Soalan :
Akikah untuk Bayi lelaki. Bolehkah majlis akikah dibuat dua kali;
Majlis akikah
yang pertama seekor kambing, majlis akikah yang kedua (Hari yang berbeza)
seekor lagi kambing. Atau satu bahagian lembu.
Jawapan ;
Jawapan ;
Akikah untuk anak lelaki disunatkan dua ekor kambing sebagaimana dalam hadis; “Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sekufu dan bagi anak perempuan seekor kambing” (HR Imam Abu Daud dari Ummu Kurzi al-Ka'biyah RA. Sunan Abu Daud, 2834).
Menurut ulama mazhab Syafie;
harus dilakukan juga dengan dua tompok lembu.
(lihat jawapan sebelum ini; Hukum Akikah dengan lembu).
Sebaik-baiknya dua ekor kambing (atau dua tompok) itu dilakukan bersama-sama kerana dapat segera terhasil pahala berakikah dengan dua ekor kambing sebagaimana yang disunatkan oleh Nabi SAW bagi anak lelaki tadi.

Namun jika
hendak dilakukan seekor dulu, tidaklah dilarang kerana menurut ulama; sekalipun
akikah untuk anak lelaki digalakkan dua ekor kambing, namun jika dilakukan
seekor sahaja ia adalah sah dan terhasil pahala akikah. Nabi SAW sendiri,
walaupun menggalakkan dua ekor, tetapi baginda hanya melakukan seekor sahaja
untuk cucunya.
Ibnu 'Abbas RA menceritakan; “Rasulullah SAW melakukan akikah bagi Hasan RA dan Husain RA dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)” (HR Imam Abu Daud. Sunan Abu Daud, 2841).
Apabila telah dilakukan seekor, kemudian dilakukan lagi seekor maka yang kedua dianggap penyempurnaan bagi akikah yang pertama, namun pahalanya tidak sama dengan yang pertama kerana ibadah akikah - apabila telah tiba waktunya - lagi segera/cepat dilaksanakan, lagi baik.
Masa terbaik melakukan akikah ialah pada hari yang ke tujuh bayi dilahirkan (hari lahir dihitung sebagai hari pertama jika dilahirkan siang hari). Saidatina 'Aisyah RA menceritakn; “Nabi SAW melakukan akikah untuk Hasan dan Husin pada hari ketujuh, baginda memberi nama kepada mereka berdua dan baginda menyuruh supaya dibuang kekotoran daripada kepala mereka berdua (yakni dicukur rambut mereka)”

(Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim dengan sanad yang
baik menurut Imam Nawawi. Lihat; al-Majmu’, jil. 8, hlm. 320).
Menurut ulama; Jika tidak dapat dilakukan pada hari ke tujuh, disunatkan dilakukan sebelum habis tempoh nifas. Jika selepas selesai nifas masih belum dilakukan, maka disunatkan sebelum putus menyusu. Jika belum dilakukan juga, maka disunatkan sebelum berumur tujuh tahun. Jika masih juga belum dilakukan, maka disunatkan sebelum mencapai umur baligh.

Jika setelah sampai umur baligh
masih belum lagi diakikahkan, maka gugur sunat tersebut daripada wali/ penjaga
dan ketika itu diberi pilihan kepada bayi untuk melakukan akikah bagi dirinya
(apabila dewasa). (Kifayatul-Akhyar, hlm. 534).
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
No comments:
Post a Comment