Oleh Ibnu Al-Khams
Kisah ini berlaku pada Rasulullah S.A.W. sebelum
baginda wafat.
Rasulullah
S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya.
Hinggakan
baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.
Maka
pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat membawanya ke
masjid.
Di
dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat
datang ke masjid.
Tidak
lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat.
Semuanya
rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah S.A.W.
Lalu
Rasulullah S.A.W. mula berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua! Aku ingin
tanya pada kamu semua.... apakah telah aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa
sesungguhnya Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang layak di sembah?"
Semua
sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan
kepada kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak
disembah".
Rasulullah
S.A.W. berkata: "Persaksikanlah ya Allah! Sesungguhnya aku telah
sampaikan
amanah ini kepada mereka".
Kemudian
baginda berkata lagi.......dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan
dibenarkan oleh semua para sahabat.
Akhirnya
sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan
terharu....
Rasulullah
S.A.W. berkata: "Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan.......dan
sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia.
Maka
aku ingin bertanya kepada kamu semua...... siapakah di kalangan kamu yang aku
ada hutang dengannya.....sila bangun.....aku ingin selesaikan hutang tersebut.
Kerana
aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam keadaan ada hutang dengan manusia".
Ketika
itu semua sahabat diam.............sedang dalam hati masing-masing berkata:
"Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami..........sebenarnya
kamilah yang banyak berhutang dengan baginda".
Rasulullah
S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.
Tiba-tiba
bangun seorang lelaki yang bernama Akasyah. lalu dia berkata: "Ya
Rasulullah! Aku ingin ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang,
maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak perlulah
engkau berbuat apa-apa".
Rasulullah
S.A.W. berkata: "Ceritakanlah wahai Akasyah".
Maka
Akasyah pun mula bercerita: "Aku masih ingat lagi ketika perang Uhud dulu,
satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda.
Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti
itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di sebelah belakang kuda
yang engkau tunggang wahai Rasulullah".
Mendengar
yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata: "Sesungguhnya itu adalah
hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan
terima hal yang sama".
Dengan
suara yang agak tinggi, Akasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera
melakukannya wahai Rasulullah!".
Akasyah
seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian.
Sedangkan
ketika itu sebahagian sahabat berteriak memarahi Akasyah....
"Sesungguhnya
engkau tidak berhati perut wahai Akasyah! .....bukankah Baginda sedang sakit!"
Akasyah
tidak menghiraukan semua itu.
Rasulullah
S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah.
Bila
Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya: "Untuk
apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?"
Bilal
menjawab dengan nada sedih: "cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk
memukul Rasulullah".
Terperanjat
dan menangis Fatimah seraya berkata: "Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku
Rasulullah!......ayahku sedang sakit........kalau nak pukul, pukullah aku ini
anaknya".
Bilal
menjawab: " Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".
Bilal
membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah.
Setelah
mengambil cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.
Tiba-tiba
bangun Abu bakar menghalang Akasyah sambil berkata: "Wahai Akasyah! kalau
kamu hendak pukul, pukullah aku.......aku orang yang mula-mula beriman dengan
apa yang Rasulullah S.A.W. sampaikan. Akulah temannya di kala suka dan duka.
Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".
Lalu
dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Abu bakar!....ini
bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".
Akasyah
mara lagi ke hadapan......lalu bangun pula Umar menghalang Akasyah seraya
berkata: "Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu
memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk
menyakitinya, itu dulu.........Sekarang jangan ada sesiapa yang berani
menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka sakitilah aku
dulu....".
Lalu
dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara
aku dengan Akasyah".
Akasyah
mara lagi ke hadapan.......tiba-tiba bangun pula Ali bin Abu Talib sepupu
Rasulullah S.A.W.
Dia
menghalang Akasyah seraya berkata: "Akasyah! pukullah aku wahai Akasyah.
Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai Akasyah".
Lalu
dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Ali! ini urusan antara
aku dengan Akasyah" .
Akasyah
mara lagi ke hadapan......tiba-tiba tanpa disangka, bangunlah dua orang cucu
kesayangan Rasulullah S.A.W. iaitu Hassan dan Husin.
Mereka
berdua merayu dan meronta.
"Wahai
pak cik! pukullah kami wahai pak cik..........Datuk kami sedang
sakit........pukullah kami wahai
pak cik.....sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan
Baginda...........pukullah kami wahai pak cik".
Lalu
Rasulullah S.A.W berkata: "Wahai cucu-cucu kesayanganku! duduklah kamu.
Ini urusan aku dengan Akasyah".
Bila
sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata: "Macam mana aku
hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau
engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah sini".
Rasulullah
S.A.W. memang seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat
memapahnya ke bawah.
Baginda
didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi:
"Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".
Tanpa
berlengah, dalam keadaan lemah......Rasulullah membuka baju.
Lalu
kelihatanlah tubuh Baginda yang sungguh indah, sedang beberapa ketul batu
terikat di perut Baginda.....ini menandakan Baginda sedang menahan kelaparan.
Lalu
Rasulullah S.A.W. berkata: "Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu
berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada kamu".
Akasyah
terus menghampiri Rasulullah S.A.W........lalu mula untuk menghayunkan tangan
yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.
Rupa-rupanya
sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke
arah lain.....dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh Rasulullah S.A.W.
seerat-eratnya.
Sambil
berteriak menangis, Akasyah berkata: "Ya Rasulullah, ampunkanlah
aku......maafkanlah aku......mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya
Rasulullah........sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku
dengan tubuhmu.......kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan
dimakan oleh api neraka. Dan sesungguhnya aku takut dengan api
neraka........maafkanlah aku ya Rasulullah".
Rasulullah
S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata: "Wahai sahabat-sahabatku
semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah".
Semua
sahabat tidak dapat menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi
masing-masing.
Sambil
itu semua para sahabat beramai-ramai memeluk Rasulullah S.A.W.
selatanonline.net
No comments:
Post a Comment