Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

Walaupn Hidup 1000 tahun klu x sembahyang apa gnanya

13.4.12

Solat Jiran Masjid & Isu Hadis Lemah


Soalan ketiga
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada solat bagi yang berjiran dengan masjid kecuali di masjid.” Apakah taraf hadis ini dan maksudnya? Bolehkah beramal dengan hadis dhaif?

Jawapan:
Hadis di atas telah diriwayatkan oleh al-Daraqutni (1/419), al-Hakim (no: 898), dan al-Baihaqi (no: 4724), melalui jalur Sulaiman bin Daud al-Yamami, daripada Yahya bin Abi Kathir daripada Abi Salamah daripada Abu Hurairah, secara marfu’.

Al-Hakim dalam al-Mustadrak tidak membuat apa-apa komentar terhadap penilaian hadis ini.

Al-Albani dalam Silsilah Dhaifah (1/332) mengatakan bahawa kecacatan hadis ini berpunca dari perawi bernama Sulaiman, dan beliau seorang yang sangat dhaif.

Ibn Ma'ien menilai perawi tersebut sebagai "tiada apa-apa".

Imam al-Bukhari pula menilainya sebagai "Munkar al-Hadis". Al-Zahabi menukilkan bahawa Imam al-Bukhari berkata: “Sesiapa yang aku katakan sebagai Munkar al-Hadis, maka tidak halal meriwayatkan daripadanya.”

Di dalam Sunan al-Daraqutni (1/419), terdapat satu jalur hadis ini dengan lafaz yang bermaksud: “Tidak ada solat bagi siapa yang mendengar azan, kemudian tidak datang kecuali kerana sakit.”

Kata al-Albani dalam Silisilah al-Dhaifah (1/332), bahawa sanadnya dhaif kerana Abu al-Sikkin yang dihukum oleh Abu Hatim sebagai majhul (tidak dikenali).

Kemudian al-Albani membawakan beberapa nukilan ahli hadis yang mendhaifkan perawi ini.

Di dalam sesetengah riwayat, menjelaskan bahawa maksud jiran masjid ialah mereka yang mendengar azan. Al-Albani mengatakan, ia diriwayatkan oleh Ahmad sebagaimana dalam Masa’il anaknya Soleh, dengan sanad yang sahih, dan secara mauquf daripada Ali RA.

Di dalam satu riwayat yang bermaksud: “Siapa yang mendengar azan, kemudian tidak pergi, maka tiada solat baginya kecuali dengan sebab uzur.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibn Majah, al-Daraqutni, al-Hakim, al-Baihaqi dan sanad Ibn Majah dan lainnya sahih. Ia telah disahihkan oleh al-Nawawi, al-`Asqalani, al-Zahabi dan ulama sebelum mereka seperti al-Hakim.

Penulis berpendapat, sekalipun hadis yang di atas dhaif, namun ia mempunyai syawahid (kesaksian) daripada hadis-hadis yang lain. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan dinilai sahih oleh ramai ulama seperti yang terdapat dalam al-Irwa’ (الإرواء).

Justeru, hadis ini sepatutnya boleh menjadi asas untuk beramal.

Ini kerana sekalipun dhaif mengikut syarat yang dikemukakan oleh ulama mustalah hadis (مصطلح الحديث) yang khilaf (خلاف) tentang beramal dengan hadis dhaif kepada tiga pendapat:

i. Tidak harus beramal secara mutlak. Inilah pendapat al-Qadhi Abu Bakr Ibn al-`Arabi, dan juga Ibn Sayyidi al-Nas menghikayatkannya daripada Yahya bin Ma`in.

ii. Boleh beramal dengannya secara mutlak. Pendapat ini disandarkan kepada Abu Daud dan Imam Ahmad.

iii. Boleh beramal dengannya berkaitan dengan fadhilat al-A’mal dan yang berbentuk peringatan, kisah-kisah dan seumpamanya yang tidak berkaitan dengan aqidah-aqidah dan hukum-hakam. Inilah yang muktamad di sisi ulama muhaqqiq.

Pendapat yang ketiga
ini pula disokong oleh Ibn Abd al-Bar dengan katanya: “Segala hadis fadhail tidak berhajat padanya untuk dihujah dengannya.” Imam al-Nawawi Rahimahullah menambah dalam al-Azkar dengan menyandarkan kepada para ahli hadis dan fuqaha’: “Harus dan sunat beramal dengan hadis dhaif dalam bab fadhail a’mal selama mana ia bukannya maudhu’ (palsu).”

Bagi menjelaskan lagi hukum beramal dengan hadis dhaif, dinyatakan di sini syarat-syaratnya.

Antaranya seperti yang disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani:

i. Ia masalah fadhilat a’mal.

ii. Kedhaifannya bukan amat ketara.

iii. Termasuk di bawah asal yang boleh beramal dengannya.

Jangan i’tiqad ketika beramal dengannya bahawa itu adalah thabit tetapi diamalkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Haq: harakahdaily.net

No comments: