Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

30.8.10

5 Tanda Lailatulqadar





LAILATULQADAR adalah malam yang lebih baik dari seribu malam. Siapa saja akan mendapatkan keutamaan malam tersebut, kerana itu janji Allah kepada kita, kerana itu mengisinya dengan serangkaian ibadah merupakan sunah yang sangat dianjurkan.


Rasulullah s.a.w bersabda, “Barang siapa mencari laila at qodr, hendaknya ia mencarinya pada malam kedua puluh tujuh” (HR Ahmad)






Jatuhya Lailatulqadar:
Para ulama bersepakat bahawa Lailatuiqadar terjadi pada malam bulan Ramadan, dan terus berlangsung pada setiap bulan Ramadan untuk mushlahat umat Muhammad, sampai terjadinya hari kiamat. Adapun tentang penentuan terjadinya para ulama berbeza pendapat disebabkan pelbagai informasi hadis Rasulullah, serta pemahaman para sahabat tentang hal tersebut sebagaimana di bawah ini:


1. Lailatulqadar itu jatuh pada malam 17 Ramadan, iaitu malam diturunkan al-Quran. Hal ini disampaikan oleh Zaid bin Arqom dan Abdullah bin Zubair r.a (HR Ibnu Abu Syaibah, Baihaqi dan Bukhori dalam tarikh).


2. Lailatulqadar itu jatuh pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Diriwayatkan oleh Aisyah dari sabda Rasulullah s.a.w: “Carilah lailat al-qodr pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan” (HR Bukhori, Muslim dan Baihaqi).


3. Lailatulqadar terjadi pada malam tanggal 21 Ramadan, berdasarkan hadis riwayat Abi Said al Khudri yang dilaporkan oleh Bukhori dan Muslim.


4. Lailatulqadar jatuh pada malam tanggal 23 bulan Ramadan, berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais al Juhany, seperti dilaporkan oleh Bukhori dan Muslim.


5. Lailatulqadar jatuh pada malam tanggal 27 bulan Ramadan, berdasarkan hadis riwayat Ibnu Umar, seperti dikutip oleh Ahmad dan seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, bahawa Umar bin al-Khoththob, Hudzaifah serta sekumpulan besar sahabat yakin bahawa lailat al-qodr terjadi pada malam 27 bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abbas juga pernah menyampaikan kepada sahabat yang telah tua dan lemah tidak mampu Qiyam lama-lama dan meminta nasihat jika beliau beroleh mendapatkan lailat al-qodr, Rasulullah s.a.w kemudian menasihatkan agar ian mencarinya pada malam ke-27 bulan Ramadan (HR Thabroni dan Baihaqi).


Seperti difahami dari riwayat Ibnu Umar dan Abi Bakrah yang dilaporkan oleh Bukhori dan Muslim, terjadinya lailat al-qodr mungkin berpindah-pindah pada malam-malam ganjil sepanjang sepuluh hari terakhir Ramadan, maka selayaknya setiap muslim berupaya mendapatkanya pada sepanjang sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.






Tanda-tanda terjadinya Lailatulqadar:
Seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersada: “Pada saat terjadinya lailatulqadar itu, malam terasa jernih, terang, cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan”.



 Perkara yang harus dilakukan agar dapat menggapainya:


1. Lebih bersungguh-sungguh dalam menjalankan semua bentuk ibadah pada hari-hai Ramadan, menjauhkan diri dari semua hal yang dapat mengurangi keseriusan beribadah pada hari-hari itu. Dalam beribadah juga biarkan keluarga ikut serta. Hal itulah dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w


2. Melakukan I’ktikaf dengan berupaya sekuat tenaga. Itulah yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w


3. Melakukan Qiyamullail berjemaah, sampai rakaat terakhir yang dilakukan imam, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dzar r.a.


4. Memperbanyakkan doa memohon ampun dan keselamatan kepada Allah dengan lafaz: “Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul afwa fa’fu ‘anni”. Hal inilah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada Aisyah r.a ketika beliau bertanya: “Wahai Rasulullah, bila aku ketahui kedatangan lailat al-qodr, apa yang mesti aku ucapkan?” (HR Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi)




27.8.10

Falsafah

Mari kita hayati bersama 2 falsafah penting ini.

Falsafah ini sebenarnya adalah pesanan ulama besar India (Maulana Mustaqim & Maulana Inamul Hassan).

Falsafah babi
 
Kita jangan jadi macam babi! Sebab babi apabila pergi ke sesebuah taman, walaupun di sana ada bunga mekar nan indah, buah-buahan yang enak-enak dan makanan yang baik-baik, tapi babi akan sentiasa tetap mencari najis dan kotoran.
 
Pengajaran : Jangan kita jadi macam babi, yang sentiasa asyik mencari kekotoran dan najis saja. Justeru, kita janganlah suka mencari keburukan dan bercakap tentang keburukan saudara-saudara kita saja.


Falsafah LEBAH

Kita kena jadi macam lebah! Sebab lebah apabila mencari manisan dia akan pergi ke setiap bunga, samaada bunga itu wangi atau busuk, tapi dia tetap akan mengambil manisan daripada bunga tersebut. Dan akhirnya manisan dapat dikumpul di dalam sarangnya, dan terjadilah apa yang dinamakan MADU (ubat bagi segala penyakit) yang memberikan manfaat kepada makhluk lain.


Pengajaran : Jadilah kita seperti lebah. Kita harus mencari kebaikan setiap saudara kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita.



Saya dapati kita sekarang ni suka sangat SUUZZON (sangka buruk) dengan orang lain.

Sepatutnya kita semua ni kena ikut falsafah atau resmi lebah. Sentiasa mencari manisan hatta pada bunga yang busuk. Mencari manisan bukan untuk dirinya sahaja, tetapi memberi manfaat juga kepada makhluk-makhluk yang lain.

Saya sarankan agar kita semua menilai kembali semua tingkah laku, percakapan dan perangai kita dengan lebih rasional. Kalau ada kawan-kawan atau orang yang kita tidak suka pun, jangalah kita hanya pandang keburukan dan kelemahan mereka saja.

Jangan sekali-kali memaki hamun atau merendah-rendahkan orang lain.

Cubalah lihat yang positif berbanding yang negatifnya. Kita semua adalah manusia biasa.

Ada banyak kelemahan dan dosa. Yang penting, kita kena manfaatkan yang positif, buangkan yang buruk, walaupun orang tu adalah musuh kita.

Semoga saya dan sahabat-sahabat semua dapat ambil iktibar dan amal 2 falsafah yang saya kongsikan ini, insyaAllah.

26.8.10

Face Book


Kurang ajar persoal tentang PUASA !


pg.1


pg.2

 Semoga mereka diberi hidayah oleh ALLAH S.W.T.... amin.

Ayam sembelih halal atau tidak - wajib anda tahu


Setiap ayam disembelih mengikut syara. Urat yang wajib diputuskan ialah
Urat Halkum dan Urat Marikh,
sementara urat darah kiri kanan leher adalah sunat (hadis Nabi saw).








Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan.


















Lihat urat marikh contoh ayam yang tak putus habis ini



Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.


Ini pulak ayam cucuk




Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.

25.8.10

Info Halal

Inilah contoh LOGO HALAL LUAR NEGARA &
JAKIM yang terkini:



















Ini pula yang di TAULIAH kepada NEGERI2 tertentu
bezanya ada KOD H-04 untuk NEGERI MELAKA:















Berikut KOD SIJIL HALAL bagi NEGERI-NEGERI:












Firman Allah:


“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik.


(al-Maaidah: 88)


Rasulullah bersabda :

“ Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, dan lebih baik dijauhi.”


(Riwayat: Bukhari dan Muslim).

Adab & Peraturan Membaca Al-Quran






Adab-adabnya:



• Hendaklah berwuduk (memegang Al-Quran)


• Sunat mengadap kiblat.


• Mulakan dengan bacaan 'Ta'awuz' (A'uzubillah...)


• Membaca Al-Quran merupakan ibadah yang diberi pahala pada setiap huruf dan perkataan oleh ALLAH swt. Ia dapat menimbulkan rasa taqwa kepada Allah dan kesedaran serta membersih jiwa.


• Rasulullah saw sangat menekankan para sahabatnya supaya meluangkan masa untuk membaca dan memahami Al-Quran.


• Digalakan juga membaca surah-surah tertentu di antaranya seperti Surah Yaasin, Surah Al-Dukhan, Surah Waqi'ah, Surah Al-Mulk, Surah Al-Kahfi dan lain-lain terutama pada malam Jumaat. Sesungguhnya tiap surah dalam Al-Quran mempunyai kelebihan yang tersendiri dan rahsia yang tidak kita ketahui kecuali sekadar yang diterangkan oleh Allah dan RasulNya


• Hendaklah membaca dengan betul sebutan huruf-huruf serta hukum-hukum tajwidnya. Sepertiamana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Bacalah Al-Quran sepertimana yang diturunkan.


• Baca dengan perlahan, tidak tergopoh-gapah, faham maksudnya serta dengan khusyuk dan tawadhuk.


• Menbaca dengan mushaf lebih utama dari menghafal.


• Apabila tersilap membaca hendaklah diulang membaca ayat sebelumnya.


• Makruh memutuskan bacaan Al-Quran dengan perbualan.


• Sunat mendengar orang membaca Al-Quran dengan khusyuk dan tawadhuk.


• Umat Islam juga diingatkan bahawa tidak kurang adanya orang yang membaca Al-Quran tetapi tidak mendapat pahala, bahkan dilaknati oleh Al-Quran sendiri (sabda Rasullullah). Sebab-sebabnya ialah kerana tersalah bacaannya, sebutan dan hukumnya, tidak khusyuk dan tawadhuk dan mahukan segera selesai.


• Bacalah doa setelah selesai membaca Al-Quran.


 
 
'Ya Allah, rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran itu ikutan, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi ku. Ya Allah, ingatkanlah daku dengan Al-Quran ini apa yang aku lupa, ajarkan aku apa yang aku tidak ketahui dan anugerahkan daku akan bacaannya di sepanjang malam dan sebahagian siang hari dan jadikan Al-Quran itu sebagai hujah bagiku wahai Tuhan pentadbir seluruh alam'.

24.8.10

Kesilapan Umat Islam Dalam Bulan Ramadhan & Luar Ramadhan


Berikut adalah beberapa lagi perkara yang amat perlu dielak di khususnya di bulan Ramadhan ini, malah ia juga adalah suatu kesilapan di luar Ramadhan (namun pastinya ia hanyalah sebahagian kecil dari senarai panjang larangan dan perkara yang perlu dielak):-

1) Berjalan di hadapan orang yang sedang solat ;


Sebagaimana yang kita lihat, di bulan Ramadhan ini ramai individu yang amat jarang menunaikan solat di masjid akan hadir berbondong-bondong ke masjid bagi memperolehi pahala sunat tarawih. Hasilnya, ramailah orang yang kurang ilmu, tidak faham adab dan tatacara di masjid juga telah hadir. Menurut pengalaman di masjid-masjid dan surau, saya dapati terlalu ramai individu yang lalu lalang di hadapan orang yang sedang solat sunat. Disebabkan masjid yang penuh dan pelbagai ragam manusia, seringkali ada yang keluar masuk.
Sedarlah bahawa lalu di hadapan orang yang solat itu adalah suatu dosa yang amat besar, manakala membiarkan orang lalu tanpa bertindak juga adalah suatu kesalahan.
Nabi s.a.w menegah dengan katanya :-

لو يعلم المار بين يدي المصلي ماذا عليه لكان أن يقف أربعين خيرا له من أن يمر بين يديه قال أبو النضر لا أدري أقال أربعين يوما أو شهرا أو سنة


Ertinya : Sekiranya seseorang yang lalu di hadapan orang yang solat itu tahu sebesar manakah dosanya, nescaya ia berhenti menunggu selama lebih 40 (tahun, hari dana bulan) adalah lebih baik dari ia lalu di hadapan orang yang solat itu. (perawi berkata : aku tidak pasti nabi menyebut 40 hari, bulan atau tahun) ( Riwayat Al-Bukhari)

Ibn Hajar menukilkan kata-kata Imam An-Nawawi yang berkata :- "hadis ini menunjukkan besar dosa, bagi seseorang melintas di hadapan orang yang sedang solat dan makna hadis ini membawakan larangan keras dengan balasan yang dahsyat, justeru ia tergolong dalam kategori dosa-dosa besar" (Rujuk Fathul Bari, Ibn Hajar )

Ibu bapa kerap membawa anak mereka di masjid di waktu begini. Menjadi kemestian ke atas ibubapa untuk menjaga anak mereka sedaya mampu, agar tidak bertindak berlari di hadapan orang yang sedang solat ini.

2) Membiarkan orang lalu dihadapannya (ketika solat) tanpa di tahan.

Jika lalu di hadapan orang yang sedang solat adalah kesilapan, maka ia juga satu kesalahan bagi bagi orang yang sedang solat itu sekiranya ia tidak bertindak menghalang. Nabi s.a.w menyebut :-

إذا صلى أحدكم إلى شيء يستره من الناس فأراد أحد أن يجتاز بين يديه فليدفع في نحره فإن أبى فليقاتله فإنما هو الشيطان

Ertinya : Apabila seorang kamu menunaikan solat dengan telah ada petanda atau penghadang di hadapan kamu dari orang ramai (sebagai isyarat tempat ia solat- ia dinamakan 'sutrah'), tiba-tiba ada orang yang ingin melintas di hadapanmu, hendaklah kamu menahannya dari lalu, sekiranya dia enggan hendaklah kamu lawaninya dengan kuat kerana dia adalah Syaitan.' (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, lafaz di atas riwayat Abu Daud )

Kita perlu menyedari bahawa solat adalah satu munajat berdua-dua dan berhadapan dengan Allah s.w.t, mana mungkin dibenarkan ada orang yang lalu melintas tatkala kita sedang berdua-duaan dengan Allah secara 'face to face'. Apa pandangan anda jika kita sedang ingin menerima 'scroll' ijazah dari seorang canselor yang juga merupakan seorang sultan, tiba-tiba ada orang mencelah di antara kita dengan sultan tersebut?, Sudah tentu yang lalu tadi akan menerima darjah dan sijil 'pelempang' (penampar) dari sultan tersebut agaknya. Kerana ia adalah penghinaan kepada sultan dan penerima ijazah tadi sekaligus. Nabi bersabda :-

المصلي يناجي ربه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )

Hanya orang yang tidak khusyu' sahaja yang akan membiarkan orang lalu di hadapannya ketika solat. Kerana ia tidak dapat merasakan solatnya adalah suatu majlis yang hebat dan 'grand', tiada perasaan langsung bahawa ia sedang berhadap dengan Allah. Hasilnya, tiada sebarang larangan orang ingin lalu dihadapannya atau tidak. Tiada sebarang rasa terhina atau menghina Allah s.w.t.

3) Meludah di masjid

Maklumlah, hadir ke masjid selepas berbuka dengan perut penuh, di musim selsema dan berkahak ini, ramai kelihatan meludah di sana sini di masjid. Makin ramai makin banyak ragamnya. Ketahuilah Nabi s.a.w menegah kita meludah sesuka hati di masjid, sebagaimana kata baginda :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم البزاق في المسجد خطيئة وكفارتها دفنها

Ertinya : Meludah di masjid adalah satu dosa (kesalahan), dan sebagai balasannya, hendaklah ia melupuskannya ludahnya tadi dengan menimbusnya" ( Riwayat Al-Bukhari, Abu Daud )

4) Membiarkan anak bermain mercun berdekatan masjid, deringan telefon bimbit berbunyi,

menoleh kiri dan kanan sewaktu menunaikan solat. Ini adalah satu lagi kesalahan yang berlaku secara kerap di masjid tatkala bulan Ramadhan. Sekali lagi ia adalah disebabkan ramainya menunaikan solat terawih di masjid dan agak ramai juga yang membawa hand phone masing-masing yang tidak di ubah nada deringannya kepada ‘silent mode'.

Menurut pengamatan saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan). Ini kerana :-

a- Tegahan dari terpesong minda & hati : Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-

إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها

Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ " ( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )

فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه
Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"( Riwayat Muslim)

Larangan menoleh ke kiri dan kanan sewaktu solat pula ditegah sebagaimana kata Nabi :-

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )

Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda nabi s.a.w amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat.

b- Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain
Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.

Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :-

من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )

Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.

PergerakanPergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan

أن النبي صلى الله عليه وسلم أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 ) Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.

5) Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula berwangian.

Telah disebutkan bahawa waktu sahur adalah waktu yang dipenuhi keberkatan dan kemaqbulan doa. Justeru, tabiat tidur semula setelah makan sahur sementara menunggu waktu subuh adalah satu kesilapan. Inilah tabiat yang menyebabkan masjid dan surau tidak penuh di waktu subuh.

Tidur selepas makan sahur menyebabkan tubuh menjadi semakin layu dan mengantuk yang amat sangat. Keadaan ini pastinya menjadi punca solat subuh di rumah berseorangan atau lebih teruk, terlewat subuh. Amat rugilah mereka yang tidak menjaga waktu sebegini serta tidak mengisinya dengan doa dan istighfar. Allah berfirman :-

الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالأَسْحَارِ


Ertinya : "Orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur" ( Al-Imran : 17 )

7) Menunaikan semua solat sunat di masjid dan tiada di rumah.

Tidak dinafikan, di bulan mulia ini ramai yang berusngguh ingin mendapatkan pahala sunat, solat sunat kerap dilakukan sejurus solat fardhu di masjid dan surau. Cuma orang ramai perlu tahu bahawa, solat sunat lebih afdhal dilakukan di rumah berbanding di masjid dan surau, ia lebih mampu menjaga diri dari perasaan riya, ujub dan takbur. Kecualilah solat sunat terawih dan bagi individu yang jauh rumahnya dari masjid, hingga terpaksa menunaikan solat-solat sunat selepas dan sebelum solat fardhu di masjid.

Bagaimanapun, adalah satu kesilapan sekiranya tidak dilaksanakan sebarang solat sunat ketika di rumah, seperti solat tahajjud, witir dan lain-lain. Nabi s.a.w bersabda :-

اجعلوا من صلاتكم في بيوتكم ولا تتخذوها قبورا

Ertinya : jadikanlah sebahagian dari solat kamu di rumahmu dan jangan biarkan rumahmu menjadi seperti kubur ( akibat tiada solat sunat)" (Riwayat Muslim)
Majority ulama berpendapat solat sunat lebih baik dilaksanakan di rumah disebab
kan ia lebih tersorok daripada pandangan ramai ( Syarah Sohih Muslim, Imam An-nawawi )

8) Wanita berhias dan membuka aurat di luar rumah

Saya kira, isu ini telah banyak saya sentuh di web ini, malangnya ia seakan-akan satu fenomena yang amat sukar untuk diubah walaupuan di ketika datangnya bulan dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka ini. Sedarilah, kegagalan kita untuk berubah kepada yang lebih baik di bulan ini bakal menyaksikan kejahatan diri akan semakin mudah meningkat di bulan-bulan lain.

9) Merendah dan 'kondem' wanita yang cuba berubah dengan bertudung, tutup aurat dan tidak berhias di bulan ramadhan.

Saya juga mendapat info bahawa sebahagian golongan yang merendahkan percubaan perubahan diri dan perkara baik yang dilakukan oleh rakan setugas dan kenalannya di bulan Ramadhan ini. Ada yang mengeji, menuduh hipokrit, mengutuk kononnya 'bungkus sebentar' dan macam-macam lagi kutukan.

Buat pihak yang mengutuk, sedarilah, anda sebenarnya sedang menjauhkan orang dari Islam dan hidayah Allah. Disebutkan dalam sebuah hadis :-

لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك ووجهك منبسط

Ertinya : "Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranay dengan wajah yang senyum dan riang.." ( Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no 19717 ) Justeru, apa jua kebaikan yang mampu diusahakan oleh seseorang terutamanya di bulan baik ini, kita ditegah untuk memperlecehkannya.

10) Banyak berdoa tetapi tidak memahami apakah maksud doanya

Ini satu lagi penyakit yang menular meluas dalam masyarakat kita, memang amat baik untuk menghafal doa yang sohih dari Al-Quran dan dari baginda Nabi s.a.w, tetapi ia akan tergugat apabila anda tidak memahami apakah doa yang diulang-ulangnya itu.

Saya kerap kali terjumpa tuan imam yang membaca dari buku sahaja doa yang panjang lebar, dengan tergagap-gagap. Selepas tamat saya cuba bertanya adakah beliau faham kandungan doa itu, ia berkata hanya faham 10 % sahaja. Mujurlah ada yang faham, bagaimana jika 0 % faham.

Jika tuan imam hanya 10 % faham, bagaiamana pula dengan makmum dari orang biasa ini?. Bolehkah doa tanpa faham ini menjadi maqbul dengan serta merta ?, bolehkah sesuatu doa yang tidak difahami maskudnya boleh lahir dari hati, jiwa dan penuh perasaan dari orang yang berdoa?. Perbincangannya mungkin seidkit panjang, Cuma cukuplah saya ingin mengingatkan ia adalah salah satu bentuk kesilapan di bulan Ramadhan yang dipenuhi doa ini.

Segeralah mencari terjemahan doa yang anda baca agar kesungguhan meminta apa yang diucapkan sampai kepada Allah s.w.t. Nabi s.a.w mengingatkan :-

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لا يَسْتَجِيبُ
دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاهٍ

Ertinya : "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ianya diterima Allah, dan ketahuilah Allah tidak menerima doa dari orang yang hatinya lalai dan tidak bersungguh" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3479 : AlMunziri dan Albani : Sanad & Hadis Hasan )

11) Berterusannya tenggelam dalam syahwat

Bagi sebahagian remaja dan anak muda, mereka meneruskan aktiviti biasa mereka dengan bergayut di telefon bersama pasangan, atau lebih buruk, aktif ‘berdating' di musim Ramadhan ini dan pelbagai aktiviti bersyahwat dan nafsu mereka. Ibu bapa pula seolah sudah habis usaha, buntu aqal untuk mencari jalan terbaik mengelakkan aktiviti buruk si anak dari berterusan. Jika ini berlaku, dosa lebih banyak yang bertambah sejurus keluar dari bulan mulia ini. Selain itu, mereka yang menamatkan Ramadhan dengan dosa yang lebih banyak, pastinya akan semakin menjauh dari Allah swt. Manakan tidak, di bulan bergandanya pahala dan ditutup pintu neraka pun masih ditewaskan oleh nafsu, apatah lagi di ketika Syaitan bebas dari belenggunya. Moga kita dijauhkan Allah.


Akhirnya, semoga kesilapan ini dapat dielakkan di ketika kita menghidupkan Ramadhan dan berterusan dapat dielakkan selepas Ramadhan. Saya izinkan disebarluaskan artikel ini di masjid, surau, fotostatlah sebanyak mungkin demi manfaat rakan muslim kita. Semoga kita dapat sama-sama ke syurga Allah s.w.t ..ameeen.

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )

6) Tidur semula selepas sahur
Telah banyak kali saya sebut di dalam web ini bahawa wanita ditegah memakai wangian sewaktu bercampur dengan lelaki bukan mahram di tempat umum termasuk masjid. Manakala lelaki pula disunatkan berwangian ke masjid. Sebagaimana ingatan Nabi :-

من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Doa - Doa Yang Di Tolak Di Bulan Ramadan


Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Saat itu malam hari raya seperti biasanya Rasulullah s.a.w dan para sahabat membaca takbir, tahmid dan tahlil di Masjidilharam.

Saat sedang bertakbir, tiba2 Rasulullah s.a.w keluar dari kelompok dan menepih ke arah dinding. Kemudian Rasulullah s.a.w mengangkat kedua tangannya (lagaknya org berdoa) saat itu Rasulullah s.a.w mengatakan amin sampai 3 kali.

Setelah Rasulullah s.a.w mengusapkan kedua tangan di wajahnya (lagaknya org selesai berdoa) para sahabat mendekati dan bertanya, "Ya Rasulullah apa yg terjadi sehingga engkau mengangkat kedua belah tanganmu sambil mengatakan amin 3 kali ?".
Jawab Rasulullah s.a.w, "Tadi saya didatangi Jibrail dan meminta saya mengaminkan doanya".

"Apa gerangan doa yg dibacakan Jibrail itu ya Rasulullah ?" tanya sahabat.
Rasulullah s.a.w menjawab, "Kalau kalian ingin tahu inilah doa yg disampaikan Jibrail dan saya mengaminkan".

1. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadan apabila dia masih bersalah kepada org tuanya dan belum dimaafkan ? Rasulullah s.a.w mengatakan Amin.

2. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan ? Rasulullah mengatakan Amin.

3. Ya Allah ya Tuhan kami, Janganlah diterima amal ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling memaafkan ? Rasulullah s.a.w mengatakan Amin.

Demikian lah doa yang dibaca Jibrail sehingga Rasulullah s.a.w mengaminkan sampai 3 kali.

Namun di sini ada 4 faktor yg membuat doa tersebut pasti dikabulkan Allah iaitu:

1. yang berdoa Jibrail, makhluk yang sejak diciptakan tidak pernah membantah dan berbuat dosa kepada Allah.

2. Yang mengaminkan doa tersebut Muhammad manusia Maksum yang telah diampuni semua dosanya.

3. Tempat berdoa adalah Masjidilharam tempat yang mendapat berkat dari Allah.

4. Waktu berdoa adalah malam Aidilfitri iaitu satu diantara sepuluh malam jika kita berdoa langsung di Ijabah oleh Allah.

Jadi, jika ingin amal ibadat kita di bulan Ramadan ini diterima Allah, maka hindarilah oleh 3 yg di atas kerana selama 3 persoalan di atas diselesaikan maka ibadah kita selama bulan Ramadan masih dipandang oleh Allah sampai kita menyelesaikannya.

23.8.10

Resepi Perkahwinan Bahagia


SUBHANALLAH.....

"Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran, dan kesungguhan kita untuk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yang melanda..."

RESEPI PERKAHWINAN BAHAGIA

2 kg > penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama.

1 kg > rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara.

1 kg > rasa kesyukuran dan ketaqwaan.

4 cwn > rasa tanggungjawab.

3 cwn > daya penambat hati ( daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati ).

2 cwn > penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.

2 cwn > pati kemanusiaan.

2 cwn > keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.

1 cwn > rasa kepuasan.

1 cwn > budi bahasa.

1 cwn > perasaan timbang rasa.

1 cwn > tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan-kelemahan pasangan.

2 gelas > ucapan terima kasih untuk disiram selalu.

1 sktan > peruntukan kewangan yang mencukupi.

2 org > anak kecil sekurang-kurangnya.

4 cwn > penuh pengucapan maafkan daku ( ini juga sgt penting untuk kita jadikan amalan diet kita ).

Secubit > campur tangan mertua. Curahkan kerjasama yang perlu dan persediaan kerja berpasangan dan perkongsian.

Cara membuat atau mengamalkannya :

1. Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.

2. Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran.

3. Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.

Peringatan:

Jangan sekali-kali dihidangkan dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa. Makanan kalau sesedap manapun jika dihidangkan dengan sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dengan senyuman manis penuh kasih sayang...Subhanallah...

TIP RUMAH TANGGA BAHAGIA....

* Berkasih sayang.
* Saling mengambil berat.
* Menghargai perkahwinan.
* Ada senda gurau.
* Selalu berdoa agar rumahtangga sejahtera.
* Saling melengkapi antara satu sama lain.
* Saling percaya.
* Saling menghormati.

(diambil dari 'Hadiah Buat Muslimah'-Ustzh Siti Nor Bahyah)


Subhanallah....wahai teman2ku...semoga kita semua bisa jadi pasangan yang bahagia bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat sana....InsyaAllah....

"Wahai kaum Hawa...ketahuilah peranan dan tanggungjawab kalian agar kalian bisa menjadi wanita dan isteri solehah.....InsyaAllah...."

"Wahai kaum Adam...ketahuilah juga peranan kalian sebagai lelaki dan suami agar kalian bisa membimbing dan mendidik kaum Hawa menjadi wanita dan isteri solehah....agar kalian juga bisa menjadi lelaki soleh...InsyaAllah..."

Subhanallah....moga bahagia wahai teman2 ku...Amiin....
































































22.8.10

Keajaiban Sedekah





Kisah teladan cukup bermanfaat

Sebaik pulang dari rumah Nabi, Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?"
Fatimah menjawab: "Demi Allah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hassan dan Husain." Ali berkata: "Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan."
Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar lagi bagi membeli makanan. Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: "Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan selalu menepati janji?"
Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis. Ali pun bertanya: "Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?"
"Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa," kata Fatimah. Ali menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah."
Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu." Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata: "Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini."
Ali berkata: "Saya tidak mempunyai wang." "Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa," kata Badwi itu. "Berapa harganya?" tanya Ali. "Tidak mahal, 100 dirham sahaja."
"Baiklah, saya beli," kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta. Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya: "Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?" "Ya," jawab Ali.
"Berapa?" Tanya Badwi itu. "300 dirham," jawab Ali.
"Baiklah saya beli," kata Badwi itu dan terus memberikan wang RM300 dirham kepada Ali.
Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: "Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?" 
"Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 10 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham," jawab Ali.
Seterusnya Ali pergi menemui Nabi s.a.w. di masjid. Melihat Ali sampai di masjid, Nabi tersenyum dan berkata: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?"
"Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah," kata Ali. "Hai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?" Ali menggeleng: "Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."
Nabi menjelaskan: "Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham. Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail."



























21.8.10

12 Barisan Manusia Menuju Akhirat





Barisan pertama:


Diiringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka . Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia maupun di akhirat". Firman Allah S.W.T 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku (yg menunjukkan kekuasaanKu), itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".


Barisan ke-2:


Diiringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T "Mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk. "Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu”.


Barisan ke-3:


Diiringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "Mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka”.


Barisan ke-4:


Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal”.


Barisan ke-5:


Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah S.W.T menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah S.W.T. Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka”.


Barisan ke-6:


Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan, “Mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu”.


Barisan ke-7:


Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran”.


Barisan ke-8:


Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas . “Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah S.A.W "tiada ber sunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".


Barisan ke-9:


Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh, “mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya”.


Barisan ke-10:


Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. “Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya”.


Barisan ke-11:


Diiringi dari kubur dlm keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. “Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya”.


Barisan ke-12:


Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. “Mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah S.W.T yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T".


BACALAH YASSIN


RASULULLAH S.A.W telah bersabda yang bermaksud:


"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:-


1.Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.


2.Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.


3.Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.


4.Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.


5.Jika terpenjara akan dibebaskan.


6.Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.


7.Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.


8.Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah S.W.T meringankan siksanya.


9.Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.


10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


11. Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah S.W.T menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.


12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah S.W.T, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".


13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: " Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah S.W.T jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Untuk renungan semua,


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman A S.


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun. "Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi, Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.