Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

Walaupn Hidup 1000 tahun klu x sembahyang apa gnanya

28.6.11

Hikmah Di Sebalik Israk Dan Mikraj


Marilah kita mendengar firman Allah Taala yang menceritakan tentang peristiwa agung yang berlaku dalam sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

Walaupun para ulama telah bertelingkah di dalam menentukan bulan dan tahun berlakunya Israk tetapi ia adalah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada Rasulullah s.a.w. kerana peristiwa ini dinyatakan oleh al-Quranul Karim dan diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadisnya yang sahih, yang diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

Matlamat yang penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah s.a.w. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamu-Nya pada malam yang sangat bersejarah itu.

Firman Allah Taala (maksudnya): "Maha suci Tuhan yang telah menjalankan hamba-Nya pada waktu malam dari Masjidilharam (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis) yang Kami telah berkati di sekelilingnya supaya Kami tunjukkan kepadanya ayat-ayat Kami (tanda-tanda kebesaran dan ketuhanan Kami), sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israk: 1)

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk menyatakan Rasulullah s.a.w. adalah benar seorang rasul yang dipilih oleh Allah SWT, membawa satu agama dan pengajaran yang bernama Islam, firman Allah (maksudnya): "Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam." (A-li Imran: 19).

Dan Allah menyatakan juga (maksudnya): "Dan sesiapa yang mencari (berpegang) dengan agama selain daripada Islam, maka Allah tidak akan menerima dan pada hari akhirat dia tergolong dalam orang-orang yang rugi." (A-li Imran: 85)

Pada malam yang bersejarah itu, Rasulullah s.a.w. dihimpun bersama dengan roh para nabi dan rasul 'alaihimus solatu wassalam di Masjidil Aqsa, mereka solat berjemaah bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam kepada mereka.

Ini menandakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu daripada mata rantai ajaran Islam yang bersambung-sambung dari seorang nabi dan rasul kepada nabi dan rasul yang lain, bermula dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman, tidak ada lagi nabi selepas Muhammad s.a.w.

Allah SWT memilih nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan manusia. Mereka terdiri daripada manusia yang memiliki akhlak yang luhur lagi tinggi, bersifat benar, amanah, menyampaikan, cerdik dan bijaksana di kalangan kaumnya dan dipelihara daripada melakukan kesalahan dan dosa.

Adapun mereka yang tidak memahami dan buta al-Quran tidak akan percaya kepada peristiwa Israk dan Mikraj, kerana pada malam Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. ditemukan dengan nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan Bani Israil dan nabi-nabi dan rasul di kalangan umat-umat yang lain, yang cerita-cerita mereka disebut dalam al-Quran, sebuah kitab Allah yang masih wujud sehingga hari ini. Ini menandakan kebenaran al-Quran.

Kebenaran al-Quran bukan sahaja menandakan betulnya Rasululah s.a.w. bahkan juga menjadi pengajaran kepada umatnya. Semua nabi adalah menganut agama yang satu iaitu agama Islam.

Semua mereka bersolat dalam keadaan menghadap Allah SWT dengan cara-cara solat yang diajar oleh Allah. Semua nabi berpegang dengan akidah tauhid lailahaillallah, tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah, tuhan yang layak disembah kepada-Nya, tuhan yang menjadikan dan menguruskan alam ini. Alam ini tunduk di bawah undang-undang peraturan Allah, maka wajib manusia hanya tunduk kepada undang-undang dan peraturan Allah SWT. Itulah ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul yang terpaksa berjuang mengharungi perjuangan yang panjang.

Di dalam peristiwa itu juga ditunjukkan kepada Rasulullah s.a.w. rasul yang disertai oleh pengikut yang ramai. Ada rasul yang disertai oleh pengikut yang sedikit, ada yang berjalan seorang diri, ada nabi yang dibunuh dan ada yang dipenjara.

Itulah nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah yang berdepan dengan cabaran golongan manusia yang menjadi bala tentera iblis yang akan wujud sehingga hari kiamat.

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk meningkatkan semangat Rasulullah s.a.w. supaya jangan takut dan gentar di dalam perjuangan Islam, kerana Islam yang dibawa itu ialah Islam Allah SWT.

Seluruh kuasa besar yang ada dalam dunia adalah habuk-habuk yang kecil yang boleh ditiup angin, bahkan ia lebih kecil lagi apabila berdepan dengan ketuhanan Allah SWT pada hari kiamat.

Seseorang yang menganut Islam hendaklah merasa mulia, tinggi dan hebat dengan Islam, dengan syarat mereka berpegang dengan Islam. Allah SWT memuliakan umat ini dengan Islam. Kehinaan yang menimpa umat ini apabila mereka meninggalkan Islam.

Ditunjukkan pada malam Israk dan Mikraj itu di mana perginya orang yang berpegang dengan Islam sehingga mati dan ke mana arah orang yang menyeleweng dan meninggalkan agama Islam.

Orang yang berpegang dengan Islam diletakkan di syurga dan mereka yang menyeleweng daripada Islam berada di dalam neraka. Hal ini digambarkan dengan jelas supaya diberitahu kepada umatnya sehingga kiamat.

Marilah kita menghayati peristiwa Israk dan Mikraj dengan bukan hanya kita mendengar cerita yang berlaku di dalamnya tetapi yang lebih penting ialah untuk menambah iman kepada Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran Islam untuk sehidup semati dengan Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT.

Firman Allah (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam." (A-li Imran: 102).

13.6.11

Cek Gu


Pendidik ulung ialah ibu bapa kerana merekalah yang pertama memberi suluhan cahaya kepada anak-anak untuk mengenali dunia mereka dan mereka jugalah insan yang pertama mengajar setiap perkara.

Lantaran itu, peranan ibu bapa sebagai pendidik ulung mesti diteruskan dengan menanam aqidah kepada anak-anak, selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w:

"Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah suci murni (Islam), maka ibu bapanya menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Guru merupakan gantian ibu bapa di sekolah yang mengajar murid tanpa jemu dan penat, dengan kekuatan semangat untuk melihat anak muridnya berjaya dan sangat menginginkan muridnya menjadi lebih tinggi dari gurunya.

Atas sebab itu, Islam sangat memberi ingatan kepada murid agar sentiasa menghormati dan memuliakan gurunya.

Saya masih ingat sewaktu kecil sehingga dewasa, ibu sering kali berpesan "jangan sesekali kamu menyakiti hati guru kamu, kamu tidak akan berkat sepanjang hidup kamu".

Berbekalkan pesanan ini, ingatlah sekalian bahawa yang penting bagi ilmu itu ialah berkat ilmu, yang mampu menyuluh cahaya dalam perjalanan hidup ini.

Kepada para guru, jadilah anda seorang pendidik yang beramanah dengan ilmu kerana guru yang amanah dan ikhlas sama seperti mata air yang mengalir - air yang bersih dan jernih untuk diminum oleh semua.

Beringat-ingatlah bahawa guru yang khianat dan tidak ikhlas dalam kerjayanya adalah sama seperti mata air yang mengalirkan air yang keruh, lalu keruhlah air itu sampai di kuala.

Khas untuk guru-guru sekalian dan semua yang bergelar guru…

Kau seperti lilin yang menerangi
Memberi sinar membakar diri
Agar insan jadi insani
Tanpamu kosong tiada erti
Tak mungkin kami berada di sini.
 
Terungkap citra seorang wira
Dari huruf menjadi kata
Dari bebal menjadi bijaksana
Dari putih menjadi warna
Pencorak kehidupan penyambung bangsa
Melangkah jauh terasa nyata
Visi mendatang mudah terlaksana.
 
Di saat buntu, dikaulah pembantu
Memberi ilmu tanpa jemu
Tak kira masa, tenaga dan waktu
Jasamu itu ku kenang selalu
Biarpun beranak berpinak cucu.
 
Sesekali melangkah pasti rebah
Nasihatmu kuingat menghilangkan gundah
Agar diri dan semangat menjadi gagah
Daku pasti tak mungkin mengalah
Ilmu dan pengalaman diberi sudah
Setelah berusaha dan berdoa, terserahlah.
 
Duhai guru-guru yang dikasihi
Terimalah kasih dan sayang kami
Lantaran berbudi tidak berperi
Untuk satu perjuangan hakiki
Kami kini mampu berdikari.

Terima kasih guru.

12.6.11

Rejab... Part 4

Bulan Rejab, Bulan Allah?
 
Prof Dr Al-Shaikh Yusuf Al-Qaradawi
Fatawa Mu`asirah (Fatwa-fatwa Masakini)
 
Soalan:
 
Banyak kedengaran daripada khutbah Jumaat terutamanya pada awal bulan Rejab mengenai hadis-hadis yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan ini, Allah janjikan pahala yang besar bagi orang yang berpuasa walaupun sehari dibulan ini. Antara hadis-hadis itu ialah:
 
"Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku dan bulan Ramadan adalah bulan umatku."
 
Apakah pendapat tuan tentang hadis ini. Apakah benar di bulan Rejab disediakan sesuatu? Apakah hukum orang yang meriwayatkan hadis kepada orang ramai sedangkan hadis itu palsu semata-mata?
 
Jawapan:
 
Tidak benar tentang adanya sesuatu di bulan Rejab melainkan ia hanyalah salah satu daripada bulan-bulan yang diharamkan yang disebutkan Allah dalam al-Quran (di antaranya empat bulan haram) iaitu: Rajab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, itulah bulan-bulan yang dimuliakan.
 
Tidak ada hadis sahih yang menceritakan tentang kelebihan bulan Rejab.

Walaupun begitu ada sebuah hadis hasan menceritakan bahawa Nabi s.a.w. telah berpuasa (di bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Syaaban. BiIa ditanya, baginda mengatakan: Kerana ia bulan pengampunan di antara bulan Rejab dan Ramadan.
 
Daripada hadis ini dapat difahami bahawa bahawa Rejab itu ada kelebihan.
 
Ada pun hadis "Bulan Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku" adalah hadis yang sangat mungkar dan daif bahkan Ibn Kathir mengatakan ia adalab hadis maudu' iaitu ia adalah dusta. Ia tiada nilai dari segi ilmiah, jua tiada nilai dan segi agama.
 
Begitu juga hadis-hadis lain yang meriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab iaitu siapa yang sembahyang demikian baginya pahala demikian, sesiapa yang minta ampun sekali, baginya pahala bagi amalannya itu... semuanya ini adalah dusta dan berlebih-lebih.
 
Di antara tanda-tanda dusta di dalam hadis-hadis ialah ia mengandungi perkara yang dilebih-lebihkan dan ditambah-tambah sebagaimana kata ulama:

"Sesungguhnya janji dengan pahala besar di atas perkara yang kecil atau amaran azab yang pedih dengan dosa yang kecil menunjukkan hadis itu dusta."
 
Sebagaimana yang mereka katakan menerusi lidah Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
 
"Sesuap makanan ke dalam perut orang yang lapar itu lebih baik daripada membina seribu masjid."
 
Hadis ini dusta kerana tidak masuk akal sesuap makanan ke perut orang lapar itu lebih besar pahalanya daripada pahala membina seribu masjid.
 
Hadis-hadis yang menerangkan tentang kelebihan bulan Rejab dan jenis seperti di atas para ulama hendaklah mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan hadis-hadis mauduk (dusta) serta menjauhinya.
 
Terdapat hadis yang bermaksud:

"Sesiapa yang bercakap dengan hadis yang didapati hadis dusta, maka ia termasuk di dalam salah seorang mereka yang berdusta." (Muslim)
 
Tetapi kadang-kadang seseorang itu tidak mengetahui bahawa hadis yang diceritakan itu dusta. Oleh itu wajiblah dia mengetahui punca datangnya hadis itu. Hadis-hadis boleh dipegang tentang kesahihannya di mana ada buku-buku khas yang boleh dirujuk untuk mengetahui hadis-hadis dhaif dan mauduk seperti buku 'al-Maqasid al-Hasanah' penulisnya al-Sakhawi, 'Tamyiz al-Tayyib Min al-Khabith Lima Ya Duru Ala al-Sinah AI-nas Min Al-hadith'
 
penulisnya Ibn Diba', buku 'Kashf Al-Khifa Wa al-Ilbas Fi Ma Isytahara Mm al-Hadith Ala al-Sinah al-Nas' penulisnya al-'Ajluni.
 
Banyak lagi buku-buku yang patut diketahui oleh para pembaca khutbah. Mereka hendaklah mahir dengannya sehinggalah mereka meriwayatkan hadis yang boleh dipercayai kepada orang ramai. Jika tidak, ia akan merosakkan pengetahuan Islam kita dengan hadis-hadis yang maudu' dan palsu.

Hadis-hadis ini adalah dusta dan terkeluar daripada agama Islam dan tidak patut dibiarkan tersebar di dalam khutbah-khutbah, kitab-kitab dan di dalam perbualan kita sehari-hari.
 
Oleh itu mestilah kita suci dan bersihkan pengetahuan Islam kita dari hadis-hadis jenis ini. Sesungguhnya Allah memberi taufik kepada ulama yang menjelaskan kepada orang ramai tentang yang asal dan yang luar, yang ditolak dan yang diterima. Hendaklah kita mengambil faedah daripada usaha mereka ini.
 
Berpuasa Sunat Di Bulan Rejab
 
Prof Dr Al-Shaikh Yusuf Al-Qaradawi
Fatawa Mu`asirah (Fatwa-fatwa Masakini)
 
Soalan:
 
Saya telah mendengar tuan berbicara tentang bulan Rejab dan mengatakan bahawa bulan Rejab itu tiada hadis sahih yang datang daripada Rasulullah s.a.w. Apakah hukum berpuasa di bulan ini, apakah ia sunnah atau bidaah?
 
Jawapan:
 
Kami tidak nyatakan tentang puasa di bulan Rejab sebagaimana yang didengar oleh saudara, tetapi saya katakan bahawa bulan Rejab itu termasuk salah satu bulan haram.
 
Berpuasa di bulan haram diterima dan hukumnya sunat. Tetapi Rasulullah tidak melakukannya (berpuasa) sepanjang bulan itu melainkan bulan Ramadan.
 
Nabi banyak berpuasa di bulan Syaaban tetapi tidak sepanjang bulan itu.

Inilah sunah Rasul.
 
Nabi Muhammad s.a.w. berpuasa dan berbuka pada semua bulan sebagaimana hadisnya:
 
"Baginda berpuasa sehingga kami katakan ia tidak berbuka dan baginda berbuka sehingga kami katakan ia tidak berpuasa." (Bukhari)
 
Ada di kalangan umat Islam yang berpuasa penuh di bulan Rejab, sebagaimana yang kami lihat di kampung-kampung. Saya melihat setengah orang berpuasa penuh di bulan Rejab, Syaaban, Ramadan dan enam hari di bulan Syawal dan mereka namakannya "hari-hari putih". Selepas itu mereka berbuka dan menjadikan hari kelapan bulan Syawal sebagai hari raya. Mereka jadikan puasa ini berturut-turut di tiga-tiga bulan dan baki hari di bulan Syawal tanpa putus (selang) melainkan enam hari raya.
 
Ini bukannya daripada Nabi s.a.w., bukan daripada sahabat dan salafussalih.

Yang lebih baik ialah berpuasa sebahagiannya atau berpuasa selang sehari dan bukan berterusan.
 
Sesiapa yang inginkan pahala yang sempurna, maka ikutilah cara Rasulullah s.a.w. iaitu jangan berpuasa di bulan Rejab dan Syaaban keseluruhannya.

lnilah yang lebih baik.

10.6.11

Rejab... Part 3

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
 
"Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
 
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
 
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
 
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."
 
Sabda Rasulullah SAW: "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
 
Berkata Jibril as: "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab."
 
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita: "Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?"
 
Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka."
 
Sabda Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur."
 
Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?"
 
Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
 
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."
 
"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka."

9.6.11

Rejab... Part 1

KELEBIHAN BULAN REJAB
 
Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya.
 
Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
 
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
 
Semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaALLAH.

8.6.11

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah


Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;
Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,

Insya-Allah.
 
Buat baiklah selalu...kepada semua makhluk Allah...

"because we never know when we r going to need help"

setiap kebaikan dan kejahatan yang kita buat pasti ada balasannya....

"its in matter of sooner or later" jer....

7.6.11

Bala


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem?

Baru² ini saya ada menerima sebuah email dari group yang saya sertai. Ianya berkenaan gambar pasangan lesbian di Singapura. Disebabkan saya melanggan group tersebut secara daily digest, maka saya tidak dapat melihat gambar yang dilampirkan. Tetapi saya fikir gambarnya pasti tidak keterlaluan kerana group tersebut terkenal dengan bilangan moderadornya yang ramai yang sedia manapis bahan² lucah.

Baiklah, itu bukan isunya di sini. Yang membuatkan saya tertarik adalah apabila terbaca komen dari seseorang dalam group tersebut. Katanya, cerita tentang pasangan lesbian itu bukan berlaku hanya di Singapura sahaja.

Bahkan juga, di Bukit Bintang melambak pasangan seperti itu berkeliaran. Katanya, entah bila hendak diturunkan bala. Bala? Ya? Bala dari Allah.

Bala

kerana mengingkari perintahNya. Bukan Balakrishna! Lantas saya teringat kata teman saya beberapa tahun dahulu. Ketika itu, kes seorang relajar sekolah rendah yang dirogol sehingga mati di Johor Bahru heboh diperkatakan. Ia kemudiannya diikuti dengan beberapa lagi ? siri ? jenayah sebegini membuatkan masyarakat menjadi tidak senang duduk. Ketika itu, saya melahirkan kehairanan kepada teman saya itu mengana manusia sanggup melakukan jenayah sebegitu rupa.

Jawapannya cukup menarik. Katanya, apa yang berlaku ini bukanlah lagi jenayah. Ianya sudah menjadi bala. Jika jenayah, ianya mungkin kita dengar sekali dan sekala. Tetapi, jika ianya berturutan, kemungkinan sekali ianya bala dari Allah. Sebagai peringatan kerana mengingkari perintah Allah.

Sebagai peringatan kerana kufur dengan hukuman yang telah Allah sediakan untuk kita amalkan. Jawapan itu cukup terkesan di hati saya. Hinggakan sesudah beberapa tahun berlalu, saya masih tetap teringatkannya lagi. Seperti baru² ini kecoh dengan kejadian ragut. Ianya telah menjadi seperti satu pesta atau fenomena sehinggakan membawa kepada pembunuhan. Setiap hari ada saja berita ragut yang kita akan dengar atau baca di media. Mungkinkah ini juga merupakan satu bala dari Allah? Mungkin juga!

Sebenarnya, apabila kita menyebut tentang bala, fikiran kita secara automatik akan terbayangkan kejadian² dahsyat seperti tsunami dan ribut taufan yang meragut ribuan nyawa. Bagi kita, bala bererti bencana alam.

Tetapi jika difikirkan semula, kata teman saya tadi ada banyak benarnya. Bala bukan semestinya kejadian bencana alam. Bahkan jenayah² yang berlaku di sekeliling kita juga mungkin merupakan bala dari Allah.

Apa sahaja yang tidak menyenangkan hidup kita, ianya merupakan bala. Bagi individu, mungkin ditimpa penyakit berat merupakan satu bala untuknya. Kerana dia kehilangan keupayaan untuk melakukan tugas. Atau mungkin tanggungjawab yang dia tidak redha kepadanya juga satu bala. Jika benar begitu, maka sudah setentunya kejadian jenayah juga merupakan satu bala kepada kita. Kerana kita jadi tidak senang kerananya.

Allah menurunkan bala kepada sesuatu masyarakat adalah sebagai peringatan untuk masyarakat tersebut dan sekelilingnya akan kelalaian yang telah mereka lakukan. Jadi, dengan keadaan kita yang sememangnya lalai dengan tugas kita sebagai khalifah dan juga umat Nabi Muhammad saw yang diberi tugas sebagai penyampai agama Allah, bukankah logik jika kita katakan sememangnya kita sedang ditimpa bala sekarang ini?

Hari ini, kita enggan menghukum orang yang berzina dengan hukuman sebatan 100 kali ataupun rejam sehingga mati bagi orang yang telah berkahwin. Bukan sahaja enggan, bahkan kita mengutuk dengan mengatakan bahawa tidak mungkin kita mampu memperolehi saksi adil seramai 4 orang bagi mengukuhkan pendakwaan. Kita juga anggap hukuman seperti itu adalah zalim, sadis dan ketinggalan zaman.

Akhirnya, akibat keengganan itu, maka Allah turunkan bala sehingga perzinaan menjadi suatu amalan yang biasa dalam masyarakat kita. Terlalu ramai pasangan remaja kita yang terlanjur dan terjebak ke alam kerosakan. Dan bagi menambah keperitan bala yang ditimpakan, Allah jadikan pula mereka, si penzina² ini, sebagai pembunuh dengan membuang bayi yang tidak berdosa di tempat² yang jijik dan tidak sepatutnya.

Kemudian kita ingkar pula kepada arahan Allah untuk menghukum mereka yang mencuri dengan hukuman potong tangan. Bukan setakat ingkar, kita ketawakan pula dan katakan nanti orang Islam semuanya akan kudung² belaka tangan mereka (macamlah semua orang Islam itu pencuri!). Akibat keingkaran itu, Allah jadikan mencuri dan meragut itu sebagai kerjaya bagi sesetengah daripada kita.

Hinggakan jenayah rompak, curi dan ragut itu disusuli pula dengan jenayah lain seperti rogol dan bunuh. Hinggakan untuk mendapatkan beberapa ringgit sahaja di dalam beg tangan seorang wanita, mereka sanggup membunuh mangsa. Kejam! Bukankah ini lebih kejam daripada hukuman potong tangan itu sendiri?

Tambah pedih lagi, kekejaman ini berlaku kepada mangsa² yang tidak melakukan kesalahan. Bukan kepada pesalah!

Hukumlah dengan hukuman penjara. Saya koleksi kes pengedar dadah dan pencuri yang dicekup dan dipenjarakan kemudian dibebaskan semula selepas tamat hukuman. Saya katakan 80% dari mereka kembali ke kerja asal mereka.

Mengapa? Desakan hidup. Tetapi yang paling penting, pengalaman ditangkap polis menjadikan mereka lebih cekap dalam menjalankan aktiviti mereka. Percaya atau tidak?kesemua kejadian ini menjadikan kita mula tidak senang duduk. Rasa risau dengan keselamatan ahli keluarga serta diri sendiri menjadikan kita hidup dalam ketakutan. Ketakutan dan fobia yang kebanyakan kita rasakan sekarang ini hampir sama dengan ketakutan dan fobia yang dialami oleh mangsa² tsunami serta lain² bencana. Nyatalah, kita sebenarnya memang dalam timpaan bala.

Tidak cukup itu, disebabkan sifat kita yang membenci sunnah (terutama tentang pakaian), maka Allah jadikan remaja kita sesat dalam arus fesyen perdana. Ada yang berpakaian dan berpenampilan seperti berus dawai dan penyapu malah ada pula yang berpakaian tetapi lebih hampir kepada telanjang. Dan, kerana keengganan kita menyampaikan dakwah, maka Allah turunkan bala kepada kita dengan gejala murtad yang kian berleluasa.

Terlalu banyak contoh yang boleh saya sebutkan di sini. Boleh kata hampir semua kejadian yang buruk yang berlaku dalam masyarkat kita adalah akibat kecuaian dan keengganan kita sendiri. Maka tidak salahlah jika dikatakan kejadian² itu merupakan bala yang Allah turunkan kepada kita sebagai ? jam loceng? yang mengejutkan kita dari lena yang panjang. Supaya kita kembali ke jalan sebenar yang Dia sebenarnya inginkan.

Perlukah kita menunggu bencana seperti tsunami untuk tersedar bahawa kita sebenarnya sudah tersasar jauh dari tugas dan matlamat kita? Perlukah sebahagian besar dari bumi Malaysia ini ditenggelami air atau punah ditelan ribut puaka untuk membangkitkan kita dari mimpi yang tidak berkesudahan?

Tidakkah cukup dengan segala bala yang diturunkan dalam bentuk yang sedia ada ini mengingatkan kita? Mengapakah kita masih mahu menunggu bala yang lebih besar sebelum kita mula bertindak?

Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri.

6.6.11

Kamu Sembah Apa?


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
 
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
 
"Baitullah tu apa?"
...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
 
"Allah ada dalam tu?"
 
"Tak.."
 
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
 
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
 
"Kamu sembah apa?"
 
"Saya sembah Allah swt"
 
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
 
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
 
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
 
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
 
"Pernah.. selalu.."
 
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
 
"Tengok perlawanan bola la.."
 
"Di mana?"
 
"Dalam tv la.."
 
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
 
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

"MATI itu PASTI, hidup hanya INSYA ALLAH"

Rejab... Part 2


Rujukan:

FATWA-FATWA SEMASA

(AL-FATAWA AL-MU’ASARAH)

Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi

BULAN REJAB

Soalan:

Kita sering mendengar dari para khatib solat Jumaat – khususnya tiap permulaan bulan Rejab – berbagai hadis diriwayatkan mengenai keutamaan bulan tersebut dan mengenai pahala besar yang dijanjikan Allah bagi orang yang berpuasa dalam bulan tersebut walau hanya sehari. Di antara hadis-hadis itu ialah: “REJAB ADALAH BULAN ALLAH, SYA’BAN BULANKU DAN RAMADHAN BULAN UMMATKU.”Bagaimanakah pendapat ustaz mengenai hadis-hadis seperti itu? Apakah isi hadis tersebut dipandang benar (sahih)?

Apakah hukumnya bagi orang yang menyampaikan kepada orang ramai hadis-hadis palsu dan dikatakannya berasal daripada Rasulullah SAW?

Jawab: (Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi)

Tidak ada riwayat yang benar mengenai bulan Rejab selain yang menerangkan bahawa bulan tersebut termasuk empat bulan yang disebut Allah SWT dalam Al-Quran :

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, menurut ketetapan Allah pada waktu Allah menciptakan langit dan bumi, di antaranya adalah empat bulan yang suci..” (Surah Al-Taubah: 36)

Empat bulan itu ialah: Rejab, Zulqa’idah, Zulhijjah dan Muharram. Tidak ada hadis sahih menyebutkan kekhususun bulan Rejab sebagai bulan yang mempunyai keutamaan. Yang ada hanyalah hadis hasan (baik) yang menyebutkan: Bahwasanya Rasulullah SAW BANYAK berpuasa dalam bulan Sya’ban. Ketika dbeliau ditanya mengenai hal itu, baginda menjawab:

“Bulan itu (Sya’ban) ialah bulan yang (sering) dilupakan orang (iaitu) antara Rejab dan Ramadhan.”

Dari hadis tersebut dapat diambil pengertian bahwa bulan Rejab mempunyai keutamaan.

Adapun hadis yang menyebut: “REJAB ALLAH BULAN ALLAH, SYA’BAN BULANKU DAN RAMADHAN BULAN UMMATKU.” Adalah hadis munkar (hadis yang sama sekali tidak dapat dipercayai kebenarannya kerana diriwayatkan oleh seorang yang terkenal berkelakuan buruk dan tercela) dan sangat dhaif (sangat lemah). Bahkan banyak ulama’ yang menilainya sebagai hadis maudhu’ (palsu) dan tidak bernilai sama sekali, baik dilihat dari sudut ilmu mahupun agama. Demikian juga hadis-hadis lain yang diriwayatkan orang mengenai fadhilat bulan Rejab, seperti; Barangsiapa solat begini dan begitu, dia memperoleh pahala sekian, sekian. Barangsiapa beristighfar satu kali, dia beroleh pahala sekian, sekian…….! Semua itu merupakan hal yang sangat melebih-lebihkan dan jelas merupakan satu kepalsuan.

(Teks ini ada sambungannya tetapi saya tidak memanjangkan tulisan fatwa Dr. Yusoff al-Qardhawi kerana ‘kita’ memfokuskan kepada jawapan hadis tersebut dan tentang kelebihan bulan Rejab)

PUASA BULAN REJAB

Soalan:

Pada suatu hari saya pernah mendengar Ustaz (Al-Syeikh Dr. Yusoff) berbicara tentang bulan Rejab. Ustaz mengatakan bahawa mengenai itu tidak ada hadis sahih yang berasal daripada Rasulullah SAW. Jadi bagaimanakah hukumnya puasa bulan Rejab? Apakah itu termasuk sunnah ataukah bid’ah?

Jawab: (Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi)

Saya tidak pernah mengemukakan masalah puasa bulan Rejab dalam kuliah saya yang didengar oleh saudara. Yang saya katakan ialah bahawa bulan Rejab termasuk empat bulan hurum (bulan mulia/diharamkan berperang padanya), dan berpuasa di dalam bulan-bulan hurum ini adalah maqbul (diterima) dan mustahab (dibolehkan). Tidak ada riwayat yang berasal daripada Rasulullah SAW yang menyebutkan bahawa beliau berpuasa sebulan penuh, selain dalam bulan Ramadhan. Dalam bulan-bulan hurum itu Rasulullah SAW paling kerap/sering berpuasa di dalam bulan Sya’ban, tetapi tidak sebulan penuh. Itulah sunnah Nabi SAW. Dalam masa empat bulan itu beliau ada kalanya berpuasa dan ada kalanya tidak, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud:

“Beliau berpuasa hingga kami katakan (sangka) bahawa beliau tidak berbuka-buka. Dan beliau berbuka sehingga kami katakan (sangka) beliau tidak berpuasa-puasa.”

Kini, ada orang yang dalam bulan Rejab berpuasa sebulan penuh, seperti yang kita lihat dahulu di beberapa tempat. Saya (Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi) pernah menyaksikan sendiri ada sejumlah orang yang berpuasa terus-menerus selama bulan-bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan. Bahkan ditambah lagi dengan berpuasa enam hari pada permulaan bulan Syawal iaitu hari-hari yang mereka namai “Hari-hari Putih” (Ayyamul-Bidh). Setelah itu barulah mereka berhenti puasa. Mereka berhari raya pada tanggal 8 Syawwal, sebab pada tanggal 1 Syawal mereka tidak berpuasa. Tegasnya ialah mereka berpuasa terus-menerus selama tiga bulan dan eman hari. Hanya satu hari saja (1 Syawal) mereka tidak berpuasa. Berpuasa secara demikian itu tidak berasal daripada Nabi SAW, tidak berasal daripada para sahabat Nabi dan tidak pula berasal daripada kaum salaf yang soleh.

Yang terbaik ialah berpuasa beberapa hari dan tidak berpuasa beberapa hari, tidak berturut-turut tanpa putus-putusnya. Sebagaiman telah saya (Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi) sebutkan pada bab terdahulu: Mengikut Jejak Salaf Adalah Kebaikan, dan Merekacpta Ibadah Adalah Keburukan. Oleh kerana itu sesiapa yang mengikuti jejak yang benar dan menginginkan pahala yang sempurna hendaklah dia mengikuti jejak Rasulullah SAW. Beliau tidak berpuasa sebulan penuh dalam bulan Rejab dan tidak pula dalam bulan Sya’ban.