Daripada Abdul Rahman Bin
Samurah RA berkata, Nabi
Muhammad SAW bersabda:
“Sesungguhnya
aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan……..”
1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di
datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil
nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA
KEDUA IBUBAPANYA.
2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkatWUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan
iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada
api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut
ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA
YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah
melepaskannya dari seksaan itu.
5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi
satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH
SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.
6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG
SEMPURNANYA membolehkan dia
menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.
7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di
sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah
pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG
IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka
tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar
menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA
YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang
lain walaupun dengan sepotong ayat”
No comments:
Post a Comment