Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

31.7.11

Islam Pasti Akan Bangkit Semula Sebelum Kiamat


Islam ugama wahyu bukan ideologi. Maka boleh kah Islam di perjuangkan melalui cara orang memperjuangkan ideologi saperti melalui pilihanraya?. Belum ada Pejuang Islam dalam dunia ini yang telah sukses mempertabatkan Islam melalui politik pilihanraya berdemokrasi atau melalui isme isme yang lain atau melalui kekerasan sekali pun. Apa yang kita nampak, makin di perjuangkan makin berpecah belah umat Islam dan makin terhina Agama Islam.

Islam agama wahyu. Kepunyaan Allah. Maka ianya hanya boleh di perjuangkan melalui cara yang di kehendaki olih Allah.Ya itu melalui “Instruction Manual” yang di sediakan oleh Allah (Al Quran & Hadis).Bukan melalui cara atau metod yang di reka olih manusia. Kerja kita memperjuangkannya.............. bila Islam akan kembali gemilang………. itu kerja Allah. Islam agama Allah, kita mesti terus berjuang cara yang di tetapkan olih Allah sambil menunggu jadual Allah, saperti dalil dalil yang tersebut di bawah:-
 
1. Dalil Al Quran

"Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka khalifah khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan serta mengembangkan agama mereka yang telah diredhai Nya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan. Mereka terus beribadah kepada Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Ku.Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang yang derhaka." (Surah An Nur: 55)
 
2. Dalil Al Hadis

Dari Nukman bin Basyir, katanya…’Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.

Datanglah Abu Saklabah lalu berkata

” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’

Huzaifah RA lalu segera menjawab.

” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”

Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.

Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yg Dia kehendaki.”

Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan ( Khulafaur Rasyidin ) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.

Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.

Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.

Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”

Kemudian Rasulullah SAW pun diam….
 
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5.)
 
Wallahu'alam

30.7.11

Dapur Ialah Ibu Bagi Seisi Rumah


SM Mohamed Idris

Makanan memainkan peranan penting dalam kehidupan. Salah satu perkara yang menyenangkan hati suami apabila pulang ke rumah ialah menikmati hidangan yang dimasak sendiri oleh isterinya. Begitu juga dengan anak-anak. Tidak ada perkara yang lebih membahagiakan daripada menikmati hidangan hasil air tangan ibu mereka. Malah makan bersama merapatkan lagi hubungan antara seisi keluarga.

Tetapi kini keadaannya sudah jauh berubah. Memasak makanan di rumah dan kemudian makan bersama sudah tidak menjadi amalan keluarga zaman sekarang. Memandangkan semakin ramai wanita bekerja di luar rumah, memasak untuk keluarga sudah jarang dilakukan.

Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan yang murah dan mudah diperolehi. Terdapat makanan dijual di pasar malam, gerai penjaja dan restoran makanan segera, sementara tempat-tempat makan yang dibuka 24 jam yang menjual capati dan teh halia boleh dinikmati oleh sesiapa saja yang lapar selepas tengah malam.

Sebenarnya, hidangan yang dikomersialkan ini mendedahkan ancaman kesihatan yang serius kepada pengguna. Misalnya makanan seumpamanya mengandungi terlalu banyak lemak, gula dan garam, malah kadangkala disediakan dalam keadaan yang tidak bersih.

Penduduk Malaysia sepatutnya berusaha mengurangkan lemak dan gula dalam makanan tempatan kerana Malaysia mempunyai jumlah penghidap diabetes, strok dan penyakit jantung antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Pada tahun 2000, 7.6% atau 1.82 juta penduduk Malaysia yang melebihi usia 20 tahun adalah penghidap diabetes dalam negara yang mempunyai sekitar 24 juta penduduk, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pakar-pakar menyalahkan kemewahan, gaya hidup yang santai dan trend semasa di mana semakin ramai ibu bekerja menyumbang kepada masalah kesihatan yang semakin meningkat. Pada amnya penduduk Malaysia semakin banyak mengambil makanan yang tinggi kalorinya.

Menurut perangkaan kerajaan, lebih dua pertiga daripada penduduk yang berusia 18 tahun ke atas tidak bersenam. Kira-kira 54% penduduk dewasa pula sama ada obes atau mempunyai berat badan yang berlebihan, berbanding cuma 24.1% dalam tempoh 10 tahun lalu. Akibatnya, tujuh daripada 10 orang dewasa di Malaysia menghidap penyakit-penyakit yang kronik.

Diabetes dan kegagalan ginjal tahap akhir merupakan masalah kesihatan yang serius di Malaysia. Adalah dianggarkan terdapat 13,000 pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis dan setiap tahun terdapat 2,500 pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir.

Satu lagi hal yang membimbangkan ialah 4 dari 5 penghidap diabetes akan mati akibat penyakit jantung (pembunuh utama di negara ini). Enam kes baru strok pula berlaku setiap sejam di Malaysia.

Tinjauan mendapati bagi setiap penghidap diabetes yang dikenal pasti, terdapat sekurang-kurangnya seorang lagi yang tidak mengetahui dirinya menghidap penyakit ini (oleh itu tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya) sehinggalah berlaku komplikasi yang sukar diubati. Lebih buruk lagi, diabetes Jenis 2 bukan sekadar membabitkan golongan usia pertengahan atau tua, malah kanak-kanak semuda 10 tahun yang menderitai diabetes (Jenis 1 dan Jenis 2) sudah menjadi satu kelaziman di sini.

Doktor mendapati kanak-kanak penghidap diabetes biasanya obes, yang berpunca daripada memakan terlalu banyak makanan yang tidak sihat dan menjalani gaya hidup santai. Menurut tinjauan tersebut, diabetes Jenis 2 lebih ketara di kalangan mereka yang berusia di antara 18-29 tahun, namun terdapat juga kanak-kanak yang menghidapnya.

Menurut seorang perunding kanan kanak kanak, “Amalan makan kanak-kanak yang buruk seperti suka memakan burger, naget, ayam goreng, kentang goreng dan minuman berkarbonat merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada obesiti. Melakukan kerja sekolah di rumah berjam-jam lamanya, menonton TV dan bermain permainan komputer memburukkan lagi keadaan.”

Pengambilan gula yang tinggi (yang juga menyebabkan obesiti) di kalangan penduduk turut menjadi salah satu penyebab diabetes. Kita mengambil 26 sudu teh gula sehari dan merupakan pengguna gula kelapan tertinggi di dunia.

Di sebalik kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan untuk mendidik orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat, taraf kesihatan penduduk negara ini semakin merosot sejak kebelakangan ini. Bilangan penghidap bukan penyakit-penyakit berjangkit seperti diabetes terus meningkat di kalangan penduduk.

Sudah tiba masanya kita mencari pendekatan yang bersifat kerohanian untuk menyelesaikan masalah tersebut dan jawapannya terletak kepada dapur dalam setiap rumah. Tidak ada makanan yang boleh menyaingi makanan yang dimasak sendiri di rumah, kerana seseorang itu berpeluang memilih ramuan yang menyihatkan.

Sehubungan dengan tahap kesihatan yang semakin merosot di Malaysia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pendidikan supaya memperkenalkan kelas memasak di sekolah-sekolah tanpa mengira jantina. Pelajar perlu diajar cara memasak agar mereka mempunyai kebolehan memasak hidangan yang menyihatkan untuk keluarga mereka.

Mereka yang jarang memasak mungkin akan merasakan ia satu tugas yang berat. Bagaimanapun terdapat beberapa panduan untuk memudahkan kerja memasak dan lebih enak untuk dijamah.

Rancang Hidangan – adalah penting untuk merancang menu terlebih dahulu. Ia mungkin cuma mengambil masa beberapa hari atau seminggu dua lebih awal. Ketahuilah apa yang akan dimasak pada keesokan hari. Pastikan masakan anda mudah disediakan serta menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi.

Sediakan Senarai Barang Belian – sesudah anda merancang hidangan mudah menggunakan bahan ramuan yang mudah diperolehi, anda boleh memenuhkan kabinet di dapur dengan bahan-bahan ini. Simpanlah senarai barangan ini dan periksalah berapa yang masih tinggal. Cuba beli barang keperluan ini ketika jualan murah tetapi perhatikan juga tarikh tamat tempoh penggunaannya.

Sediakan Senarai Belian Runcit – sungguhpun pada mulanya ia akan memakan masa namun ia menjimatkan masa pada masa depan. Buat senarai barangan yang biasa dibeli secara mingguan atau bulanan. Apabila tiba masa untuk berbelanja, catatkan senarai barangan yang hendak dibeli.

Simpan senarai harga – ketahui apa yang dibelanjakan ke atas barang makanan. Gunakan buku nota kecil untuk mencatatkan harga ketika membeli dan simpan senarai itu di dalam komputer. Ini penting untuk mengetahui bajet anda.

Gunakan petak penyejuk beku – Ketika memasak, cubalah agihkannya kepada dua bahagian. Simpanlah satu bahagian dalam petak penyejuk beku untuk dimakan apabila anda kesuntukan waktu untuk memasak. Ini boleh menghalang anda dari berkejar ke tempat makan atau restoran makanan segera.

Jaga Kebersihan Dapur – Memasak dalam dapur yang bersih dan tersusun rapi lebih menyeronokkan daripada memasak dalam keadaan dapur yang berselerak. Biasakan membersih dapur sambil anda memasak.

17.7.11

Sudah Lama Kita Bersolat....

Sudah lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita. Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.
 
* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.
 
* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.
 
Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.
 
Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.
 
* Jenis Ketiga
 
Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.
 
Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.
 
* Jenis Keempat
 
Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.
 
Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.
 
Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.
 
Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
 
* Jenis Kelima
 
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.
 
Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.
 
Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.
 
Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.
 
Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.
 
Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

16.7.11

Kecelakaan Zina...


“Dan orang-orang yang tidak menyeru ALLAH beserta Tuhan yang lain, dan tidak membunuh akan suatu diri, kecuali dengan haknya (hukumbunuh) dan tidak pula berzina. Barang siapa berbuat semacam itu, bertemulah dia dengan dosa” (al-Furqan;68)

“Hai sekelian orang, jauhilah oleh mu akan zina, kerana zina menimbulkan 6 kecelakaan. Ada pun yang 3 di dunia, dan 3 pula di akhirat, iaitu menjatuhkan harga peribadi, menyebabkan miskin dan mengurangi umur, dan 3 di akhirat ialah kebencian Tuhan, keburukan perhitungan dan azab siksa neraka.

(Hadith riwayat Huzaifah.)

Sejak dari syariat Nabi Musa adalah zina dilarang keras, dan jika Nabi Isa Almasih sendiri pun memandang berat perkara zina, sehingga beliau berpesan pada murid-muridnya kalau matamu telah terlanjur berzina yaitu pandanganmu kepada perempuan kerana syahwatmu, lebih baik di korek mata itu.

“ Janganlah didekati zina, kerana dia sangat keji dan jalan yang amat jahat (al-Isra’;32)

“ Orang laki-laki penzina, yang di nikahinya ialah perempuan penzina pula atau perempuan musyrik. Perempuan penzina jodohnya ialah laki-laki penzina pula atau laki-laki musyrik, dan diharamkan yang demikian itu atas orang yang beriman”

(Surah an-Nur;ayat 3)

Lelaki yang beriman hanya mencari jodoh orang perempuan beriman, begitu juga orang perempuan, agar sama-sama menuntut hidup baru yang diredhai ALLAH, kerana kehidupan berumah tangga bukanlah didasarkan kepada apa yang disebut di zaman sekarang “ dasar cinta” melainkan kepada dasar yang telah tinggi dan mulia yaitu amanah ALLAH.

Sabda Rasulullah yang bermaksud;

“Berwasiat-wasiatlah kamu terhadap perempuan dengan sebaik-baiknya kerana kamu mengambilnya jadi isteri ialah sebagai amanah dari ALLAH dan barulah halal kehormatannya bagi kamu, setelah dihalalkan dengan kalimah ALLAH”

(Hadith Bukhari&Muslim)

Berzina adalah segala persetubuhan diluar nikah, iaitu tidak dapat disahkan dengan nikah. Tidaklah di perhitungkan sukakah kedua belah pehak atau tidaksuka, walau pun pehak yang seorang memaksa atau memperkosa atas pehak lain. Perzinaan menurut yang ditentukan oleh islam itu ialah persetubuhan yang terjadi di luar nikah, walau pun suka sama suka. Mengapa islam sekeras itu menghukum orang yang berzina? Atau bersalah, ini adalah kerana untuk memelihara dan menjaga kehormatan dan harga diri. memelihara dan menjaga kehormatan dan harga diri.

Untuk memelihara kehormatan, hendaklah hubungan lelaki dan perempuan dengan nikah. Dilarang berzina, dizaman pemerintah Khalifah Ali bin Abu Thalib pernah dilakukan hukuman bakar atas orang yang bersetubuh sejenis (liwat) yaitu laki-laki menyetubuhi laki-laki atau perempuan sesama perempuan.Dan pernah juga dijatuhkan hukuman bunuh atas orang yang tertangkap menyetubuhi binatang.

Kecelakaan zina

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ”

Riwayat al-Bazzar

Huraian

i) Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah menjaga kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar (al-kaba'ir) di samping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.

ii) "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32) Larangan zina yang digunakan di dalam al-Quran ini iaitu ''Janganlah kamu mendekati zina, bukan ''Janganlah melakukan zina'' mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali seperti memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya.

iii) Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorang muslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat.

iv) Hari ini seakan menjadi “trend”, kebanyakan pakaian yang dipakai oleh golongan muda (ada juga yang telah berumur) terlalu pendek, ketat dan nipis fenomena seperti ini patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat.

v) Segala-saluran yang dikira boleh membawa manusia kepada perzinaan seperti rumah-rumah pelacuran, disko-disko, rumah-rumah urut dan sebagainya hendaklah dicegah ditutup keseluruhannya. Jika tidak akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.
















15.7.11

Barber


Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutnya. apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai byk perkara.tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah, barber itu pun berkata,'' saya tak percaya Allah itu wujud.'' 

''kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.
'' cuba kamu keluar di tgh jln itu dan tunjukkan pd saya bahawa Allah itu wujud. kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sgt org sakit kat luar tu?

kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. saya x dpt bayangkan Allah yg maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.

si lelaki itu pun berfikir sejenak. tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran.

selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorg lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,

'' kamu tahu tak yg sebenarnya barber jugak tidak wujud?''

''kenapa kamu kata mcm tu?

sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi''..kata barber.

''tidak!'' kata si lelaki tadi.''kalau barber wujud, dah tentu tidak ada org yg berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yg panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu''.

''ah! barber mmg wujud! lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tidak dtg pada saya utk menggunting rambutnye!'' kata barber.

''tepat sekali!''. kata si lelaki tadi.

''that's the point!.

Allah jgk wujud. itulah yg terjadi (keperitan & penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya utk memohon pertolongan. ''

14.7.11

Ulama Saudi Larang Nada Dering Azan, Ayat Al-Quran


RIYADH: Ulama Arab Saudi melarang laungan azan dan bacaan ayat suci al-Quran dijadikan sebagai nada dering telefon bimbit kerana ia dianggap menjejaskan kesucian Islam.
 
Sheikh Saleh Al-Shamrani berkata, perbuatan itu bersifat makruh apalagi jika deringan itu berlaku ketika pemiliknya berada dalam tandas atau pada premis hiburan seperti disko.
 
"Ayat suci al-Quran amat tinggi nilainya dan tidak tepat direndahkan tahapnya sebagai nada dering telefon bimbit. Paling rendah hukumnya adalah makruh," katanya kepada akhbar Arab Al-Sharqul Awsat, kelmarin.
 
Beliau yang juga pensyarah Akademi Ilmiah Universiti Islam Raja Mohamed Saud, membuat ulasan itu berikutan semakin ramai umat Islam menjadikan laungan azan dan bacaan ayat suci al-Quran menggantikan irama muzik moden sebagai nada dering.
 
Sheikh Saleh berkata, larangan menggunakan ayat suci al-Quran dan azan dibuat atas ilat atau alasan ia sememangnya tidak boleh digunakan berdasarkan banyak sebab, termasuk tempat.
 
"Ia seperti deringan ketika pemilik berada di tempat kotor seperti tandas atau tempat tidak sesuai seperti disko atau majlis apabila ketika itu orang ramai sedang ketawa," tegasnya.
 
Seorang lagi ulama, Suad Afif mahu satu garis panduan diwujudkan khusus mengenai penggunaan ayat suci al-Quran dan azan.
 
"Kita tidak mahu di tengah kegilaan ramai mendapatkan nada dering diminati, aspek kemurnian agama Islam itu pula tercemar. Kita juga tidak mahu keindahan dan kemurnian ayat suci dan azan itu diperlekeh baik secara sengaja atau tidak," katanya.
 
Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata nada dering ayat suci al-Quran dan laungan azan, dari satu aspek mengingatkan umat Islam mengenai ibadat, seperti kewajipan menunaikan solat.
 
"Memanglah ia baik untuk umat Islam tetapi dari satu segi, jika nada dering itu didengar dalam tandas, tidak baik. Walaupun kita tidak nampak tulisan ayat al-Quran, ia tidak baik untuk didengar dalam tandas.
 
"Ayat suci al-Quran tidak boleh dibawa ke tempat kotor dan najis. Walaupun nada dering, ia kalau didengar di tempat seperti itu merendahkan kesucian al-Quran," katanya.
 
Beliau menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati dalam memilih nada dering telefon bimbit bagi mengelakkan melakukan dosa.

13.7.11

Allah Lindung Keaiban Makhluk Nya

Pada zaman Nabi Musa AS, bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, "Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami". Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur `alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha'.. wal bahaaim ar rutta'.. wal masyaayikh ar rukka'.." Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, "Ilaahi.. asqinaa"..

Allah pun berfirman kepada Musa, "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian".

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, karena engkaulah hujan tak turun". Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.

Ia berkata dalam hatinya, "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun". Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , "Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku".

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, "Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia". Allah berfirman, "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu".

Musa berkata, "Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu". Allah berfirman, "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia bertaubat kepadaKu?"

Oh! Islam: Kalaulah bukan kerana Allah menutup aib-aib dari pengetahuan umum atas dosa-dosa yang kita lakukan, pasti keaiban kita sudah lama tersebar.

Tapi cuba kita lihat anak muda sekarang, mereka tidak malu dan mereka sendiri menceritakan aib tentang diri sendiri kepada kawan-kawan seolah-olah bangga dengan perbuatan yang dilakukan. Tidak sedarkah mereka bahawa Allah telah menutup aib mereka, tapi mereka sendiri membuka pekung di dada.

12.7.11

At-Tolaq

Salah satu ayat yang bagus diamalkan dan dijadikan doa. Semasa membacanya hendaklah kita membulatkan hati dengan bertakwa dan bertawakal dengan sebenar-benarnya hanya kepada Allah. Mudah mudahan Allah akan mencukupkan keperluan kita.



Manusia seperti Sebuah BUKU....

-Cover depan adalah tanggal-lahir...

-Cover belakang adalah tanggal kematian...

»Tiap lembarnya, adalah tiap hari dlm hidup kita dan apa yg kita lakukan...

»Ada buku yg tebal, ada buku yg tipis...

»Ada buku yg menarik dibaca... ada yg sama sekali tidak menarik...

»Sekali tertulis, tidak akan pernah bisa di'edit' lagi...

»Tapiii.. hebatnya,

seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, baru dan tiada cacat...

»Sama dgn hidup kita, seburuk apapun kemarin.. Tuhan selalu menyediakan hari yang baru untuk kita memperbaikinya...

»Kita selalu diberi kesempatan baru utk melakukan sesuatu yg benar, sukses dan lebih baik dari hari2 sebelumnya...

»Kita selalu bisa memperbaiki kesalahan dan melanjutkan alur cerita kedepannya sampai saat usia berakhir yang sudah ditetapkan-NYA, ketika lembaran buku kehidupan sampai pada sampul penutupnya, Waktu dimana tidak ada kesempatan lagi untuk kita memperbaiki buku kehidupan...

Allah... Terimalah taubat kami stiap hembusan nafas.

11.7.11

Bersih Go Global ...

BERSIH 2.0 Khairah, Mesir


BERSIH 2.0 Ottawa, Canada


BERSIH 2.0 New York


BERSIH 2.0 London


BERSIH 2.0 Paris


BERSIH 2.0 Osaka, Jepun


BERSIH 2.0 Taipei

BERSIH 2.0 Hong Kong

BERSIH 2.0 Melbourne, Australia


BERSIH 2.0 Adelaide, Australia


BERSIH 2.0 Pudu, Kuala Lumpur
Dicatat oleh Tukar Tiub....

Simbolik Arwah Baharuddin-Wajib Setiap Rakyat Malaysia Tahu Keajaiban Ini




SEBELUM MENINGGAL BELIAU SEMPAT MENGIMAMKAN SOLAT.ALLAHUAKBAR

ALFATIHAH...

ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!

TIADA YANG TERJADI IANYA SECARA KEBETULLAN.SETIAP YANG TERJADI ITU ADA HIKMAHNYA JUGA PETUNJUK BAGI MEREKA YANG BERIMAN,YAKIN DAN PERCAYA.

Bismillahirrahmanirrahim ...Sahabat kita yang meninggal ini rupanya telah meninggalkan satu kenangan manis dalam negara.Persaudaraan diantara rakyat dalam negara ini walau ianya berbeza warna kulit dan agama.Demi menegakkan KEADILAN, ALLAH Subhallah taala membuka pintu hati diantara kedua-dua bangsa ini bersatu dan berkerjasama dalam melaungkan kalimah Allah.Kelihatan gambar diatas seakan Allahyarham berdoa dengan khusyuknya kepada Allah sambil seorang pemuda Cina memegang pembesar suara yang kelihatan tiada apa-apa masalah diantara mereka.Semangat tolong menolong diantara kita rakyat MALAYSIA dan ini sebagai ICON/SIMBOLIK KEPADA TUNTUTAN KEADILAN.
 
Ini adalah satu perkara yg unik dan tidak pernah berlaku di negara ini.Ini merupakan satu kebangkitan.Orang muda tanpa mengira warna perlu membantu orang tua di dalam perkara bukan maksiat lebih-lebih lagi TUNTUTAN KEADILAN.
 
Bersatu hatilah kita semua rakyat MALAYSIA.Jangan ada diantara kita ketamakkan,hasad dengki dan perangai tercela.Haruslah kita bergabung demi NEGARA kita dan HAK kita sebagai rakyat MALAYSIA.Jangan disiakan nyawa sahabat kita dan petunjuk dari TUHAN YANG MAHA ESA.
 
Inilah peluang kebangkitan diantara kita semua.Jika ALLAHYARHAM BAHARUDDIN boleh memberi tauladan kepada kita diatas semangat setiakawan tanpa mengira bangsa.APA mungkin kita yang hidup ini tidak boleh menyambung perjuangan beliau.
 
Ambo cukup terhiba akan keunikkan ini.Tiada kata yang indah untuk menggambarkannya.Bermulalah kebangkitan rakyat MALAYSIA melakar sejarah negara. TAKBIRRRRRRR!!!!

Dicatat oleh Saufi Yusoff

7.7.11

Hak-Hak Anda Bila Di Tahan Polis Malaysia


RED BOOK (BAHASA MALAYSIA)

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam,

Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; "Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda."

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah: Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna:

• Biru: Berpangkat Inspektor dan ke atas.

• Kuning: Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.

• Putih: Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan DiriHanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Bilakah anda ditahan

Anda ditahan apabila anggota polis itu:

• menjawab "ya";

• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau

• menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Penyataan saksi/112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).

• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.

• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.

• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.

• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.

• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.

• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.

• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?" Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?" Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:

1. Keluarga atau rakan; dan/atau

2. Seorang peguam.

Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka:

• yang anda telah ditangkap;

• masa, tempat dan alasan ditangkap;

• Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:

• Di Balai Polis, atau

• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM

6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:

• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau

• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.

Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapans eorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:

• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;

• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;

• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;

• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;

• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;

• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan

• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.

• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.

• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda

• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:

1. Bantah;

2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan

3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.

8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian

• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.

• Anda ditangkap.

• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah- pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 Hak anda

• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.

• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda

Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda bolehmenggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072

• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428

• Negeri Sembilan : 06-6013 844

• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514

• Johor : 07-2235 698

• Perak : 05-2550 523

• Kedah & Perlis : 04-7333 467

• Kelantan : 04-7448 660

• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410

• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 0