Saya ingin bertanya mengenai solat jamak dan qasar. Bolehkah kalau orang solat
biasa menjadi makmum kepada orang yang tengah solat jamak dan qasar? dan
bolehkah sebaliknya pula?
JAWAPAN
1. Menurut mazhab Syafie: Orang yang solat biasa boleh menjadi makmum kepada
orang yang solat jamak dan qasar. Selepas imam memberi salam, dia hendaklah
mencukupkan rakaat solatnya seperti biasa.
2. Adapun sebaliknya: Tidak harus orang yang solat qasar berimamkan orang solat
biasa. Jika dia mengetahuinya di tengah solat, wajib dia mengubah solatnya
daripada qasar kepada solat biasa.
3. Bagi jamak pula, tidak menjadi larangan selepas mengikut imam bagi solat
pertama, setelah selesai solat makmum bangun mengerjakan pula solat kedua.
Yakni harus makmum yang menjamak solat menjadi makmum kepada imam yang tidak
menjamakkan solat.
Wallahu a'lam
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
2 comments:
Asalamualaikum niat bagaimana ustaz jika kita mgikut solat tamam sedangkan Kita nak solat jamak n qasar ykni jamak takdim contoh berimamkan zuhur tamam..nak jamak n qasar asar di dalam waktu zuhur..sedangkan syarat nak melakukan solat jamak takdim mesti niat di dlm solat pertama sedangkan solat pertama kita jd makmum solat tamam..
Aslkm tuan...soalan sya blhkh solat asar ikut imam jmk qasar(zhr+asar). Sahkah solat klu imam solat zhr dahulu?? hrp sudi beri penjelasan
Post a Comment