Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

Walaupn Hidup 1000 tahun klu x sembahyang apa gnanya

30.8.10

5 Tanda Lailatulqadar





LAILATULQADAR adalah malam yang lebih baik dari seribu malam. Siapa saja akan mendapatkan keutamaan malam tersebut, kerana itu janji Allah kepada kita, kerana itu mengisinya dengan serangkaian ibadah merupakan sunah yang sangat dianjurkan.


Rasulullah s.a.w bersabda, “Barang siapa mencari laila at qodr, hendaknya ia mencarinya pada malam kedua puluh tujuh” (HR Ahmad)






Jatuhya Lailatulqadar:
Para ulama bersepakat bahawa Lailatuiqadar terjadi pada malam bulan Ramadan, dan terus berlangsung pada setiap bulan Ramadan untuk mushlahat umat Muhammad, sampai terjadinya hari kiamat. Adapun tentang penentuan terjadinya para ulama berbeza pendapat disebabkan pelbagai informasi hadis Rasulullah, serta pemahaman para sahabat tentang hal tersebut sebagaimana di bawah ini:


1. Lailatulqadar itu jatuh pada malam 17 Ramadan, iaitu malam diturunkan al-Quran. Hal ini disampaikan oleh Zaid bin Arqom dan Abdullah bin Zubair r.a (HR Ibnu Abu Syaibah, Baihaqi dan Bukhori dalam tarikh).


2. Lailatulqadar itu jatuh pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Diriwayatkan oleh Aisyah dari sabda Rasulullah s.a.w: “Carilah lailat al-qodr pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan” (HR Bukhori, Muslim dan Baihaqi).


3. Lailatulqadar terjadi pada malam tanggal 21 Ramadan, berdasarkan hadis riwayat Abi Said al Khudri yang dilaporkan oleh Bukhori dan Muslim.


4. Lailatulqadar jatuh pada malam tanggal 23 bulan Ramadan, berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais al Juhany, seperti dilaporkan oleh Bukhori dan Muslim.


5. Lailatulqadar jatuh pada malam tanggal 27 bulan Ramadan, berdasarkan hadis riwayat Ibnu Umar, seperti dikutip oleh Ahmad dan seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, bahawa Umar bin al-Khoththob, Hudzaifah serta sekumpulan besar sahabat yakin bahawa lailat al-qodr terjadi pada malam 27 bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abbas juga pernah menyampaikan kepada sahabat yang telah tua dan lemah tidak mampu Qiyam lama-lama dan meminta nasihat jika beliau beroleh mendapatkan lailat al-qodr, Rasulullah s.a.w kemudian menasihatkan agar ian mencarinya pada malam ke-27 bulan Ramadan (HR Thabroni dan Baihaqi).


Seperti difahami dari riwayat Ibnu Umar dan Abi Bakrah yang dilaporkan oleh Bukhori dan Muslim, terjadinya lailat al-qodr mungkin berpindah-pindah pada malam-malam ganjil sepanjang sepuluh hari terakhir Ramadan, maka selayaknya setiap muslim berupaya mendapatkanya pada sepanjang sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.






Tanda-tanda terjadinya Lailatulqadar:
Seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersada: “Pada saat terjadinya lailatulqadar itu, malam terasa jernih, terang, cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan”.



 Perkara yang harus dilakukan agar dapat menggapainya:


1. Lebih bersungguh-sungguh dalam menjalankan semua bentuk ibadah pada hari-hai Ramadan, menjauhkan diri dari semua hal yang dapat mengurangi keseriusan beribadah pada hari-hari itu. Dalam beribadah juga biarkan keluarga ikut serta. Hal itulah dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w


2. Melakukan I’ktikaf dengan berupaya sekuat tenaga. Itulah yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w


3. Melakukan Qiyamullail berjemaah, sampai rakaat terakhir yang dilakukan imam, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dzar r.a.


4. Memperbanyakkan doa memohon ampun dan keselamatan kepada Allah dengan lafaz: “Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul afwa fa’fu ‘anni”. Hal inilah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada Aisyah r.a ketika beliau bertanya: “Wahai Rasulullah, bila aku ketahui kedatangan lailat al-qodr, apa yang mesti aku ucapkan?” (HR Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi)




No comments: