Adakah anda selalu mengalami sakit belakang? Mungkin ada kenalan
anda mengatakan anda menghidap ‘slipped disc’ atau disk
tergelincir. Ramai yang berpendapat, apabila sakit belakang sahaja, ia adalah
berpunca daripada slipped
disc. Benarkah begitu? Apakah disk yang dimaksudkan?
Mengikut statistik, masalah sakit belakang amat kerap berlaku.
Hampir 70 peratus manusia dewasa akan mengalami sakit belakang pada satu-satu
masa kehidupan mereka. Lebih 50 peratus daripada jumlah ini akan sembuh dalam
masa seminggu selepas mendapatkan rawatan dan 90 peratus lagi sembuh antara 1
hingga 3 bulan selepas menjalani rawatan. Hanya sebahagian sahaja yang
mengalami masalah slipped disc.
Slipped disc ini sebenarnya merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik
tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan
bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau
saraf akar (nerve root) tulang
belakang pesakit. Bagi pengamal perubatan, kami menyebutnya sebagai Prolapsed Intervertebral Disc (PID) atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).
Disk tulang belakang kita terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu
Annulus fibrosus dan Nucleus pulposus. Ia
berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai
penyerap tekanan serta membenarkan pergerakkan berlaku antara tulang belakang
kita.
Masalah slipped disc ini
berlaku apabila struktur Annulus fibrosus terkoyak
dan ini membolehkan Nucleus pulposus menerobos
keluar dan menekan struktur saraf.
Punca-punca Slipped
disc
Antara punca-punca yang dikenalpasti boleh menyebabkan masalah ini
berlaku adalah:
1 1. Trauma –
contohnya pesakit jatuh terduduk, mengalami kemalangan jalanraya dan
sebagainya.
2 2. Pesakit
mengangkat bebanan yang berat – contohnya kerana pekerjaan, atau mendukung anak
untuk tempoh masa yang lama
3 3. Tidak
menjaga postur belakang semasa duduk atau mengangkat barang. Posisi membongkok
akan menyebabkan disk menekan saraf di belakang.
4 4. Duduk
terlalu lama – contohnya pemandu lori dan bas yang duduk berjam-jam lamanya
kerana memandu.
5 5. Sukan
mengangkat berat.
Ia juga menjelaskan kenapa masalah slipped
disc ini berlaku secara majoritinya dikalangan pemuda dalam usia 20 ke
30-an terutamanya mereka yang bekerja sebagai buruh kasar dan selalu mengangkat
bebanan.
Mengikut kajian, individu yang obes dan merokok juga lebih mudah
bagi mendapat masalah ini.
Sakit belakang yang
menjalar
Individu
yang mengalami slipped disc secara
umumnya akan datang dengan rasa sakit belakang yang menjalar ke bahagian
belakang punggung, peha dan kadangkala betis mereka. Dalam kes yang teruk,
mereka mungkin juga kehilangan kekuatan pada otot kaki dan mengalami rasa kebas
pada sebelah atau kedua-dua kaki. Terdapat juga kes yang serius dimana pesakit
tidak lagi dapat mengawal kencing dan tercirit. Ini adalah disebabkan oleh
tekanan saraf yang serius dan pesakit ini perlu menjalani pembedahan segera.
Prolapsed disc boleh dibahagikan kepada 3 peringkat:
1 1. Disc protrusion – Disk
menonjol keluar tapi belum terkoyak
2 2. Disc extrusion – Annulus
Disk terkoyak, bahagian nukleus terkeluar tapi masih tidak masuk ke ruang saraf
tunjang (spinal canal) kerana
dihalang oleh Posterior Longitudinal Ligament
33. Disc sequestration – Tisu nucleus pulposus pecah dan masuk ke dalam
ruang saraf tunjang
Simptom dan keadaan pesakit bergantung kepada peringkat PID
berlaku. Pesakit yang mengalami protrusion biasanya
hanya mengalami sakit belakang yang kadangkala menjalar ke kaki, namun jika
melibatkan peringkat extrusion atau sequestration, kesakitan adalah tidak
tertahan lagi dan boleh menyebabkan kekebasan dan hilang kekuatan bagi
menggerakkan sendi pada salah satu atau kedua belah kaki.
Perlukah MRI dilakukan?
Imbasan Xray akan dilakukan terlebih dahulu bagi melihat struktur
tulang belakang pesakit. MRI atau Magnetic
Resonance Imaging akan dilakukan bagi memastikan diagnosis,
sekiranya perlu. MRI juga akan dilakukan sekiranya pesakit mempunyai simptom
dan tanda tekanan pada saraf iaitu lemah otot, kebas atau tidak dapat mengawal
kencing dan air besar.
Rawatan
Pada peringkat awal, untuk kes disc
protrusion, di mana disk yg terkeluar tidak terlalu teruk, ia boleh dirawat
dengan menjaga bahagian belakang kita iaitu dengan menggunakan postur badan
yang betul dan mengelakkan diri daripada mengangkat benda-benda yang berat.
Postur yang betul boleh mengelakkan masalah ini menjadi lebih serius kerana
pesakit yang gemar duduk membongkok akan mengakibatkan disk beliau makin
tertonjol ke belakang dan menekan saraf.
Pesakit akan diberi ubat penahan sakit dan ubat anti-radang bagi
mengurangkan kesakitan. Fisioterapi termasuk menggunakan kaedah haba (heat therapy) dan ultrasoundboleh membantu. Senaman
bagi menguatkan otot belakang juga akan diajarkan kepada pesakit. Bagi
sesetengah pesakit, teknik lumbar traction (menarik
pinggang pesakit dengan pemberat bagi meregangkan ruas antara tulang belakang
pesakit) didapati turut membantu.
Namun sekiranya slip disc ini agak
serius dan menekan saraf, ia akan menyebabkan kaki menjadi kebas dan kadangkala
lemah. Pada peringkat ini, kadangkala fisioterapi tidak lagi berkesan dan
pembedahan mungkin perlu dilakukan bagi membebaskan saraf yang tertekan. Kurang
daripada 10 peratus pesakit memerlukan pembedahan.
Pembedahan yang dilakukan melibatkan pembuangan disk yang menekan
saraf. Ia dilakukan dengan menggunakan kamera xray khas (Image Intensifier) di bilik
bedah. Teknik terkini melibatkan bukaan yang kecil dengan menggunakan kamera
dan alatan khusus bagi membuang disk yang bermasalah.
Kemungkinan lain
Terdapat juga beberapa masalah lain yang boleh menyebabkan sakit
belakang selain daripada prolapsed disc. Antara
masalah lain yang boleh menyebabkan sakit belakang ialah:
1 1. Kerosakan
sendi facet pada tulang belakang (Facet arthropathy)
2 2. Kerosakan
atau kekoyakkan disk (Discogenic back pain)
3 3. Ketegangan
otot lumbar (Lumbar muscle spasm)
4 4. Kanser
tulang
5 5. Jangkitan
kuman pada tulang belakang (Pyogenic or Tuberculous infection)
6 6. Perubahan
pada struktur tulang akibat penuaan atau kecederaan (Lumbar spondylosis)
7 7. Tulang
rapuh (Osteoporosis)
8 8. Jangkitan
pada sistem saluran kencing (Urinary Tract Infection)
9 9. Batu
karang pada ginjal atau pundi hempedu (Renal stone or gall stone)
Anda perlu berjumpa doktor bagi memastikan punca sebenar anda
mengalami sakit belakang ini. Doktor akan bertanya beberapa soalan serta
melakukan pemeriksaan yang khusus bagi memastikan diagnosis anda. Selepas
diagnosis diberi, barulah rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Rujukan
1. Overview
of Orthopedics, Mark D. Miller, 5th edition,
p478-481
2. Postgraduate
Orthopaedics, Paul A. Nanaszkiewicz, p265-268
Dr. Ahmad Mahyuddin seorang
pakar bedah ortopedik di Pahang. Kenali beliau lebih lanjut di laman The Team.
No comments:
Post a Comment