Satu hari Ajoi yang menjadi konduktor bas, dan sedang menyemak tiket penumpang bas ekspress.
Berikut perbualan Ajoi dengan penumpang yang duduk paling depan sekali
Ajoi: Nak ke mana Encik?
Penumpang : Ke JB..
Ajoi: Maaf, encik tersalah bas. Gi naik bas lain..
Kemudian Ajoi ‘mengecheck’ penumpang di belakang penumpang tadi, seorang mak cik.
Ajoi: Nak ke mana mak cik?
Penumpang : Ke JB..
Ajoi: Maaf, mak cik tersalah bas. Gi naik bas lain..
Ajoi terus menyemak tiket penumpang sehingga kepada penumpang yang paling belakang sekali.
Ajoi: Nak ke mana bro?
Penumpang : Ke JB..
Ajoi: Sori bro, lu tersalah bas. Gi naik bas lain..
Last-last semua penumpang kena turun kerana kononnya tersalah bas. Mereka bengang kerana yakin mereka menaiki bas yang betul dan bertanya kepada Sumardi yang menjaga tiket bas ke Johor Bahru.
Sumardi: Elop Joi, naper semua penumpang ko suruh turun?
Ajoi: Diaorang salah naik bas la bro..
Sumardi: Ya la tapi takkan semua orang salah naik bas. Cuba aku tengok tiket bas ni..
Ajoi: Ha… ni dia contoh satu tiket. Ha ko tengok...... kan ke tiket JB!
Sumardi: Aduyai..hampagas tul la lu.. ko konduktor bas pergi Seremban, kenapa check bas ke JB..!!
Ajoi: Arghhh…….
No comments:
Post a Comment