Pengertian Zikir
Sebaiknya kita memahami apa itu zikir. Zikir bermakna mengingati. Mengingati bermakna menumpukan pemikiran terhadap sesuatu perkara. Dan itu dinamakan zikir. Apabila bercakap mengenai zikir kepada ALLAH, maknanya memusatkan pemikiran hanya kepad ALLAH.
Zikir munajat tanda ingatan hambanya kepada penciptanya Allah, memohon ampun dosa-dosa yang telah dilakukan ketika waktu tenang, hening malam dan terasa hati ini dekat kepada penciptaNya.
Apa yang ingin disampaikan ialah mengenai berzikirlah selagi tidak sibuk dengan urusan duniawi.
Zikir munajat atau zikir harian ini boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja. Selalunya kita baca? semasa qiamullail. Baca sorang2 pun boleh, tapi kalau baca ramai-ramai dapat merasai kekuatannya dan rasa seronok.
Cara untuk berzikir.
Dimana sahaja, mengikut apa sahaja style korang sekalipun, cara berzikir adalah bebas. Bukan bererti korang terpaksa untuk melafaskan zikir lazim seperti Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ila Ha Illa ALLAH HU AKHBAR itu baru dinamakan zikir.
Asal ada sahaja point utama, iaitu mengingati ALLAH, ia dipanggil zikir. Jadi, cara berzikir adalah bebas asalkan syarat utamanya di penuhi, iaitu penumpuan kepada ALLAH.
Secara praktisnya, lidah sebut, akal tumpu , hati ingat. Ada orang berkata zikir ALLAH memang nampak mudah, tapi camne nak satukan dengan hati dan akal. Ya, mudah sahaja sebenarnya. Apabila korang zikir ALLAH masa tu korang kena rasa kalimah ALLAH tu berdegup dalam hati korang.
Menganggap kecil dan meremehkan pekerjaan berzikrullah ini bermakna samalah menganggap kecil dan meremehkan Al Quran dan hadis dan kalau memperlekeh serta menolak pekerjaan berzikir ini samalah jua memperlekeh dan menolak Al Quran.
Allah berfirman yang maksudnya:
“Zikrullah itu adalah pekerjaan yang agong (AKBAR)” .surah Al ankabut, ayat 45.
Firman Allah lagi:
“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka ingatilah Allah dalam keadaan kamu berdiri, duduk dan ketika kamu berbaring”. (An Nisa’: 103).
No comments:
Post a Comment