Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

Walaupn Hidup 1000 tahun klu x sembahyang apa gnanya

5.12.10

Salam Maal Hijrah

 

‘Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul..’

Ketika Khalifah Saidina Umar al-Khattab mengira-ngira untuk membuat satu tanda jelas bagi orang Islam tentang kalendar, banyak peristiwa penting yang boleh dijadikan batutanda itu. 

Peristiwa kelahiran Nabi SAW, Isra’ Mikraj, Hijrah, pelbagai peperangan yang berlaku sepanjang sejarah semuanya penting. Namun dari semua peristiwa penting itu, akhirnya Umar al-Khattab memilih peristiwa hijrah. Mengapa hijrah? Tentunya ada perkara istimewa dan kelainan berbanding dengan peristiwa-peristiwa lain.

Sebelum hijrah, Nabi SAW adalah Nabi. Demikian juga selepas hijrah. Tetapi selepas hijrah, Nabi bukan sahaja kekal sebagai Nabi, pangkat yang diberi oleh Allah tetapi juga menjadi ketua sebuah negara. Walaupun Madinah kecil sahaja di waktu itu-kecil dari segi geografi, kecil dari segi bilangan penduduk dan kecil dari segi kuasa berbanding kuasa-kuasa besar yang sudah sedia ada ketika itu-Parsi dan Rom, namun Madinah menepati ciri-ciri sebuah negara menurut sains politiknya. Ada tanah dan bumi, ada pemimpin, ada rakyat, ada perlembagaan dan ciri-ciri lain.

Hijrah menjadi batas sempadan di antara tempoh Mekah dan tempoh Madinah. Ayat-ayat al-Quran berbeza dari segi uslub dan perintah-perintahnya.  Justru, peristiwa hijrah ini sangat penting untuk dihayati oleh umat Islam agar maksud sebenar dari hijrah ini tercapai.

Latar belakang Hijrah

Nabi menyeru kepada Islam
Semenjak berada di Mekah. wahyu sudah mulai turun. Muhammad telah diangkat dan dilantik menjadi Nabi dan Rasul. Bermula dari seorang diri, Baginda mula menyebarkan Islam di kalangan keluarganya yang hampir, sahabat yang rapat dengannya agar mudah diterima. Ia berkembang sedikit demi sedikit. Begitu juga dari segi uslub dakwah, dari sembunyi hinggalah terang-terangan.

2.Para Sahabat ditindas, dizalimi hanya kerana menyatakan ‘Kami beriman kepada Allah’
Dengan sebab dakwah yang mula diterima dari kalangan penduduk Mekah, respon yang diberi oleh pembesar Quraisy adalah sangat keras. Para Sahabat ditindas, disiksa, ditekan dan diperlakukan pelbagai kezaliman. Contoh-contohnya cukup banyak. Cukup bagi kita melihat seperti Bilal bin Rabah yang disiksa begitu rupa dengan sebab hanya beriman kepada Allah, begitu juga Ammar bin Yasir dan lain-lain.

Diizin berhijrah ke Habsyah
Kezaliman dan penindasan yang dahsyat menyebabkan para Sahabat dibenarkan berhijrah ke Habsyah buat sementara waktu, sehingga tempoh untuk kembali ke Mekah selepas suasana yang sedikit mengizinkan. Bumi Habsyah hanya transit sementara, untuk perlindungan, bukan bumi sebenar menegakkan Islam dalam bentuk negara. Suasana dakwah di Mekah berlangsung sedemikian rupa selama 13 tahun. Yang didengar oleh telinga para Sahabat hanyalah ‘sabar, sabar’ hingga Allah menentukan masa dan ketika yang sesuai untuk ditegakkan Islam itu dalam bentuk pemerintahan negara.

Pemimpin Quraisy bersidang dan ambil keputusan di Darul Nadwah
Sampai waktunya Nabi memberi khabar gembira kepada para Sahabat:. Nabi bersabda, maksudnya: ‘Aku diberitahu tempat hijrah kamu iaitu Yathrib. Sesiapa yang mahu keluar, maka keluarlah ke sana.’ Para Sahabat mula mengatur langkah menuju Yathrib. Ia berlaku selepas Baiah Aqabah 1 dan 2 di antara Nabi SAW dan penduduk Yathrib yang datang mengerjakan haji. Nabi SAW menawarkan Islam kepada mereka sehingga kemudiannya berlaku Baiah Aqabah 1dan 2 itu dalam musim-musim haji. 

Melihat kepada perkembangan Islam yang sudah berlaku outreach di Yathrib, iaitu pengaruh yang sudah berkembang hingga ke luar Mekah, maka para pemimpin Quraisy bermesyuarat di Darul Nadwah mahu mengambil keputusan apa yang sepatutnya dibuat terhadap Nabi SAW. Dari cadangan-cadangan yang diberi, akhirnya keputusan yang dicapai ialah Nabi Muhammad SAW, Al-Amin itu mesti dibunuh. Inilah kemuncak kepada sebuah perjuangan hingga melibatkan risiko nyawa melayang.

Dengan demikian, Nabi SAW berhijrah bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra sehingga akhirnya tiba ke Yathrib di awal bulan Rabi al-Awwal Tahun pertama Hijrah.

Perpindahan
Hijrah wajib di awal Islam. Namun ia berubah selepas itu: ‘Tiada hijrah selepas pembukaan Mekah tetapi jihad dan niat (yang benar)’ , ‘Jihad berterusan hingga ke hari Qiamat’

Perpindahan yang mesti berlaku di kalangan orang Islam ialah berhijrah dari perkara yang dilarang Allah ‘Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang Allah’. Bagi seorang mukmin, falsafah hidupnya ialah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari muka lebih baik dari hari sebelumnya.

No comments: