Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

Walaupn Hidup 1000 tahun klu x sembahyang apa gnanya

17.3.14

Pinggan Mangkuk Dan Cawan Dari Tulang Babi





Assalamualaikum....

Menjelang perayaan ni, yang bercadang nak beli pinggan mangkuk raya buat letak rendang sangat2 di galakkan baca..
biasanya pinggan mangkuk di perbuat dari seramik atau kaca. Tapi ramai yang x tahu ada pinggan mangkuk di perbuat dari tulang khinzir. Ya, tulang khinzir/babi.
Fine YIYUN Bone China. Ingat betul2 jenama ini, catit kat handphone or kertas kot2 nak gi shopping. Ini adalah jenama set pinggan mangkuk yang di perbuat dari TULANG KHINZIR. Ia di perbuat dari negara China.
  
Ada sesetengah kedai akan letak label kalau sesuatu barang tu di perbuat dari unsur2 khinzir. Itu okey, orang Islam boleh alert, tapi yang x letak?? kita sendiri la yang harus berhati2…
Kalau dah terbeli buanglah, jangan pakai okey….
JANGAN LUPA SEBAR KAT KAWAN2 DAN KENALAN ANDA…
p/s: dulu masa kanak2 selalu tanya kat apek jual berus lukisan. ”apek, ni berus babi ka?? Ekeke

Majlis Fatwa turut larang guna rangka haiwan tidak disembelih

SEPANG: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan Bone China atau pinggan mangkuk, termasuk cawan dan piring yang mengandungi campuran tulang babi atau tulang haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam adalah haram. Bagaimanapun, peralatan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan yang boleh dimakan dan disembelih secara Islam halal digunakan.

Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata walaupun Bone China diperbuat daripada tulang babi yang dibakar sehingga menjadi debu, ia tetap haram digunakan umat Islam.
  
“Kita dimaklumkan bahawa dalam setahun, tujuh juta babi disembelih di seluruh dunia untuk tujuan ini dengan empat juta di China, walaupun sudah menjadi debu dan diproses menjadi pinggan mangkuk, ia haram pada pandangan syarak.
“Begitu juga jika ia diperbuat daripada tulang binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam, maka ia juga tidak boleh digunakan.
“Namun, halal digunakan jika diperbuat daripada binatang yang halal seperti (tulang) lembu dengan syarat disembelih secara Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah ke-99 jawatankuasa majlis itu di sini, kelmarin.


Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.

Berwaspadalah ketika membeli pinggan mangkuk dan perkakas makanan seperti cawan dan piring daripada seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan termasuk tulang babi.

BAGAIMANA CARA MENGETAHUI PORCELAIN DARI BONE CHINA ?


Bone China berwarna putih seputihnya oleh kerana ia diperbuat dari abu tulang, jadi ia adalah separa lut cahaya. Anda boleh lihat bayang tangan anda di sebalik pinggan Bone China jika di letakkan berhampiran cahaya. Sekarang telah banyak syarikat yang menghasilkan barangan Bone China dan tidak ekslusif seperti dahulu. Ini menjadikan proses untuk mengenal halal dan haram barangan ini menjadi sukar. Cara yang paling mudah ialah ELAKKANYA !!!!

4 comments:

wawaHusin said...

Putih seputihnya tu x berapa betul juga..yg guna ash bone, warnanya x berapa putih..sebaliknya, warna yg unik..mcm creamy white atau milky white..

wawaHusin said...

Putih seputihnya tu x berapa betul juga..yg guna ash bone, warnanya x berapa putih..sebaliknya, warna yg unik..mcm creamy white atau milky white..

Aag said...

Terbaaik mawa

Wan Ali Wan Abdul Razak said...

Bagaimana gelas kaca atau pinggan kaca yang jernis?