Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.
Bismillahir Rahmanir Raheem?
Baru² ini saya ada menerima sebuah email dari group yang saya sertai. Ianya berkenaan gambar pasangan lesbian di Singapura. Disebabkan saya melanggan group tersebut secara daily digest, maka saya tidak dapat melihat gambar yang dilampirkan. Tetapi saya fikir gambarnya pasti tidak keterlaluan kerana group tersebut terkenal dengan bilangan moderadornya yang ramai yang sedia manapis bahan² lucah.
Baiklah, itu bukan isunya di sini. Yang membuatkan saya tertarik adalah apabila terbaca komen dari seseorang dalam group tersebut. Katanya, cerita tentang pasangan lesbian itu bukan berlaku hanya di Singapura sahaja.
Bahkan juga, di Bukit Bintang melambak pasangan seperti itu berkeliaran. Katanya, entah bila hendak diturunkan bala. Bala? Ya? Bala dari Allah.
Bala
kerana mengingkari perintahNya. Bukan Balakrishna! Lantas saya teringat kata teman saya beberapa tahun dahulu. Ketika itu, kes seorang relajar sekolah rendah yang dirogol sehingga mati di Johor Bahru heboh diperkatakan. Ia kemudiannya diikuti dengan beberapa lagi ? siri ? jenayah sebegini membuatkan masyarakat menjadi tidak senang duduk. Ketika itu, saya melahirkan kehairanan kepada teman saya itu mengana manusia sanggup melakukan jenayah sebegitu rupa.
Jawapannya cukup menarik. Katanya, apa yang berlaku ini bukanlah lagi jenayah. Ianya sudah menjadi bala. Jika jenayah, ianya mungkin kita dengar sekali dan sekala. Tetapi, jika ianya berturutan, kemungkinan sekali ianya bala dari Allah. Sebagai peringatan kerana mengingkari perintah Allah.
Sebagai peringatan kerana kufur dengan hukuman yang telah Allah sediakan untuk kita amalkan. Jawapan itu cukup terkesan di hati saya. Hinggakan sesudah beberapa tahun berlalu, saya masih tetap teringatkannya lagi. Seperti baru² ini kecoh dengan kejadian ragut. Ianya telah menjadi seperti satu pesta atau fenomena sehinggakan membawa kepada pembunuhan. Setiap hari ada saja berita ragut yang kita akan dengar atau baca di media. Mungkinkah ini juga merupakan satu bala dari Allah? Mungkin juga!
Sebenarnya, apabila kita menyebut tentang bala, fikiran kita secara automatik akan terbayangkan kejadian² dahsyat seperti tsunami dan ribut taufan yang meragut ribuan nyawa. Bagi kita, bala bererti bencana alam.
Tetapi jika difikirkan semula, kata teman saya tadi ada banyak benarnya. Bala bukan semestinya kejadian bencana alam. Bahkan jenayah² yang berlaku di sekeliling kita juga mungkin merupakan bala dari Allah.
Apa sahaja yang tidak menyenangkan hidup kita, ianya merupakan bala. Bagi individu, mungkin ditimpa penyakit berat merupakan satu bala untuknya. Kerana dia kehilangan keupayaan untuk melakukan tugas. Atau mungkin tanggungjawab yang dia tidak redha kepadanya juga satu bala. Jika benar begitu, maka sudah setentunya kejadian jenayah juga merupakan satu bala kepada kita. Kerana kita jadi tidak senang kerananya.
Allah menurunkan bala kepada sesuatu masyarakat adalah sebagai peringatan untuk masyarakat tersebut dan sekelilingnya akan kelalaian yang telah mereka lakukan. Jadi, dengan keadaan kita yang sememangnya lalai dengan tugas kita sebagai khalifah dan juga umat Nabi Muhammad saw yang diberi tugas sebagai penyampai agama Allah, bukankah logik jika kita katakan sememangnya kita sedang ditimpa bala sekarang ini?
Hari ini, kita enggan menghukum orang yang berzina dengan hukuman sebatan 100 kali ataupun rejam sehingga mati bagi orang yang telah berkahwin. Bukan sahaja enggan, bahkan kita mengutuk dengan mengatakan bahawa tidak mungkin kita mampu memperolehi saksi adil seramai 4 orang bagi mengukuhkan pendakwaan. Kita juga anggap hukuman seperti itu adalah zalim, sadis dan ketinggalan zaman.
Akhirnya, akibat keengganan itu, maka Allah turunkan bala sehingga perzinaan menjadi suatu amalan yang biasa dalam masyarakat kita. Terlalu ramai pasangan remaja kita yang terlanjur dan terjebak ke alam kerosakan. Dan bagi menambah keperitan bala yang ditimpakan, Allah jadikan pula mereka, si penzina² ini, sebagai pembunuh dengan membuang bayi yang tidak berdosa di tempat² yang jijik dan tidak sepatutnya.
Kemudian kita ingkar pula kepada arahan Allah untuk menghukum mereka yang mencuri dengan hukuman potong tangan. Bukan setakat ingkar, kita ketawakan pula dan katakan nanti orang Islam semuanya akan kudung² belaka tangan mereka (macamlah semua orang Islam itu pencuri!). Akibat keingkaran itu, Allah jadikan mencuri dan meragut itu sebagai kerjaya bagi sesetengah daripada kita.
Hinggakan jenayah rompak, curi dan ragut itu disusuli pula dengan jenayah lain seperti rogol dan bunuh. Hinggakan untuk mendapatkan beberapa ringgit sahaja di dalam beg tangan seorang wanita, mereka sanggup membunuh mangsa. Kejam! Bukankah ini lebih kejam daripada hukuman potong tangan itu sendiri?
Tambah pedih lagi, kekejaman ini berlaku kepada mangsa² yang tidak melakukan kesalahan. Bukan kepada pesalah!
Hukumlah dengan hukuman penjara. Saya koleksi kes pengedar dadah dan pencuri yang dicekup dan dipenjarakan kemudian dibebaskan semula selepas tamat hukuman. Saya katakan 80% dari mereka kembali ke kerja asal mereka.
Mengapa? Desakan hidup. Tetapi yang paling penting, pengalaman ditangkap polis menjadikan mereka lebih cekap dalam menjalankan aktiviti mereka. Percaya atau tidak?kesemua kejadian ini menjadikan kita mula tidak senang duduk. Rasa risau dengan keselamatan ahli keluarga serta diri sendiri menjadikan kita hidup dalam ketakutan. Ketakutan dan fobia yang kebanyakan kita rasakan sekarang ini hampir sama dengan ketakutan dan fobia yang dialami oleh mangsa² tsunami serta lain² bencana. Nyatalah, kita sebenarnya memang dalam timpaan bala.
Tidak cukup itu, disebabkan sifat kita yang membenci sunnah (terutama tentang pakaian), maka Allah jadikan remaja kita sesat dalam arus fesyen perdana. Ada yang berpakaian dan berpenampilan seperti berus dawai dan penyapu malah ada pula yang berpakaian tetapi lebih hampir kepada telanjang. Dan, kerana keengganan kita menyampaikan dakwah, maka Allah turunkan bala kepada kita dengan gejala murtad yang kian berleluasa.
Terlalu banyak contoh yang boleh saya sebutkan di sini. Boleh kata hampir semua kejadian yang buruk yang berlaku dalam masyarkat kita adalah akibat kecuaian dan keengganan kita sendiri. Maka tidak salahlah jika dikatakan kejadian² itu merupakan bala yang Allah turunkan kepada kita sebagai ? jam loceng? yang mengejutkan kita dari lena yang panjang. Supaya kita kembali ke jalan sebenar yang Dia sebenarnya inginkan.
Perlukah kita menunggu bencana seperti tsunami untuk tersedar bahawa kita sebenarnya sudah tersasar jauh dari tugas dan matlamat kita? Perlukah sebahagian besar dari bumi Malaysia ini ditenggelami air atau punah ditelan ribut puaka untuk membangkitkan kita dari mimpi yang tidak berkesudahan?
Tidakkah cukup dengan segala bala yang diturunkan dalam bentuk yang sedia ada ini mengingatkan kita? Mengapakah kita masih mahu menunggu bala yang lebih besar sebelum kita mula bertindak?
Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri.
No comments:
Post a Comment