Halaman
25.8.10
Adab & Peraturan Membaca Al-Quran
Adab-adabnya:
• Hendaklah berwuduk (memegang Al-Quran)
• Sunat mengadap kiblat.
• Mulakan dengan bacaan 'Ta'awuz' (A'uzubillah...)
• Membaca Al-Quran merupakan ibadah yang diberi pahala pada setiap huruf dan perkataan oleh ALLAH swt. Ia dapat menimbulkan rasa taqwa kepada Allah dan kesedaran serta membersih jiwa.
• Rasulullah saw sangat menekankan para sahabatnya supaya meluangkan masa untuk membaca dan memahami Al-Quran.
• Digalakan juga membaca surah-surah tertentu di antaranya seperti Surah Yaasin, Surah Al-Dukhan, Surah Waqi'ah, Surah Al-Mulk, Surah Al-Kahfi dan lain-lain terutama pada malam Jumaat. Sesungguhnya tiap surah dalam Al-Quran mempunyai kelebihan yang tersendiri dan rahsia yang tidak kita ketahui kecuali sekadar yang diterangkan oleh Allah dan RasulNya
• Hendaklah membaca dengan betul sebutan huruf-huruf serta hukum-hukum tajwidnya. Sepertiamana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Bacalah Al-Quran sepertimana yang diturunkan.
• Baca dengan perlahan, tidak tergopoh-gapah, faham maksudnya serta dengan khusyuk dan tawadhuk.
• Menbaca dengan mushaf lebih utama dari menghafal.
• Apabila tersilap membaca hendaklah diulang membaca ayat sebelumnya.
• Makruh memutuskan bacaan Al-Quran dengan perbualan.
• Sunat mendengar orang membaca Al-Quran dengan khusyuk dan tawadhuk.
• Umat Islam juga diingatkan bahawa tidak kurang adanya orang yang membaca Al-Quran tetapi tidak mendapat pahala, bahkan dilaknati oleh Al-Quran sendiri (sabda Rasullullah). Sebab-sebabnya ialah kerana tersalah bacaannya, sebutan dan hukumnya, tidak khusyuk dan tawadhuk dan mahukan segera selesai.
• Bacalah doa setelah selesai membaca Al-Quran.
'Ya Allah, rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran itu ikutan, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi ku. Ya Allah, ingatkanlah daku dengan Al-Quran ini apa yang aku lupa, ajarkan aku apa yang aku tidak ketahui dan anugerahkan daku akan bacaannya di sepanjang malam dan sebahagian siang hari dan jadikan Al-Quran itu sebagai hujah bagiku wahai Tuhan pentadbir seluruh alam'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment