Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

Walaupn Hidup 1000 tahun klu x sembahyang apa gnanya

15.10.11

Tanda Ke Petanda...

Di dalam Al-Quran, allah juga menceritakan kejahatan nafsu, iblis, syaitan berupa manusia, firaun, haman, qarun dan sifat orang-orang yang jahat. cerita-cerita tersebut adalah untuk kita berfikir supaya dapat melindungi diri dari kejahatan orang yang jahat.
 
pada masa yang sama, allah memerintahkan kita berbaik sangka, kerana berburuk-sangka kebanyakkan salah.
 
macamana ni pulak?
 
sebenarnya kita disuruh berfikir menggunakan akal untuk berbaik-sangka atau untuk mencurigai. bukan main pukul-rata semua dalam satu bakul.
 
kaedah asasnya ialah mengenal petanda-petanda yang ada pada

3 perkara ini : keadaan, sikap dan kesan akan datang.

beberapa persoalan seharusnya timbul di dalam diri kita :

-> adakah keadaan ini normal dan boleh diterima akal?

-> adakah sikap ini melanggar nilai budaya dan norma hidup?

-> apakah kesannya pada masa akan datang?
 
sebagai contoh:

(1) keadaan :
Apabila kita lihat orang yang tidak dikenali memasuki kawasan kebun kita, sudah pasti ia menjadi petanda mencurigakan.
-> pencuri, penagih dadah, perompak, pemangsa wanita etc etc. bagi orang yang bodoh, mereka akan berbaik-sangka terhadap orang yang tidak dikenali itu.
 
(2) sikap :
Apabila seorang lelaki bukan muhrim datang ke rumah kita pada hampir senja untuk menjemput anak perempuan keluar rumah, ia adalah petanda mencurigakan. banyak kemungkinan boleh berlaku pada masa terdekat
-> zina, rogol, anak haram etc etc. bagi ibubapa yang bodoh, mereka akan berbaik sangka terhadap anak perempuan itu dan si-lelaki itu.
 
(3) kesan akan datang :
Apabila anak-anak yang masih bersekolah tetapi pulang lewat malam atau hampir pagi, ini juga petanda mencurigakan.
-> merempit, berkawan dengan yang jahat, menagih dadah, minum arak, hidu gam, mencuri, skodeng etc etc. bagi ibubapa yang cuai lagi tak berakal, mereka akan menerima apa sahaja alasan yang diberi oleh anak-anak mereka.
 
(4) sikap dan kesan :
Apabila bailtulmal ada berjuta-juta ringgit dan mempunyai banyak bangunan cantik tersergam, mengapa ada umat islam yang masih tak mampu hantar anak ke sekolah, terpaksa berhenti sekolah, masih hidup dalam pondok buruk yang reput, terlantar sendirian sakit tanpa rawatan dan anak yatim terbiar. ia petanda mencurigakan
-> tak mencari orang yang memerlukan, tak menjalankan tugas, tak menunaikan tanggungjawab dengan betul, lalai, cuai etc etc.
 
bagi orang-orang yang dapat kenal petanda-petanda kejahatan, mereka berupaya untuk melaksanakan beberapa tindakan agar kejahatan dapat dielakkan sebelum terlambat.
 
seperti kata huzaifah r.a., " sesungguhnya sesiapa yang tidak kenal kejahatan, dia tidak akan kenal kebaikan. ".
 
saya sarankan kita belajar kenali petanda-petanda yang boleh membawa kejahatan, agar dapat ia dielakkan.
 
namun begitu, bukan lah pula kita sentiasa dok memikirkan perkara yang jahat. kita sekadar perlu tahu untuk digunakan di masa yang sesuai.

No comments: