Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

Walaupn Hidup 1000 tahun klu x sembahyang apa gnanya

30.10.11

ASB @ ASN Haram.....


Jangan cuba menghalal kan sesuatu yang haram..
Fatwa di keluar oleh Ustaz/Ulama yang memang pakar dalam hal ni...
Org yang menolak fatwa...Nauzibillah.....minta dijauhi....
 
1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :
 
1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB

Keputusannya :

" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "
 
1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah

Keputusannya

" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan, sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut."

Shares/ Saham PNB
Jika tak tahu jugak antara kompeni yang tersenarai tu syariah ker tak.. Beli surat khabar THESTAR.. buka bahagian shares.. kat situ dia ader tick kan kompeni mana yang LULUS SYARIAH dan YANG MANA TAK..
 
So kepada sesiapa yang nak cari yang halal.. Boleh bandingkan nama kompeni yang PNB invest ngan suratkhabar.. Bursa Malaysia ade buat revision yang terbaru tahun lepas dan mereka dah keluarkan mana kompeni dalam bursa yang lulus syariah dan yang mana tidak..
 
So kalau korang pernah biasa beli STOCK BURSA MALAYSIA.. ader cara untuk tahu camner STOCK TU LULUS SYARIAH KER TAK..
 
Kepada sesiapa yang dah melabur dalam PNB punya saham.. Ambil jer penyata tu.. Pas tu tgk kompeni mana yang mereka INVEST.. PAS TU CUBA BANDINGKAN NGAN DALAM SURAT KHABAR.. SAMADA LULUS SYARIAH KER TAK...
 
Pinjam duit bank untuk sertai ASB
 
Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia.

Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.
 
Seruan tu banyak.. tapi hidayah tu susah nak sampai.. Sebab hidayah tu datangnya dari ALLAH..
 
Selamat Daripada Seksaan Api Neraka Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW:

"Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab.

Jawab Rasulullah SAW:

"Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya.

 Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari.

Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya"

(Hadith Riwayat Ibnu Abbas).

No comments: