Rasulullah SAW berpesan
sesungguhnya kubur adalah rumah pertama dari rumah diakhirat, siapa yang
selamat didalamnya maka apa yang selepasnya lebih mudah baginya, apabila dia
tidak selamat didalamnya apa yang selepasnya lebih buruk darinya. Ada golongan
manusia yang dikurniakan satu kerahmatan oleh Allah SWT kepada mereka, apabila
suasana di alam kubur itu di dalam keadaan yang menakutkan, tiba-tiba mereka
terlepas daripada pertanyaan oleh malaikat Mungkar & Nakir.
Berdasarkan hadis Rasulullah
memang terdapat beberapa golongan yang tidak disoal di dalam kubur, antaranya
adalah :
Murabit
Murabit adalah mereka yang
menjaga keselamatan sempadan negara Islam, ,kubu pertahanan dan mempertahankan
negara sama ada di darat,laut dan udara. Mereka adalah polis, pegawai
keselamatan, tentera dan lain-lain yang menjaga keselamatan orang lain daripada
ancaman bahaya pihak musuh dengan niat kerana Allah. Mereka adalah golongan
yang amat beruntung kerana berpeluang untuk beroleh nikmat keistimewaan
ini.
Riwayat daripada Salman
al-Farisi, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang hidupnya berjaga-jaga kerana
menghalang terhadap serangan musuh di perbatasan iaitu mereka yang berjuang di
jalan Allah sehari semalam itu lebih baik daripada berpuasa sebulan dengan
melakukan qiam pada setiap malam. Sekiranya dia mati maka dia akan diberikan
ganjaran atas tugasan yang dilakukannya itu. Diberikan ganjaran rezeki dan
selamat daripada fitnah dalam kubur". (Riwayat Muslim)
Mati
Syahid
Golongan ini terdiri daripada
seseorang yang mati syahid ketika berperang antara orang Islam dan kafir.
Rasulullah bersabda, sesorang yang mati syahid disisi Allah mendapat 6 perkara.
6 keistimewaan syahid adalah diampunkan baginya pada awal darahnya terpancut,
dapat melihat tempat di dalam syurga, dihindarkan dari azab
kubur serta mendapat keamanan daripada ketakutan besar (hari
kiamat),diberi mahkota kehormatan daripada batu yang paling baik di dunia serta
isinya dan dikahwinkan dengan 72 bidadari dan dapat memberi syafaat kepada 70
orang daripada saudara maranya. (Riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah)
Mengamal
surah al-Mulk
Surah Al-Mulk wajar diamalkan
terutamanya sebelum tidur, selepas ataupun sebelum menunaikan solat sunat
Witir. Rasulullah saw menganjurkan surah Al-Mulk sebagai bacaan rutin setiap
umat Islam kerana kelebihan utamanya sebagai penghalang dari azab kubur dan
beroleh pengampunan dosa dari Allah.
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda tentang surah al-Mulk : “Ia adalah penghalang daripada
azab kubur.” (Riwayat al-Tirmidzi)
Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan
memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat
keampunan dosanya iaitu Tabarakallazi
biyadihil mulk.” (Riwayat Ahmad)
Mati
pada malam atau hari Jumaat
Golongan ini terdiri daripada
seseorang yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat. Diriwayatkan
daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda:
"Tidak ada seorang muslim
yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali dia pasti akan
dipelihara Allah daripada fitnah kubur." (Riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi)
Mati
disebabkan sakit perut
Seseorang yang mati disebabkan
sakit perut juga tergolong daripada golongan yang bebas daripada azab kubur.
Rasulullah bersabda: "Sesiapa dibunuh oleh perutnya sendiri (mati kerana
sakit perut), dia tidak di azab didalam kuburnya." Riwayat al-Nasai'i dan
Ibn Hibban)
Para
Siddiqin
para siddiqin iaitu para
sahabat Rasulullah dan mereka yang benar-benar beriman kepada ajaran Islam
walaupun tidak pernah bertemu dengan Rasulullah. Al-Hakim menegaskan bahawa
para siddiqin tidak akan disoal di dalam kubur kerana di dalam doa yang
dijadikan amalan membuktikan orang yang telah diberi nikmat oleh Allah
dikalangan nabi, para siddiqin, para syuhada dan mereka yang salih.
Mudah-mudahan kita tergolong di
antara golongan yang terselamat di alam kubur kelak. Amin.
No comments:
Post a Comment