.

Sekian, adanya.


































13.4.12

Solat Jiran Masjid & Isu Hadis Lemah


Soalan ketiga
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada solat bagi yang berjiran dengan masjid kecuali di masjid.” Apakah taraf hadis ini dan maksudnya? Bolehkah beramal dengan hadis dhaif?

Jawapan:
Hadis di atas telah diriwayatkan oleh al-Daraqutni (1/419), al-Hakim (no: 898), dan al-Baihaqi (no: 4724), melalui jalur Sulaiman bin Daud al-Yamami, daripada Yahya bin Abi Kathir daripada Abi Salamah daripada Abu Hurairah, secara marfu’.

Al-Hakim dalam al-Mustadrak tidak membuat apa-apa komentar terhadap penilaian hadis ini.

Al-Albani dalam Silsilah Dhaifah (1/332) mengatakan bahawa kecacatan hadis ini berpunca dari perawi bernama Sulaiman, dan beliau seorang yang sangat dhaif.

Ibn Ma'ien menilai perawi tersebut sebagai "tiada apa-apa".

Imam al-Bukhari pula menilainya sebagai "Munkar al-Hadis". Al-Zahabi menukilkan bahawa Imam al-Bukhari berkata: “Sesiapa yang aku katakan sebagai Munkar al-Hadis, maka tidak halal meriwayatkan daripadanya.”

Di dalam Sunan al-Daraqutni (1/419), terdapat satu jalur hadis ini dengan lafaz yang bermaksud: “Tidak ada solat bagi siapa yang mendengar azan, kemudian tidak datang kecuali kerana sakit.”

Kata al-Albani dalam Silisilah al-Dhaifah (1/332), bahawa sanadnya dhaif kerana Abu al-Sikkin yang dihukum oleh Abu Hatim sebagai majhul (tidak dikenali).

Kemudian al-Albani membawakan beberapa nukilan ahli hadis yang mendhaifkan perawi ini.

Di dalam sesetengah riwayat, menjelaskan bahawa maksud jiran masjid ialah mereka yang mendengar azan. Al-Albani mengatakan, ia diriwayatkan oleh Ahmad sebagaimana dalam Masa’il anaknya Soleh, dengan sanad yang sahih, dan secara mauquf daripada Ali RA.

Di dalam satu riwayat yang bermaksud: “Siapa yang mendengar azan, kemudian tidak pergi, maka tiada solat baginya kecuali dengan sebab uzur.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibn Majah, al-Daraqutni, al-Hakim, al-Baihaqi dan sanad Ibn Majah dan lainnya sahih. Ia telah disahihkan oleh al-Nawawi, al-`Asqalani, al-Zahabi dan ulama sebelum mereka seperti al-Hakim.

Penulis berpendapat, sekalipun hadis yang di atas dhaif, namun ia mempunyai syawahid (kesaksian) daripada hadis-hadis yang lain. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan dinilai sahih oleh ramai ulama seperti yang terdapat dalam al-Irwa’ (الإرواء).

Justeru, hadis ini sepatutnya boleh menjadi asas untuk beramal.

Ini kerana sekalipun dhaif mengikut syarat yang dikemukakan oleh ulama mustalah hadis (مصطلح الحديث) yang khilaf (خلاف) tentang beramal dengan hadis dhaif kepada tiga pendapat:

i. Tidak harus beramal secara mutlak. Inilah pendapat al-Qadhi Abu Bakr Ibn al-`Arabi, dan juga Ibn Sayyidi al-Nas menghikayatkannya daripada Yahya bin Ma`in.

ii. Boleh beramal dengannya secara mutlak. Pendapat ini disandarkan kepada Abu Daud dan Imam Ahmad.

iii. Boleh beramal dengannya berkaitan dengan fadhilat al-A’mal dan yang berbentuk peringatan, kisah-kisah dan seumpamanya yang tidak berkaitan dengan aqidah-aqidah dan hukum-hakam. Inilah yang muktamad di sisi ulama muhaqqiq.

Pendapat yang ketiga
ini pula disokong oleh Ibn Abd al-Bar dengan katanya: “Segala hadis fadhail tidak berhajat padanya untuk dihujah dengannya.” Imam al-Nawawi Rahimahullah menambah dalam al-Azkar dengan menyandarkan kepada para ahli hadis dan fuqaha’: “Harus dan sunat beramal dengan hadis dhaif dalam bab fadhail a’mal selama mana ia bukannya maudhu’ (palsu).”

Bagi menjelaskan lagi hukum beramal dengan hadis dhaif, dinyatakan di sini syarat-syaratnya.

Antaranya seperti yang disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani:

i. Ia masalah fadhilat a’mal.

ii. Kedhaifannya bukan amat ketara.

iii. Termasuk di bawah asal yang boleh beramal dengannya.

Jangan i’tiqad ketika beramal dengannya bahawa itu adalah thabit tetapi diamalkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Haq: harakahdaily.net

Angry Birds (Geli-Geli)

5.4.12

Hukum Khitan Anak Perempuan

Para fuqaha berbeza pendapat mengenai hukum mengkhatan / khitan. Oleh itu terdapat tiga versi pendapat, sebagaimana dihuraikan oleh Syaikh Muhammad Mukhtar Asy-Syinqithi dalam kitabnya Ahkamul Jirahah Ath-Thibbiyah wa Al-Atsar al-Mutarabbatu ‘Alaiha, ms. 161-162. Ringkasnya seperti berikut:

Pertama,
khitan hukumnya wajib atas lelaki dan perempuan. Ini pendapat ulama Syafi’iyah, Hanabilah, dan sebagian Malikiyah. [Imam Nawawi, Al-Majmu’, 1/300; Ibnu Muflih, Al-Mubdi’, 1/103; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, ms.167].

Kedua,
khitan hukumnya sunnah (tidak wajib) atas lelaki dan juga perempuan. Ini pendapat ulama Hanafiyah, Imam Malik, Imam Ahmad dalam satu riwayat, dan Imam Syaukani. [Imam Sarakhsi, Al-Mabsuth, 1/156; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, ms.167; Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/85; Imam Syaukani, Nailul Authar, 1/294].

Ketiga,
khitan wajib atas lelaki, tapi sunnah (tidak wajib) atas perempuan. Ini pendapat Imam Ahmad dalam riwayat lain, sebahagian ulama Malikiyah dan ulama Zhahiriyah. [Ibnu Muflih, Al-Mubdi’, 1/104; An-Nafrawi, Al-Fawakih Ad-Dawani, 1/461, Ibnu Hazm, Al-Muhalla, 2/217].

Haq: Harakahdaily.net

10 Golongan Yang Diusir Dari Padang Mahsyar

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.