1. Sabda Nabi SAW;
"Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'ban
janganlah kamu berpuasa (hinggalah tiba ramadhan)."
(Jami' at-Tirmizi;
738, hasan soheh).
2. Sabda Nabi SAW;
"Janganlah sesiapa mendahului Ramadhan dengan puasa
sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa,
maka bolehlah ia berpuasa."
(Soheh al-Bukhari; 1914).
3. 'Ammar bin Yasir RA berkata;
"Sesiapa berpuasa pada hari syak (30
sya'ban) dia mengingkari Abal Qasim (Nabi Muhammad SAW)."
(HR al-Bukhari
secara mu'allaq dan at-Tirmizi. Jami' at-Tirmizi; 686, hasan soheh).
Menurut Imam ar-Ruyani; hukum puasa selepas nisfu Sya'ban adalah makruh. Adapun
puasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan hukumnya haram (Tuhfah al-Ahwazi;
2/275). Namun, menurut ulama dikecuali larangan tersebut daripada tiga orang;
1. Orang yang meneruskan puasa yang dimulainya sebelum bulan Sya'ban masuk
separuh kedua (yakni sebelum 16 Sya'ban), sekurang-kurangnya ia berpuasa dari
15 Sya'ban.
2. Orang yang meneruskan kebiasaan puasanya; seperti ia biasa berpuasa isnin
dan khamis atau puasa nabi Daud AS.
3. Puasa qadha, nazar dan kaffarah.
-Ust. Ahmad Adnan Fadzil-