Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

Walaupn Hidup 1000 tahun klu x sembahyang apa gnanya

20.9.10

Cara Rasulullah Sambut Pengantin



Wasiat Rasulullah s.a.w
Adab Uz-Zifaf Ahmad telah menceritakan:
     "telah menceritakan kpd kami oleh 'Amru bin hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata:
     "Rasullullah s.a.w telah berwasiat kepada Sayidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda:

     "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. maka sesungguhnya apabila kamu berbuat  demikian Allah mengeluarkan tujuh puloh (70) jenis kefakiran dari rumah kamu, dan Allah SWT menurunkan tujuh puloh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit GILA, SAWAN (gila b**i) dan SOPAK selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.
Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat (4) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu:

1. SUSU
2. CUKA
3. KETUMBAR (CORIANDER)
4. EPAL MASAM

"Wahai Rasulullah, mengapa empat jenis makanan ini dilarang...?
 Baginda menjawab:
 "kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Sayidina Ali r.a bertanya:
"Wahai Rasulullah, mengapa CUKA itu dilarang...? (semasa HAID dan semasa minggu pertama perkahwinan)."
Baginda menjawab:
"Apabila ia minum CUKA! semasa HAID, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai KETUMBAR (CORIANDER) ia mengganggu HAID didalam perutnya dan menyukarkan kepada kelahiran.

Tentang EPAL MASAM, ia memotong HAID sebelum masanya maka menjadikan HAID itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

No comments: