Assalamualaikum....
Menjelang perayaan ni, yang bercadang nak beli pinggan mangkuk raya buat letak
rendang sangat2 di galakkan baca..
biasanya pinggan mangkuk di perbuat dari seramik
atau kaca. Tapi ramai yang x tahu ada pinggan mangkuk di perbuat dari tulang
khinzir. Ya, tulang khinzir/babi.
Fine YIYUN Bone China. Ingat betul2 jenama ini, catit kat handphone or
kertas kot2 nak gi shopping. Ini adalah jenama set pinggan mangkuk yang di
perbuat dari TULANG KHINZIR. Ia di perbuat dari negara China.
Ada sesetengah kedai akan letak label kalau
sesuatu barang tu di perbuat dari unsur2 khinzir. Itu okey, orang Islam boleh
alert, tapi yang x letak?? kita sendiri la yang harus berhati2…
Kalau
dah terbeli buanglah, jangan pakai okey….
JANGAN LUPA SEBAR KAT KAWAN2 DAN KENALAN ANDA…
p/s: dulu masa kanak2
selalu tanya kat apek jual berus lukisan. ”apek, ni berus babi ka?? Ekeke
Majlis Fatwa turut larang guna rangka haiwan tidak disembelih
SEPANG:
Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan Bone China atau pinggan mangkuk,
termasuk cawan dan piring yang mengandungi campuran tulang babi atau tulang
haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam adalah haram.
Bagaimanapun, peralatan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan
yang boleh dimakan dan disembelih secara Islam halal digunakan.
Pengerusinya,
Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata walaupun Bone China diperbuat
daripada tulang babi yang dibakar sehingga menjadi debu, ia tetap haram
digunakan umat Islam.
“Kita
dimaklumkan bahawa dalam setahun, tujuh juta babi disembelih di seluruh dunia
untuk tujuan ini dengan empat juta di China, walaupun sudah menjadi debu dan
diproses menjadi pinggan mangkuk, ia haram pada pandangan syarak.
“Begitu
juga jika ia diperbuat daripada tulang binatang yang boleh dimakan tetapi tidak
disembelih secara Islam, maka ia juga tidak boleh digunakan.
“Namun,
halal digunakan jika diperbuat daripada binatang yang halal seperti (tulang)
lembu dengan syarat disembelih secara Islam,” katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan Muzakarah ke-99 jawatankuasa majlis itu di sini, kelmarin.
Bone China adalah istilah
komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang
haiwan.
Berwaspadalah ketika
membeli pinggan mangkuk dan perkakas makanan seperti cawan dan piring daripada
seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan termasuk tulang babi.
BAGAIMANA CARA MENGETAHUI PORCELAIN DARI BONE CHINA ?
Bone China berwarna putih seputihnya oleh kerana ia diperbuat dari abu tulang, jadi ia adalah separa lut cahaya. Anda boleh lihat bayang tangan anda di sebalik pinggan Bone China jika di letakkan berhampiran cahaya. Sekarang telah banyak syarikat yang menghasilkan barangan Bone China dan tidak ekslusif seperti dahulu. Ini menjadikan proses untuk mengenal halal dan haram barangan ini menjadi sukar. Cara yang paling mudah ialah ELAKKANYA !!!!