Dalam bekerja, jadikan kerja sebagai ibadah dan utamakan perbelanjaannya untuk anak-anak dan keluarga.
Menyara keluarga akan mendapat ganjaran pahala yang besar terutama dalam menyediakan makan minum, tempat tinggal dan perbelanjaan persekolahan anak-anak.
Daripada Abu Hurairah ra., sabda Rasulullah SAW maksudnya:
"Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang-orang miskin dan wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala yang paling besar ialah wang yang engkau belanjakan untuk menyara kaum keluargamu." (riwayat muslim).
Berkaitan hak nak-anak dalam kehidupan dan pendidikan, seorang datang kepada Nabi SAW dan bertanya:
"Ya Rasulullah, apa hak anakku ini ?"
Nabi menjawab:
"Memberinya nama yang baik, dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatimu)."- riwayat Ath Thusi.
Sesungguhnya nama yang baik akan menyelamatkan seseorang itu di dunia dan akhirat. Kedudukan yang baik adalah kasih sayang yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak.
Menyara keluarga dan mendidik anak-anak adalah menjadi tugas penting kepada kedua-dua ibu bapa terutama dalam menghadapi zaman yang penuh dengan pelbagai cabaran dan juga dugaan.
No comments:
Post a Comment