Di Malaysia, purata waktu berpuasa
adalah 13 jam 33 minit sehari, tu pun ada yang malas. Namun, jika anda berpuasa
di Iceland, maka anda perlu nambah hampir 8 jam lagi waktu puasa anda!
Bermakna, di sana anda akan berpuasa hampir satu hari penuh yakni selama 21 jam
57 minit. Mana nak bezakan sahur dengan berbuka kan dengan tempoh yang singkat
antara keduanya.
Di Malaysia, cuaca
panas akan menyebabkan anda cepat dahaga, namun di Iceland cuaca sejuk akan
menyebabkan anda cepat lapar. Bayangkan berlapar selama hampir 22 jam sehari
selama sebulan? Itulah antara cabaran Ramadan yang penuh keberkatan. Selepas
Iceland, paling lama anda akan berpuasa adalah di Sweden yakni selama 20 jam 57
minit, diikuti Amerika Syarikat (Alaska), 19 jam 51 minit, England (18 jam 53
minit), Jerman (19 jam 1 minit).
Bagi yang memilih untuk
melaksanakan ibadah puasa di Mekah, maka anda perlu bersedia untuk berpuasa
selama 14 jam 53 minit. Pastinya ibadah umrah anda akan menjadi jauh lebih
mencabar, namun keberkatan bumi Anbiya lain, susah macam mana pun kita buat,
malah merasa seronok melakukannya.
Tempoh berpuasa yang paling
singkat di bandar utama dunia tahun ini adalah di Sydney, Australia yang hanya
memakan masa 9 jam 56 minit. Rujuk jadual di atas untuk tempoh berpuasa di
negara-negara lain.
Jadi… selepas mengetahui
tempohnya, anda akan memilih untuk berpuasa di mana andai diberikan pilihan?
Sumber: mynewshub.my
No comments:
Post a Comment