Assalamualaikum.
Seorang kawan telah memberi artikel ini kpd saya untuk disampaikan kepada kaum hawa. Baca dan hayatilah artikel ini, Terlalu byk ujian bagi kaum hawa. Bagi kaum adam pula, kamu juga pasti tidak mahu orang yang kamu syg menghadapi salah satu situasi di bawah ini. Jika tidak keberatan, sampaikan juga kepada teman2 yang lain. Semoga ianya mendapat keberkatan dari Allah swt . InsyaALLAH.
Khususnya untuk para wanita….isteri & keluarga
Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat.
1 : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
2 : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
3 : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
4 : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu
memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
5 : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul
dan hujung rambutnya.
6 : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja.
Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
7 : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher,
maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
8 : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga
boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya."
No comments:
Post a Comment