Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

Walaupn Hidup 1000 tahun klu x sembahyang apa gnanya

30.9.11

Hukum Beramal Dengan Petua, Pantang Larang Melayu

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya, apakah hukum mempercayai petua-petua, pesan dan pantang larang orang dahulu kala yang disebut 'kenan'. Sebagai contoh ada pesan orang tua mengatakan jangan menyapu rumah ketika waktu malam kerana ditakuti rezeki akan "disapu keluar".
 
Apakah kesan mempercayai kesan seperti ini kepada akidah kita dan apakah dalil yang ada untuk membenarkan atau menyangkal perkara ini?
 
Soalan tambahan saya, bagaimanakah caranya untuk kita mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu yang boleh diikuti serta tidak menjejaskan akidah dan amalan yang mana harus dielakkan?
 
Jawapan:
 
Semua jenis petua, pesan, pantang-larang atau seumpamanya harus diamalkan jika ia tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, antaranya;
 
1. Tidak membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut iaitu mempercayai perkara ghaib di luar dari skop yang diberitahu oleh Allah di dalam al-Quran atau melalui RasulNya di dalam as-Sunnah. Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah”. (an-Naml: 65)
 
2. Tidak memalingkan seseorang dari keyakinan bahawa segala yang berlaku -sama ada baik atau buruk- adalah dari ketetapan Allah (Qadarullah). Begitu juga, keyakinan hanya Allah yang mendatangkan mudarat dan manfaat kepada manusia. Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.

Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan. Tidaklah aku melainkan hanya pemberi peringatan dan penyampai khabar gembira bagi orang-orang beriman”. (al-A’raf: 188)
 
3. Tidak membawa kepada pengamalan yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah atau terpaksa meninggalkan amalan yang disuruh al-Quran dan as-Sunnah kerana ingin beramal dengan petua atau pantang larang.
 
4. Tidak membawa kepada mengubah hukum Allah terhadap sesuatu iaitu sama ada mengharamkan apa yang halal atau menghalalkan apa yang haram. Ini kerana hak untuk menentukan halal atau haramnya sesuatu bukan milik manusia, akan tetapi milik Allah.
 
5. Tidak berupa kepercayaan kepada sial sesuatu kerana kepercayaan sebegitu dilarang oleh sabda Nabi; "Tidak ada sial sesuatu (di dalam Islam)" (HR Imam al-Bukhari dari Anas). Nabi juga bersabda; “Sesiapa yang sial sesuatu (yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah” (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu ‘Amru r.a./ al-Jami’ as-Saghir, no. 8701)
 
6. Tidak berupa tilikan atau tenungan kerana ia dilarang oleh Nabi dalam sabdanya: “Sesiapa pergi kepada seorang kahin (tukang tilik/tenung), lalu ia mempercayai apa yang ia khabarkan, maka sesungguhnya dia telah kufur terhadapy apa yang diturunkan kepada Muhammad (yakni agama Islam)”. (HR Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8285)
 
Oleh demikian, supaya petua dan pantang larang yang hendak diamalkan tidak bercanggah dengan agama ia mesti berlandaskan dalil-dalil yang diakui Syariat iaitu sama ada diceduk dari al-Quran atau as-Sunnah atau berdasarkan kajian atau pengalaman. Petua yang tidak berdiri di atas dasar yang tidak difahami (atau dikaitkan dengan kepercayaan tertentu tanpa dalil Syarak; yakni al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah dielakkan dari beramal dengannya. Sebagai contoh, pantang larang bagi ibu-ibu selepas bersalin selama 44 hari yang membabitkan perkara berikut;

1. Tidak boleh bersama suami (berjimak) sepanjang tempoh itu

2. Tidak boleh makan makanan sesuka hati (ada makanan yang perlu berpantang)

3. Tidak boleh turun ke tanah kerana dikhuatiri diganggu oleh jembalang tanah.
 
Perkara pertama ada kaitan dengan dalil Syariat di mana tempoh paling lama nifas bagi wanita bersalin ialah 40 atau 60 hari mengikut perbezaan pandangan ulamak dan dalam tempoh tersebut sememangnya tidak harus berlaku jimak, oleh demikian pantang larang tersebut harus diamalkan.

Perkara kedua (berpantang makanan), ia kembali kepada pengalaman dan ia juga harus diamalkan jika kita yakin dengan pengalaman orang-orang dulu. Perkara ketiga (tidak boleh turun ke tanah), ia berkait dengan kepercayaan tentang makhluk ghaib, tidak harus diamalkan kerana ia bersifat khurafat kerana tiada dalil al-Quran maupun as-Sunnah mengesahkannya.
 
Begitu juga pantang larang yang dikemukakan dalam soalan di atas (jangan menyapu sampah di malam hari kerana dikhuatiri rezki akan hilang); pantang larang ini dilihat dari segi dalil al-Quran atau as-Sunnah, tiada ayat al-Quran ataupun hadis mengesahkannya. Melihat kepada kajian dan pengalaman juga tidak kuat sandarannya.

Oleh demikian, tidak usahlah pantang larang sebegitu dipercayai kerana dibimbangi kita akan terbawa-bawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut atau mempercai sial sesuatu yang telah sabit larangan terhadapnya oleh ayat al-Quran dan hadis di atas tadi.

Jika kita perlu menyapu sampah di malam hari kerana kebetulan ada sampah yang perlu dibersihkan, lakukanlah tanpa khuatir kepada pantang larang tersebut kerana tiada nas Syarak melarang perbuatan tersebut. Jika ditakdirkan kita mengalami kerugian selepas hari tersebut, wajiblah kita mengembalikan kerugian itu kepada qadha dan qadar Allah, bukan kerana kita telah melanggar pantang larang tersebut.
 
Petua dan pantang larang yang jelas bercanggah dengan Syariat (al-Quran dan as-Sunnah) haram diamalkan. Dari segi kesan, jika ia menafikan aqidah yang wajib diiktiqadkan, mengamalkannya mungkin boleh membawa kepada rosaknya iman dan pelaku/pengamalnya boleh terjatuh dalam dosa syirik yang tidak diampunkan Allah, dan lebih jauh dari itu ia mungkin boleh murtad dari agama -sama ada secara sedar atau tanpa sedar. Jika ia menyalahi amalan yang diredahi Allah, ia berdosa. Perbuatan dosa - sama ada besar atau kecil - wajib dijauhi oleh seorang muslim yang bertakwa kepada Allah.
 
Untuk mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu sama ada boleh diikuti atau tidak, ia mesti dibentangkan secara khusus setiap satunya di hadapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam ungkapan lain, ia wajib dirujuk kepada alim-ulamak sebelum mengamalkannya jika berlaku keraguan tentangnya.
 
Wallahu a'lam.

29.9.11

Oh... Baru Tau !!


Mari lah sama-sama kita amalkan...

28.9.11

Geli-Geli (Zoo)


Siapa tengok siapa... !!!

27.9.11

Believe It... Pt. 3.


This is very interesting health information......  Coincidental???

GRAPES – LUNGS

OUR lungs are made up of branches of ever-smaller airways that finish up with tiny bunches of tissue called alveoli.

These structures, which resemble bunches of grapes, allow oxygen to pass from the lungs to the blood stream.

One reason that very premature babies struggle to survive is that these alveoli do not begin to form until week 23 or 24 of pregnancy.

A diet high in fresh fruit, such as grapes, has been shown to reduce the risk of lung cancer and emphysema.

Grape seeds also contain a chemical called proanthocyanidin, which appears to reduce the severity of asthma triggered by allergy.

 
TOMATO – HEART

A TOMATO is red and usually has four chambers, just like our heart.

Tomatoes are also a great source of lycopene, a plant chemical that reduces the risk of heart disease and several cancers.

The Women’s Health Study — an American research programme which tracks the health of 40,000 women — found women with the highest blood levels of lycopene had 30 per cent less heart disease than women who had very little lycopene.

Lab experiments have also shown that lycopene helps counter the effect of unhealthy LDL cholesterol.

One Canadian study, published in the journal Experimental Biology and Medicine, said there was “convincing evidence’ that lycopene prevented coronary heart disease.

 
WALNUT – BRAIN

The gnarled folds of a walnut mimic the appearance of a human brain - and provide a clue to the benefits.

Walnuts are the only nuts which contain significant amounts of omega-3 fatty acids.

They may also help head off dementia. An American study found that walnut extract broke down the protein-based plaques associated with Alzheimer’s disease.

Researchers at Tufts University in Boston found walnuts reversed some signs of brain ageing in rats.

Eat well and have a good day...

26.9.11

Believe It... Pt. 2.


This is very interesting health information......  Coincidental???

GINGER – STOMACH

Root ginger, commonly sold in supermarkets, often looks just like the stomach.

So it’s interesting that one of its biggest benefits is aiding digestion.

The Chinese have been using it for over 2,000 years to calm the stomach and cure nausea, while it is also a popular remedy for motion sickness.

But the benefits could go much further.

Tests on mice at the University of Minnesota found injecting the chemical that gives ginger its flavour slowed down the growth rate of bowel tumours.


CHEESE – BONES

A nice ‘holey’ cheese, like Emmenthal, is not just good for your bones; it even resembles their internal structure.

And like most cheeses, it is a rich source of calcium, a vital ingredient for strong bones and reducing the risk of osteoporosis later in life.

Together with another mineral called phosphate, it provides the main strength in bones but also helps to ‘power’ muscles.

Getting enough calcium in the diet during childhood is crucial for strong bones.

A study at Columbia University in New York showed teens who increased calcium intake from 800mg a day to 1200mg – equal to an extra two slices of cheddar - boosted their bone density by six per cent.


BEANSPROUTS – SPERM

The stir-fry favourite bears an uncanny resemblance to the images we see of ‘swimming’ sperm trying to fertilise an egg. And research from the US suggests they could play an important part in boosting male fertility.

A study at the Cleveland Clinic in Ohio showed that to make healthy sperm in large quantities, the body needs a good supply of vitamin C, a powerful antioxidant that protects cells against damage by harmful molecules called free radicals.

Just half a cup of bean sprouts provides 16 per cent of the recommended daily allowance of vitamin C for a man.

It’s not just dad but baby too who could benefit.

Bean sprouts are packed with folate, a vitamin that prevents neural tube defects, where the baby is born with a damaged brain or spine.

Eat well and have a good day...

25.9.11

Believe It... Pt. 1.



This is very interesting health information......  Coincidental???


MUSHROOM – EAR

Slice a mushroom in half and it resembles the shape of the human ear.

And guess what? Adding it to your cooking could actually improve your hearing.

That’s because mushrooms are one of the few foods in our diet that contain vitamin D.

This particular vitamin is important for healthy bones, even the tiny ones in the ear that transmit sound to the brain.




BANANA (SMILE) – DEPRESSION

Cheer yourself up and put a smile on your face by eating a banana.

The popular fruit contains a protein called tryptophan.

Once it has been digested, tryptophan then gets converted in a chemical neurotransmitter called serotonin.

This is one of the most important mood-regulating chemicals in the brain and most anti-depressant drugs work by adjusting levels of serotonin production.

Higher levels are associated with better moods.




BROCCOLI – CANCER

Close-up, the tiny green tips on a broccoli head look like hundreds of cancer cells.

Now scientists know this disease-busting veg can play a crucial role in preventing the disease.

Last year, a team of researchers at the US National Cancer Institute found just a weekly serving of broccoli was enough to reduce the risk of prostate cancer by 45 per cent.
In Britain , prostate cancer kills one man every hour.


Eat well and have a good day...

24.9.11

Bau... Mulut


Bau mulut memang sangat mengganggu, tetapi tak setiap orang menyadari ia memiliki masalah dengan bau mulutnya. Sebab, otak manusia menyesuaikan diri dengan bau tubuhnya. Sebelum ditegur orang lain karena bau tak sedap itu, kita boleh mendiagnosa diri apakah kita punya masalah dengan mulut.
 
Pertama cek warna lidah. Warna lidah yang merah jambu dan berkilat menunjukkan nafas yang sehat. Sedangkan lidah berwarna putih dan bersisik menunjukkan nafas yang bau.
 
Cara lainnya, biasanya kita mencium bau mulut kita dengan mengatupkan kedua tangan di depan mulut, lalu mencium bau yang keluar dari mulut. Namun, ternyata itu bukan cara yang tepat. Dokter Harold Katz seperti dikutip majalah Time menyarankan agar kita menjilat belakang tangan, lalu diamkan beberapa minit hingga kering, lalu cium baunya. Setelah kita mengetahui punya bau mulut, berikutnya kita dapat melakukan beberapa cara untuk mengatasinya.
 
Paling penting adalah jangan sampai mulut kita kering, karena mulut kering menjadi tempat subur bagi bakteria. Air liur mengandung oksigen yang bisa menjadi senjata ampuh pembunuh bakteria. Bakteria tidak bisa hidup dengan adanya oksigen. Jadi banyak minum atau mengunyah gula gula boleh memicu produksi air liur dan menghilangkan bau mulut.

23.9.11

Doa Pendek Selepas Solat... Antaranya...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

22.9.11

Fobia...


Secara am, ramai orang yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan penyakit mental atau psikiatri. Bila seseorang itu dikatakan sedang menghadapi masalah mental, masyarakat dengan mudah mengatakan bahawa orang itu gila. Dengan kata lain, masyarakat memandang serong terhadap orang yang menghadapi penyakit mental.
 
Sebenarnya terdapat 300 kategori penyakit mental. Satu hingga dua peratus dikatakan menghadapi penyakit psikotik atau gila. Sementara 98% lagi tidak ada kena mengenai dengan penyakit tersebut.
 
Terdapat dua blok paling besar mengenai penyakit mental, iaitu murung dan keresahan. Fobia dikategorikan dalam penyakit keresahan atau anxiety disorder. Simptom utama yang terdapat pada orang yang mengalaminya ialah perasaan resah. Fobia bukanlah kategori besar dalam penyakit mental tetapi ia menarik dan mendapat perhatian.

Fobia merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi. Orang yang menghadapi masalah tersebut sedar bahawa ketakutan yang dialaminya adalah keterlaluan berbanding dengan orang lain.
 
Menurut pakar psikiatri Hospital Pusrawi, Dr. Daniel Zainal Abdul Rahman, orang ini tahu bahawa fobianya itu tidak setanding dengan benda yang dia takut. Namun dia tidak berdaya melawan. Kerana terlalu takut, dia akan cuba mengelakkan diri daripada berdepan dengan objek atau situasi tersebut.

Jika tidak dirawat, dengan melihat gambar atau mendengar cerita pun dia akan berasa takut. Simptom fizikal yang dapat dilihat pada orang yang fobia adalah ketara seperti sesak nafas dan jantung berdegup deras. Ini akan menjurus pada sakit dada, tangan dan badan menggeletar. Rasa tercekik, berpeluh, rasa loya daripada dalam perut dan kepala pening seperti hendak pitam. Orang yang fobia ini seterusnya akan tertanya-tanya adakah dia diserang serangan jantung atau strok dan sebagainya. Dia mula hilang kawalan, semakin cemas dan terasa macam hendak mati.
 
Jika kesemua simptom itu muncul serentak dan berlaku berterusan, orang itu akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan objek atau mengelakkan daripada pergi ke tempat yang ditakutinya. Terdapat perbezaan antara fobia dan rasa takut biasa. Perasaan takut merupakan perkara biasa kepada manusia normal.
 
Adalah perkara biasa bagi kanak-kanak mempunyai perasaan takut. Sebanyak 90% kanak-kanak yang berumur dua hingga 14 tahun mesti takutkan sesuatu sementara yang berumur di antara 0 hingga dua tahun takut kepada orang yang tidak dikenali, bunyi bising, bila terpaksa berpisah dengan ibu bapa seperti apabila dihantar ke rumah pengasuh dan sebagainya.
 
Kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun pula lebih suka berkhayal atau takut kepada benda yang kita tidak nampak seperti hantu, raksasa dan gelap. Daripada umur tujuh hingga 16 tahun pula mempunyai perasaan takut yang lebih realistik seperti apabila perlu berpidato, menghadapi peperiksaan dan takutkan kemalangan.
 
Ada banyak jenis ketakutan dan jika ibu bapa tidak bijak mengawalnya maka ia akan menjadi fobia yang serius setelah anak dewasa kelak. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dan jangan mengugut anak dengan meletakkan benda yang ditakuti di hadapan anak. Cara respons anak semasa kecil memberi kesan kepadanya setelah dewasa.
 
Antara jenis fobia yang biasa ialah:
 
* Fobia terhadap binatang tertentu.
 
* Fobia terhadap alam sekeliling seperti ketinggian, menaiki lif, tangga, air dan gelap.
 
* Fobia terhadap sesuatu situasi tertentu seperti doktor gigi, memandu, membuat persembahan di depan khalayak ramai, lalu di bawah jambatan atau terowong dan menaiki tangga bergerak.
 
* Fobia sosial iaitu takut diperhatikan dan orang ini akan cuba mengelak daripada bergaul atau bercakap dengan orang lain.
 
* Agoraphobia - orang yang sudah ada serangan panik dan akan rasa takut di mana-mana saja dia pergi. Dia sentiasa berfikir jika sesuatu terjadi padanya siapa yang akan menolongnya. Ini akan menyebabkannya tidak mahu keluar rumah.
 
Menurut Dr Daniel Zainala, orang yang terlalu fobia hingga menjejaskan jadual harian boleh dirawat menggunakan kaedah tingkah laku dan kognitif (cognitive behaviour therapy) dan terapi pendedahan. Orang yang fobia juga akan diajar teknik bertenang seperti pernafasan, meditasi (orang Islam boleh berzikir) dan merehatkan otot-otot. Cara ini boleh mengawal dan mendapatkan keyakinan.
 
Beliau memberi amaran supaya tidak mengambil ubat penenang secara sewenang-wenangnya. Ubat-ubatan sebegini hanya bertindak untuk sementara waktu. Bagaimanapun ia dibolehkan jika diambil mengikut peraturan dan nasihat doktor.

21.9.11

Where Speed Traps Are Set...


PLUS North Bound (ke Utara)

*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.

*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.

*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.

*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.

*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.

*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.

*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
 
PLUS South Bound (ke Selatan)

*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.

*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.

*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.

*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!

*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.

*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes

*At 296.5km and 297km, Bangi junction.

*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.

*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.

*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.

*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.

*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
 
Elite Central Link East/North Bound

*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit

*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!

*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
 
Elite Central Link West/South Bound

*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!

*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover. 90km/h
 
NKVE East/North Bound

*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!

*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!

*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
 
NKVE West/South Bound

*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!

*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!

*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.

*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km

*Below railway bridge at 11.2km

*Under the bridge at Shah Alam junction.
 
Kesas East Bound

*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
 
Kesas West Bound

*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City

*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
 
Klang

*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
 
East Coast

*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.

*East bound, downhill run after Raub junction.

*Maran, 60km/h zone.

*Paya Bungor, 70km/h zone.
 
SPEED TRAPS IN JOHORSouth Bound

*Tangkak junction.

*Under the bridge after Yong Peng
 
North junction

*at 97.3km.

*Ayer Hitam junction.

*Sedenak junction.
 
SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG

North Bound

*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.

*Before Perwaja Steel.

*Sg Petani junction.

*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.

*Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.
 
South Bound

*Penang Bridge island end. Speed limit 80km/h.

*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.
 
SPEED TRAPS IN PERAK

North Bound

*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.

*Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.

*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.

*Under the bridge at 214.8km, before Kamunting junction.

*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.

*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.

*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.

*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.

*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.

*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.

*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.

*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
 
South Bound

*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.

*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsar junction.

*Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.

*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.

*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.

*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.

*Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.

20.9.11

Hentikan Tayangan Filem Hantu Bonceng


KUALA LUMPUR, 20 Sept: Dewan Pemuda PAS menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan kepada agama Islam.
 
Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.
 
Babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).
 
Jika mahu ditayangkan juga ujarnya, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti di potong untuk tayangan berikutnya.
 
"Menyebut perkataan "Muhammadar Syaithan" yang bermaksud Muhammad adalah syaithan dalam sebutan syahadah yang dijenakakan adalah haram dan boleh memesongkan aqidah.


"Saya dan seluruh ummat Islam yang sensitif terhadap agama tidak mampu tidur lena. Selagi ia menjadi tontonan umum, fikiran saya gelisah dan perasaan saya resah," ujarnya.
 
Filem arahan sutradara terkenal Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.
 
Selain Zizan ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.
 
Mengulas lanjut, Nasrudin berkata pihak pengarah dan penerbit termasuk Zizan sendiri wajar memohon maaf kepara seluruh umat Islam di atas jenaka keterlaluan itu.
 
Sama ada Zizan sedar atau tidak keterlanjuran itu katanya, ia tetap salah kerana menghina Rasulullah SAW.
 
"Saya dengan segala baik sangka mengharapkan saudara Zizan selaku pelakon babak ini tidak menyedari implikasi aqidah sewaktu melakonkan watak tersebut, namun saya menyarankan agar Zizan segera memohon maaf kepada umum terhadap jenaka yang keterlaluan itu.
 
"Saya yakin, Zizan akan lebih dihormati kerana saya juga meminati beliau selaku anak seni dalam negara ini," katanya.

Sumber: Harakahdaily

Halal Haram Kehidupan ~ Bila Rakyat Malaysia Sudah Tak Ambil Peduli!

Pic. KOSMO:
rakyat Malaysia bernafsu rakus mencuri beras dari lori kemalangan

Sikap segelintir rakyat negara ini yang sudah tidak ambil peduli tentang halal haram sumber kehidupan mereka di Akhir Zaman ini amat saya kesali.

Tanpa mengambil kira perbatasan kaum, bangsa dan kefahaman agama, saya amat dukacita melihat kerakusan nafsu manusia yang boleh semberono sahaja merampas dan mencuri hasil usaha orang lain tanpa berasa malu atau segan dengan jenayah mereka itu.

Tempoh hari ada kes kereta pacuan 4 roda terbalik yang membawa siling berjumlah puluhan ribuan ringgit menjadi mangsa para pencuri yang terdiri dari rakyat negara ini yang mencuri didepan anggota polis yang tak dapat membuat apa apa kerana bilangan para pencuri terlalu ramai.

Berita kerakusan rakyat Malaysia yang mencuri beras ini dilaporkan oleh akhbar Kosmo.
 
Para pencuri bertuhankan nafsu ini boleh membiarkan mayat kelindan lori yang terlibat didalam kemalangan ini terperosok dibawah lori beras yang terbalik dan mereka terus menimba hasil curian mereka itu untuk membawa balik beri makan kepada keluarga mereka!

Pic. KOSMO:
Pemandu lori yang malang kesal dengan sikap rakyat Malaysia yang tak pedulikannya serta mayat rakan sekerjanya yang dibiar terperosok dibawah lori

Bangsat sekali para pencuri berhati kejam ini. Saya amat sakit hati melihat semua ini. Saya hairan dengan sikap orang zaman sekarang yang sudah tidak ada sedikit pun rasa kasihan, belas dan ikhsan terhadap nasib malang yang menimpa orang lain!

Manusia semakin kejam di Akhir Zaman ini. Ini semua berpunca dari kelemahan pihak pemerintah Kerajaan Malaysia dan Kesultanan Melayu yang masih terus menjadi hamba pihak Kolonial British yang merangkakan Perlembagaan Persekutuan mengikut acuan mereka sehingga Hukum Syarak dan Syariah Allah hanya sekadar menjadi perhiasan semata mata di Mamluk al Malaisie ini.

from MAHAGURU58

Tanda Kebesaran Allah Dalam Kejadian Hujan


Berlaku perselisihan pandangan di antara dua tamadun mengenai topik kejadian hujan, awan, dan angin di antara dua tamadun kemanusiaan:
 
Tamadun yang pertama : tamadun zaman kegelapan

Ia merupakan tamadun di mana manusia masih mempunyai tahap pemikiran yang tidak berkembang, kefahaman yang sempit, dan dikuasai pemikiran mendatar. Oleh kerana tenggelam dalam pemikiran tersebut maka mereka hanya menggambarkan hujan hanya turun dari lubang-lubang tangki air yang banyak di langit dan gambaran ini telah menafikan bahawa ada kitaran awan dan dan angin yang disebut oleh ayat-ayat Al-Quran.

Tamadun kedua : tamadun zaman penjajahan

Ia adalah satu tamadun yang bermula dengan perkembangan sains dalam bentuk kajian yang meluas, dan ia wujud dalam suasana ethis yang beruasaha menyelewengkan fakta-fakta tentang kejadian alam dan mentafsirkannya dalam gambaran yang jauh dari petunjuk iman.

Kerana setiap kali terdedah satu-persatu rahsia kejadian tuhan, mereka mengaburkannya dengan apa yang buruk seperti unsur dalam ajaran ethis dan kesesatan !Dan oleh kerana mereka ini adalah orang yang sentiasa mengkaji, maka manusia mempercayai tafsiran mereka. Mereka mentafsirkannya dengan apa sahaja yang diingini dan didorong oleh kejahilan mereka dan permusuhan mereka terhadap agama-agama serta penganut-penganutnya.

Di antara kata-kata mereka : bahawa hujan adalah suatu kejadian semulajadi, sedangkan ia adalah seperti kepanasan yang memanaskan air laut. Bahagian-bahagian panas yang berada di permukaan laut itu disebabkan perhubungan di antara zarah-zarah air yang kuat lalu ia menjadi menjadi ringan dan terbang di udara, kemudiannya datang angin meniup wap ini dan membawanya ke tempat yang sejuk cuacanya lalu ia membeku dan menjadi awan, kemudiannya ketulan-ketulan itu menjadi berat dengan bertambah besar saiznya lalu menurunkan hujan.

Dan keputusan kajian sains ini mengatakan terjadi cas-cas elektrik lalu menjadi kilat dan guruh. Mereka bercakap tentang perkara ini bahawa semuanya adalah suatu yang semulajadi? Maka ini tafsiran kepada ketetapan tuhan yang mana orang-orang Islam mula mengambil pendirian gopoh dengan menerimanya dan setengah yang lain berpendirian menolaknya secara umum dan khusus, maka mari kita sama-sama melihat ayat-ayat Al-Quran dan apa yang ditunjuk oleh hakikat sebenar dan bukti-bukti.

PEMBENTUKAN AWAN :

Kepanasan matahari menyejatkan air laut lalu ia naik ke langit dalam keadaan baik, yang boleh diminum. Tetapi wap ini tidak terus naik untuk menurunkan air ke bulan atau Marikh, dimaksudkan menurunkan air dengan maksud menurunkan hujan ke atas hamba-hamba Allah di tengah-tengah benua dan semua penjurunya, kerana keperluannya ada di sana.

Allah Taala telah menetapkan satu undang-undang dan ketetapan yang hebat pada kepanasan ini yang mengubah air laut menjadi hujan untuk hamba-hambanya, jika terlebih sedikit kepanasan matahari pasti tersejat air laut kesemuanya. Tetapi kepanasan tersebut ditetapkan pada satu kadar. Dan jika keluasan laut kurang dari jumlah yang ada sekarang iaitu (3/4 daratan) sudah pasti hujan akan sedikit dari kebiasaan kerana kadar hujan akan berkurangan apabila kurang jumlah keluasan lautan.

Setiap tahun bertambah kepanasan matahari, dengan izin Allah lebih kurang 400.000 kilometer persegi permukaan kering, turun satu pertiga air hujan di laut-laut ketika ia hampir sampai ke daratan dan keadaan hujan, salji, embun atau titisan.

KETETAPAN ALLAH DALAM PROSES CIPTAAN AIR HUJAN YANG BAIK

1. Proses Mengangkat Awan, Menghentikannya, Dan Menguraikannya :

Allah Taala telah menjadikan kepanasan matahari dan angin menjadi sebab terangkat wap air dari laut sehingga ke tahap melepasi bukit-bukit dan demikian itu supaya bukit-bukit tidak menghalang peralihan air dari atas laut sehingga ke tengah-tengah benua, dan supaya bercantum bahagian-bahagian lain membentuk awan. Dan Allah Taala menetapkan had bagi pengewapan air ini di mana ia akan berhenti apa sampai di tahapnya dan tidak melebihinya sehingga ke penjuru alam yang tinggi supaya ia tidak meninggalkan bumi tanpa kembali kepadanya. Berfirman Allah Taala :

وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ وَإِنَّا عَلَى ذَهَابٍ بِهِ لَقَادِرُونَ﴾ (المؤمنون:18)

Maksudnya :

“Dan Kami turunkan dari langit itu air dengan kadar yang ditetapkan dan Kami masukkannya ke dalam bumi dan Kami berkuasa menghilangkannya (air hujan)”

Allah taala mengangkat wap air dan tidak mengangkat bersamanya garam yang bercampur dengannya dalam laut supaya tidak memudaratkan manusia, haiwan, dan tumbuhan. Jika kita minum air tersebut sedangkan ia masin dan siram tanaman kita dengannya pasti ia merosakkan tubuh kita dan memusnahkan tanaman dan haiwan. Al-Quran telah menyebut perkara tersebut dalam firman Allah Taala :

﴿أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ(68)ءَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ(69)لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ(70)(الواقعة:68-70)

Maksudnya :

“ Adakah kamu tidak melihat kepada air yang kamu minum. Adakah kamu yang menurunkannya dari awan atau kami yang menurunkannya? Jika kami mahu kami akan jadikan ia masin maka jika kamu tidak bersyukur”.

أجاجاً bermaksud masin.

2. Proses Pengumpulan Wap Air :
 
Wap air itu ringan dan mudah naik ke tempat yang tinggi dan tidak dapat dilihat melainkan semasa ia membentuk menjadi awan. Allah Taala menghantar angin yang membawa zarah-zarah debu, tanah, benih-benih tumbuhan, dan semua jenis zarah-zarah yang membentuk awan. Juzuk-juzuk kecil wap air diterbangkan angin lalu ia menggerakkannya, berkumpul bersama juzuk-juzuk kecil tersebut dan membentuk kelompok air dan menjadi ketulan-ketulan air yang kecil yang boleh dilihat oleh kita iaitu awan. Apabila bertambah besar ketulan-ketulan tersebut ia akan menjadi ketulan yang berat dan menurunkan hujan.

Allah Taala berfirman :

﴿اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ ﴾ (الروم:48).

Maksudnya :

“Allah taala mengutuskan angin-angin lalu ia menggerakkan awan lalu membentangkan ia di langit sebagaimana dia kehendaki dan menjadikannya berkelompok, kemudian kamu melihat hujan turun dari celah-celahnya. Maka apabila air hujan turun ke atas orang yang dikehendakinya di kalangan hambaNya maka mereka akan bergembira”.

3. Proses Pergerakan Awan :

Di sana terdapat satu ketetapan tuhan iaitu peralihan air dari atas permukaan laut ke tengah-tengah benua dan proses ini dibantu oleh angin yang menggerakkan awan tanpa meminta dari manusia sebarang bayaran atau gaji, kerana ia ditugaskan untuk mereka dengan perintah Allah Azzawajalla. Allah Taala berfirman :

﴿وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَيِّتٍ فَأَنْزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴾ (الأعراف:57)

Maksudnya :

“Dialah (Allah) yang mengutus angin-angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatnya sehingga angin itu membawa awan menjadi berat kami gerakkan ia ke negeri yang mati (tidak subur) lalu kami turunkan hujan dengan sebab awan tersebut, maka kami tumbuhkan dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami hidupkan orang-orang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan”.

Ayat ini mengkhabarkan kita bahawa angin menggerakkan awan, dan sesungguhnya ia menggerakkannya dengan perintah dari Allah s.w.t “سقناه لبلد ميت”. Telah terbukti bahawa di sana terdapat kawasan-kawasan gurun kering-kontang menjadi kawasan pertanian. Sama juga sebagaimana Allah Taala mengubah suatu kawasan yang kontang menjadi kawasan yang subur itu, begitu dia membangkitkan orang yang mati dengan menurunkan hujan dari langit yang menumbuhkan jasad-jasad manusia. Allah Taala berfirman :

﴿فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴾ (الأعراف:57)

Perhatilah pada perumpamaan tersebut sekali, dua, dan tiga dan perhatikanlah kepada hikmah di sebalik ketetapan kadar angin. Ia bergerak mengikut kadar yang ditetapkan dan ditepati dimana kadar dan kelajuannya amat sesuai untuk peralihan awan dan ia tidak menyebabkan kemusnahan. Allah Taala telah memperlihatkan kepada kita ibarat dengan beberapa angin kencang dan puting beliung yang memusnahkan mencapai kelajuannya sehingga 75 batu sejam.

Apabila kelajuan angin mencapai 200 batu sejam pasti tiada hidupan yang wujud di muka bumi melainkan kesemuanya telah dimusnahkan oleh angin tersebut. Untuk mengetahui tanda-tanda rahmat Allah Taala terhadap kamu maka ketahuilah bahawa angin yang berskala laju ini ada di bumi di atas kepala kamu dengan jarak antara kamu dengan angin tersebut hanyalah lima batu sahaja, yang dipanggil sebagai zon gelombang angin.

Angin-angin yang bergerak dengan kelajuan 200 batu sejam pada ketinggian lima batu di atas permukaan laut itu jika ia hampir kepada permukaan bumi pasti akan musnah sistem ekosistem, turut musnah juga sistem hujan. Jika tempat itu nombor tiga menggantikan tempat nombor satu di atas muka bumi pasti air tidak akan bergerak ke tengah benua dan hujan sentiasa turun di atas permukaan laut sekaligus manusia, haiwan, dan tumbuhan akan mati kerana kehausan. Maka perhatilah pada pentadbiran yang bijaksana di bumi ini.

4. Proses Penurunan Hujan

Awan yang berarak di antara langit dan bumi mempunyai keseimbangan graviti yang menariknya turun ke bawah dengan wujudnya kekuatan yang mengangkatnya ke atas. Jika berterusan keseimbangan di antara dua proses ini sudah pasti tidak akan turun hujan dalam bentuk setitis yang besar tetapi Allah Azzawajalla mengutuskan angin-angin untuk membawa awan-awan ke bahagian yang tinggi yang lebih sejuk suhunya kemudian ia menjadi awan bertambah besar dan bertambah saiz titisan. Bertambah air dalam titisan itu dan menjadi berat dan graviti mula menariknya dengan kuat mengatasi kekuatan mengangkat lalu ia menurunkan hujan dengan kekuasaan Allah s.w.t.

Allah Taala berfirman :

﴿وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَيِّتٍ فَأَنْزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴾ (الأعراف:57)

Maksudnya :

“Dialah (Allah) yang mengutus angin-angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatnya sehingga angin itu membawa awan menjadi berat kami gerakkan ia ke negeri yang mati (tidak subur) lalu kami turunkan hujan dengan sebab awan tersebut, maka kami tumbuhkan dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami hidupkan orang-orang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan”.

Supaya hujan itu tidak turun dalam keadaan seketul maka Allah Taala menjadikan proses penguraian ([11]) pada titisan-titisan hujan menjadi sebab hujan turun dalam bentuk titisan kecil sehingga tidak berlaku kemusnahan di atas muka bumi.

5. Proses Pergerakan Air Hujan Dan Taburannya Di Muka Bumi :

Allah Taala menjadikan proses pembentukan sungai sebagai cara mengalirkan air hujan di muka bumi dan menyebarkannya ke tempat-tempat yang jauh supaya dapat dimanfaatkan di seluruh kawasan. Maka air ini ada yang mengalir menjadi sungai di atas muka bumi, mata air, dan tali air yang tersebar seperti mengalir peluh dan darah darah dalam badan manusia, Allah Taala berfirman :

أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌ بِقَدَرِهَا ﴾ (الرعد:17)

Maksudnya :

“…. Dia (Allah) menurunkan dari langit itu air lalu ia mengalir di lembah-lembah mengikut kadarnya”.

Dan firmanNya lagi :

… وَسَخَّرَ لَكُمُ الْأَنْهَارَ ﴾ (إبراهيم:32)

Maksudnya :

“……. Dia (Allah) menundukkan sungai-sungai supaya berkhidmat kepada kamu(manusia)”.



Sebagaimana air mengalir di dalam perut bumi di laluan-laluan yang tertentu di celah batu-batan seperti bekas apabila ia pecah mana bahagian ia akan mengeluarkan mata air, maka manfaatnya boleh diambil dari air yang tersimpan dalam bumi tersebut sehingga kawasan-kawasan gurun yang jauh menjadi subur dan lain-lain kawasan. Berfirman Allah Taala :

… وَسَخَّرَ لَكُمُ الْأَنْهَارَ ﴾ (الزمر:21).

Maksudnya :

“……. Dia (Allah) menundukkan sungai-sungai supaya berkhidmat kepada kamu(manusia)”.

6. Proses Muka Bumi Meresap Air :
 
Jika air hujan itu kekal di atas muka bumi pasti akan terbentuk laut-laut kecil dan banjir-banjir besar yang memusnahkan kehidupan manusia. Maka mereka tidak boleh berjalan, bercucuk tanam atau membina di atas muka bumi yang dilimpahi air, tetapi Allah Taala menjadikan muka bumi secara khusus yang membolehkan air masuk ke dalamnya dan meresap air ke lapisan di bawah kerak bumi di mana ia boleh bergerak di dalam laluan-laluan dan berkumpul di satu tempat pengumpulan di dalam perut bumi yang jauh dari dihindari kuman-kuman. Air ini meninggalkan muka bumi dalam keadaan bersih untuk hidupan di atasnya tanpa ada yang tercemar. Allah Taala berfirman :

… فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ… ﴾ (المؤمنون:18) .

Maksudnya :

“…….maka kami tetapkannya (air) di dalam bumi…..”

7. Proses Penyimpanan Air Dalam Perut Bumi :

Jika berterusan proses air meresap ke dalam bumi dan berkumpul di dalamnya pasti air itu hilang dari kita dan berada dalam perut bumi yang dalam dan kita tidak mampu memanfaatkannya secara berterusan. Tetapi Allah Taala menjadikan pada lapisan yang hampir dengan permukaan bumi beberapa tempat pengumpulan air yang dilindungi batu-batan dan pasir yang menghalangnya dari terus meresap ke dalam bumi. Ia menjadikannya dekat kepada manusia supaya mudah dimanfaatkan dengan air yang mengalir. Allah Taala berfirman :

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَاءٍ مَعِينٍ ﴾ (الملك:30).

Maksudnya :

“Katakanlah wahai Muhammad : adakah kamu melihat jika air meresap ke dalam bumi maka siapa yang mengeluarkan air yang keluar dari bumi”.