Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

Walaupn Hidup 1000 tahun klu x sembahyang apa gnanya

9.5.12

Aku Ahli Syukur ?

Nikmat ALLAH sangat banyak sehingga tidak dapat di hitung. Jika dapat di hitung pun sudah tidak mampu, apalagi untuk membalasnya.

Firman ALLAH s.w.t. maksudnya :
"Jika kamu ingin menghitung nikmat ALLAH , nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya."
(Surah Ibrahim 14:34)

Aku Ahli Syukur ?

Siapa pun kita pada hari ini sama ada ahli perniagaan yang kaya, ahli ekonomi yang pandai selok-belok ekonomi, ahli persatuan yang aktif dalam pelbagai aktiviti atau sesiapa sahaja yang ahli dalam bidang masing-masing.

Pernahkah kita berusaha untuk menjadi ahli syukur ?

Menjadi ahli syukur tidak memerlukan modal berbentuk wang ringgit atau proposal yang tebal untuk dikemukakan kepada mana-mana pihak. Membentuk diri menjadi ahli syukur adalah dengan melakukan 4 kriteria di bawah:

1. Tetap Bersyukur Walau Nikmatnya Kecil.

Biarpun nikmat yang di perolehi tidak sehebat mana, sematkan didalam diri sentiasa berasa cukup dengan apa yang ALLAH kurniakan. Biarpun ia berupa ujian, lapangkan hati untuk menerimanya dan bersyukur kerana ujian yang di timpakan lebih ringan berbanding orang lain.

2. Memuji ALLAH Setiap Masa.

Amat mudah untuk memuji ALLAH iaitu dengan mengucapkan ALHAMDULILLAH yang bermaksud segala puji bagi ALLAH. Jadikan perkara mudah ini sebagai satu kebiasaan dalam diri sebagai tanda syukur kita terhadap segala kurniaan ALLAH.

3. Berterima Kasih Kepada Penunjuk Jalan Nikmat.

Benar, setiap rezeki datanag dari ALLAH. Tetapi perlu di ingat bahawa kadang-kadang rezeki tersebut sidampaikan kepada kita melalui orang lain. Contohnya apabila diterima bekerja di sesuatu tempat, berterima kasihlah kepada orang yang memaklumkan tentang kekosongan jawatan, penemuduga dan majikan.

4. Nikmat Mendekatkan Diri Kepada ALLAH.

Nikmatilah nikmat dan kurniaan yang ALLAH berikan dengan mendekatkan diri kepada ALLAH. Jangan terlalu leka dengan keindahan nikmat tersebut sehingga mengabaikan kewajipan sebagai hamba seperti menlengah-lengahkan solat kerana terlalu tekun bekerja. Lazimi diri dengan pelbagai ibadah sunat sebagai usaha kita mensyukuri nikmat yang telah diberikan.

Beraneka Kurniaan ALLAH.

Apabila seseorang diberikan hadiah dan dia berterima kasih, maka itu menunjukkan bahawa 3 proses berilut berlaku:

1. Menyedari bahawa dia telah dikurniakan hadiah.
2. Tahu nilai hadiah tersebut.
3. menghargai pemberian hadiah.

Nikmat Kurniaan ALLAH

Sebelum tahu menilai pemberian dan menghargai pemberi, ketahuilah nikmat kurniaan ALLAH tidak terhad kepada keduniaan sahaja:

1. Nikmat Dunia : Kesihatan yang baik, harta sumber pendapatan yang halal dan di berkati, makanan dan minuman, udara, air, keamanan dan sebagainya.

2. Nikmat Beragama : Nikmat dapat mengenal ALLAH , bertakwa kepadaNYA, diutuskan rasul dan diberikan Al-Quran sebagai panduan, serta mampu beriman dan beramal di dunia.

3. Nikmat Akhirat : ganjaran syurga di akhirat jika disukat nescaya tidak sepadan dengan amalan manusia di dunia. Dengan rahmatNYA, ALLAH memberi kadar pahala yang jauh melebihi kadar amalan  yang dilakukan di dunia.

Sujud Syukur

Kenapa perlu sujud syukur ?
Ada 2 keperluan iaitu nikmat dan musibah. Zahirkan rasa syukur kepada ALLAH atas nikmat yang dikurniakan dan begitu juga apabila diselamatkan daripada musibah. Hukumnya sunat.

Semasa tunaikan solat fardu, bolehkan sujud syukur dalam solat tersebut?
BATAL, solat fardu tersebut jika dilakukan didalamnya.

Sujud syukur yang sah macamana?
Untuk melakukan sujud syukur hanya dengan 4 langkah mudah:
1. Menghadap qiblat.
2. Takbiratulihram,
3. Bersujud dengan memuji ALLAH dilakukan hanya 1 kali sahaja.
4. Bertasbih kEpada ALLAH.

Apa syarat-syaratnya ?
Mesti dalam keadaan bersih dan suci, menghadap qiblat, menutup aurat dan jauh dari najis.

Adakah ini amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ?
YA,  benar ini di khabarkan oleh Abu Bakrah :
"Apabila datang kepada Nabi s.a.w. perkara yang membuatkan Baginda berasa lapang dan gembira denganya, Baginda akan sujud syukur kepada ALLAH  s.w.t."
(Riwayat Abu Daud).

Syukur akan membanyakkan nikmat yang sedikit, menyelamatkan daripada kekufuran, merapatkan hubungan dengan ALLAH dan sesama insan. Akan melahirkan ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. bahawa kekayaan, kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan hamba yang bersyukur akan digandakan.

"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH  seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan 7 tangkai, dan setiap tangkai ada 100 biji. ALLAH melipatgandakan bagi sesiapa yang DIA kehendaki dan ALLAH Maha Luas (kurniaanNYA) dan Maha Mengetahui."
(Surah Al-Baqarah 2:26).

Bersyukurlah, nescaya kehidupan dunia dan akhirat kita menjadi subur, INSYA ALLAH.

No comments: