Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

Walaupn Hidup 1000 tahun klu x sembahyang apa gnanya

31.10.10

Anak-Anak Yang Suka Bertanya ???


Pada pandangan saya, anak yang suka bertanya soalan adalah satu kurniaan Ilahi yang sangat istimewa. Anak-anak sebegini jika dilayani berpotensi menjadi remaja Dan seterusnya orang dewasa yang bijak berfikir Dan petah berbicara. Saya maksudkan di sini bukan sembang kosong yang tiada makna, tetapi secara ilmiah Dan padat isinya. Sekaligus mencerminkan ketajaman minda.

Sebenarnya mendidik anak yang petah berbicara bukanlah di luar jangkauan kebanyakan ibu bapa. Terutama jika anak tersebut jelas minat bercakap Dan suka bertanya sejak kecil lagi.

Anak yang petah berbicara Ada dua kelebihan: bijak memilih kata-kata Dan pintar berfikir.

Bijak Memilih Kata-Kata

Lazimnya kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah olahan soalan Dan ayatnya masih kurang teratur. Perhatikan perbualan antara Man (empat tahun) Dan ibunya di bawah sewaktu dalam perjalanan balik dari tadika.

Contoh:

Man: (melihat ke langit) Ibu, cikgu kata awan TU air. Kenapa awan tak jatuh?

Ibu: Hmm ... Menarik soalan TU. Ibu agak mungkin sebab awan terlalu ringan, jadi hanya terapung sahaja di angkasa.

Man: Betul ke ibu?

Ibu: (tersenyum) Ibu tak pasti sebenarnya. Sampai rumah nanti Kita Google sama-sama, OK?

Perhatikan:

1) Ibu tidak malu mengaku dirinya tidak tahu

2) Ibu sengaja menyebut "terapung" Dan "angkasa" – menambah perbendaharaan kata-kata anaknya sekaligus mengembangkan pemikiran si anak Dan membimbingnya supaya bijak memilih kata-kata

3) Ibu tersenyum – tidak membidas atau meremehkan soalan yang diajukan anaknya

Pintar Berfikir

Sampai di rumah, ibu membantu Man membuat carian "why clouds float" ("mengapa awan terapung") menerusi Google Dan menyambung diskusi.

Ibu: Man, kalau Man tuangkan air yang penuh dalam cawan, ke mana air TU tumpah?

Man: Ke tanah?

Ibu: Kenapa tidak tumpah ke atas? Kenapa air TU tak terapung di udara macam awan?

Man: Man tak tau ... (berfikir)

Ibu: Awan sebenarnya adalah titik-titik air yang sangat halus. Titik-titik air ini tersebar di angkasa. Bila dah tersebar, IA jadi ringan, udara di angkasa boleh tampung. Tak seperti air yang penuh dalam cawan.

Mungkin anda tertanya: Mampukah anak berusia empat tahun memahami diskusi seperti ini?

Jawapannya: Boleh, jika anak tersebut sudah dibiasakan dilayan begini. Jika tidak 100%, sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya. Apa yang dilakukan oleh ibu di atas ialah melatih anaknya berfikir secara kritikal.


Bercakap Santapan Minda

Bandingkan gaya interaksi di atas dengan yang berikut:

Man: (melihat ke langit) Ibu, kenapa awan tak jatuh?

Ibu: (acuh tak acuh) Mana ibu tahu. Tanya cikgu kat sekolah!

Interaksi kedua terbantut di situ sahaja kerana ibu langsung tidak menunjukkan minat terhadap soalan Man.

Kualiti pemikiran anak-anak sebahagian besar bergantung kepada kesediaan Dan kesabaran ibu bapa melayani sifat ingin tahu yang membara dalam jiwa setiap anak.

Si anak meningkat keyakinan dirinya bila ibu bapa berusaha sedaya upaya mencari jawapan untuk soalan-soalan yang ditanyakan. Tidak seperti anak yang soalan-soalannya tidak diendahkan, merasa dirinya kurang pintar Dan tidak layak diberi jawapan.

Setiap soalan yang diajukan anak kecil membuka peluang keemasan untuk ibu bapa mengembang Dan menajamkan mindanya. Setiap interaksi antara ibu bapa Dan anak adalah santapan minda untuk anak tersebut.

Internet Dan Pengaruhnya

Gaya hidup Internet merobah segalanya. Ledakan informasi bermakna anak anda dihujani dengan maklumat yang seringkali kurang tepat Dan mengelirukan. Paling serius jika IA membabitkan aqidah Dan kefahaman terhadap prinsip-prinsip Islam. Pun begitu, Internet boleh menjadi sumber maklumat Dan rujukan paling berharga jika anak anda tahu cara menggunakannya. Point saya di sini ialah, anak-anak yang tidak diendahkan soalan-soalannya kurang mahir berfikir secara kritikal Dan lebih mudah terpengaruh dengan elemen-elemen negatif di luar sana.

Mustahil ibubapa boleh menjawab dengan tepat semua soalan yang diutarakan anak-anak. Yang perlu dibuat ialah membimbing anak-anak supaya tidak mudah menelan bulat-bulat apa jua maklumat yang diterima.

Segelintir ibu bapa pula berpendapat bahawa tugas menjawab soalan anak-anak harus dipikul oleh guru. Hari ini, sistem sekolah amat menitikberatkan peperiksaan. Sekolah tidak menggalakkan anak-anak bercakap mahupun bertanya soalan kerana ianya dilihat sebagai mengganggu kelancaran guru mengajar.

Sistem sekolah yang "exam-oriented" sebegini sebenarnya bercanggah dengan naluri ingin tahu setiap kanak-kanak. Ini salah satu sebab ramai anak-anak yang hilang minat belajar di sekolah. Kepintaran anak-anak diukur berdasarkan pencapaian akademik.

Guru wajib menghabiskan silibus yang ditetapkan. Ditambah pula dengan pelbagai isu disiplin yang meningkatkan tahap tekanan guru, tidak hairanlah jika guru kesuntukan masa dan jarang sekali berpeluang melayani sifat ingin tahu kanak-kanak.

Ini bermakna, jika anda impikan anak yang pintar berfikir dan petah berbicara, andalah yang perlu bersikap proaktif dan membimbingnya tanpa jemu! Setiap soalan yang sarat dengan "mengapa", "kenapa", dan "bagaimana" yang terpacul dari mulut anak anda seharusnya diraikan dan diberikan respons sebaik yang anda termampu.

No comments: