Halaman

Walaupn Hidup 1000 th. Klau x Smbahyang Apa Gnanya

Walaupn Hidup 1000 tahun klu x sembahyang apa gnanya
Showing posts with label Aedes. Show all posts
Showing posts with label Aedes. Show all posts

21.7.14

Mimpi Mimpi Nabi Muhammad Rasulullah SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”


1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkatWUDUKNYA YANG SEMPURNA.




3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.

7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”

5.4.12

10 Golongan Yang Diusir Dari Padang Mahsyar

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

2.3.12

Sukan Tidak Menutup Aurat ?


Tetapi, atlet bolatampar Iran ini (gambar) yang tetap memelihara aurat mereka walaupun bertanding di pentas sukan. Bagaimana Kerajaan Iran mengawal atletnya?

…… fikir2 kan lah.


20.1.12

Be.... (Geli-Geli)


Be Simple, .....but look Stylish

Be Tough, .....but look Soft

Be Tensed, .....but look Cool

Be a Begineer, .....but look like a Winner; that's the way of living Life.

Success is never Permanent

Failure is never Final

So always don't stop trying until your Victory makes a History

Affection is not measure when both take care of each other.

It is measured when one ignores & the other still continues to do so.

One day Life asked Dreams .....'When will you all come true?'

Dreams smiled & said .....'Never! .....Because the day I come true, I will loose my meaning'

16.1.12

Examples Of Stupid Questions People Ask… (Geli-Geli)


1. When people c u lying down, wid ur eyes closd dy still ask:- r u sleepin?

No! Em trainin 2 die.


 
2. When It's rainin & some1 notices u goin out, dy ask: - r u going out in dis rain?

No,in the next 1.


 
3. Ur friend calls ur home fone:- Where r u?

At de bus stop!


 
4. Dey see u wet comin 4m de bathroom:- Did u just hav a bath?

No, I fell in de toilet bowl !


 
5. U r standin rite in front of de elevator on the ground floor & dey ask:- Goin up?

No, no, em waitin 4 my apartmnt 2 come down & get me.


 
6. U bring a bunch of flowers 4 ur sweet heart. & dey ask:- r dose Fl.wers?

No baby! Dey r Carrots.


 
7. U'r on the queue 2 buy tickets de cinema, a friend saw u & ask:- wat r u doin here?

Em here 2 pay my uni fee..!


 
heeee…. heeee…. heeee....

14.1.12

One (Geli-Geli)


One song can spark a moment,

One flower can wake the dream.

One tree can start a forest,

One bird can herald spring.

One smile begins a friendship,

One handclasp lifts a soul.

One star can guide a ship at sea,

One word can frame the goal

One vote can change a nation,

One sunbeam lights a room

One candle wipes out darkness,

One laugh will conquer gloom.

One step must start each journey.

One word must start each prayer.

One hope will raise our spirits,

One touch can show you care.

One voice can speak with wisdom,

One heart can know what's true,

One life can make a difference,

You see, it's up to you!

21.12.11

Angry Birds


Bersempena ulang tahun kedua “Angry Birds” pada 11 Disember, IM menyeru peminat permainan “Angry Birds” di Malaysia mencontohi semangat juang yang ditunjukkan oleh ‘burung-burung yang marah’ terhadap ‘si pencuri’ dan mengajak setiap warganegara yang prihatin menghapuskan budaya korupsi dan pecah amanah di kalangan pemimpin.
 
Berdasarkan laporan berita The Malaysian Insider yang menyatakan “Angry Birds” adalah salah satu daripada carian Google paling popular di kalangan rakyat Malaysia,

IM memuji kreativiti pereka permainan “Angry Birds”, Rovio Mobile, yang berjaya memecah rekod tertinggi di dalam sejarah permainan video dengan jumlah muat turun melebihi 500 juta, hasil idea permainan yang santai, interaktif, dan mempunyai makna tersendiri.
 
Permainan “Angry Birds” memberi inspirasi perjuangan mempertahankan hak. “Angry Birds” secara kreatif dan penuh tekad berusaha mendapatkan kembali telur mereka yang dicuri.

Pada setiap peringkat, “Angry Birds” perlu meningkatkan keupayaan untuk memecahkan tembok dan helah oleh si pencuri untuk berselindung. Ini mengajar kita TIGA perkara iaitu;
 
i. Rakyat perlu bangkit menentang kezaliman

ii. Pencuri akan ditentang

iii. Pihak yang benar pasti akan mengalahkan pihak yang salah.
 
”Angry Birds” mengajar rakyat agar bangkit berjuang menghapuskan kezaliman dengan slogan popularnya “Jangan Curi !!”

Fikir-fikir kan lah!!!!

15.12.11

Wireless (Geli-Geli)

"it is a big freaky with this wireless technology"

7.12.11

Kelebihan Shalat 2 Rakaat Jibrail VS Shalat 2 Rakaat Umat Muhammad


Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
"Tatkala Allah ta'ala selesai menciptakan Jibrail a.s. dengan bentuk yang paling bagus, dan menciptakan pula pula baginya enam ratus sayap yang panjangnya sayap itu antara timur dan barat, maka Jibrail memperhatikan dirinya sendiri kemudian berkata: 'Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makluk yang lebih bagus daripada aku?".
 
"Allah ta'aala menjawab: "Tidak". Maka Jibrail berdiri serta shalat dua rakaaat kerana bersyukur kepada Allah ta'ala dan tiap-tiap rakaat lamanya dua puluh ribu tahun. Setelah selesai shalat, maka Allah ta'aala berfirman:

"Hai Jibrail, kamu telah menyembah kepadaKu dengan ibadat yang sungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadatmu; akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia dan yang Aku cintai, namanya 'Muhammad'.

Dia mempunyai umat yang lemah lagi selalu berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan shalat dua rakaat yang hanya sebentar saja, mereka dalam keadan lupa dan serba kurang, fikirannya pun melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaKu dan ketinggianKu, sungguh shalat mereka itu lebih Aku sukai daripada shalatmu, kerana mereka mengerjakan shalat dengan perintahKu sedang kamu mengerjakan shalat tanpa perintahKu."
 
Kata Jibrail: "Yaa Tuhanku, apakah yang Engkau anugerahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?".
 
"Allah berfirman: Mereka Ku beri syurga Ma'waa/ sebagai tempat tinggal".
 
Maka Jibrail minta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa itu dan Allah pun mengizinkannya. Kemudian berangkatlah Jibrail dengan menebar seluruh sayapnya dan terbang. Setiap dia menebarkan dua sayapnya, boleh menempuh jarak perjalanan tiga ribu tahun dan ketika menelangkupkan pun dapat menempuh jarak yang sejauh itu.

Maka dia pun sudah terbang seperti itu selama tiga ratus tahun lamanya sehingga letih lemahlah dia yang akhirnya turun singgah berteduh dibawah bayangan sebuah pohon dan sujud kepada Allah ta'aala seraya berkata mengucapkan didalam sujudnya: "Yaa Tuhan, apakah saya sudah merempuh didalam jarak setengahnya, atau sepertiganya atau seperempatnya?".
 
Allah menjawab: "Hai Jibrail, kalaulah engkau terbang tiga ratus ribu tahun, dan meski punlah Aku berikan kepadamu kekuatan seperti kekuatanmu yang sudah ada dan Aku beri pula beberapa sayap sebanyak sayap yang telah engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telahKu berikan kepada umat Muhammad terhadap imbuhan shalat dua rakaaat yang mereka kerjakan". (Misykaatul Anwaari).

6.12.11

Khutbah Wida’ Rasulullah S.A.W.

Foto kosmetik sahaja

Wasiat terakhir Rasulullah S.A.W. alam seluruhya menangis menyaksikan detik perpisahan dengan Nabi tercinta
 
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah 632 Masehi di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
 
“ Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
 
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
 
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
 
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
 
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
 
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
 
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU.
 
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU ”.

15.11.11

Malaysia: Rakan Niaga Terbesar Israel ?

Adakah Malaysia merupakan antara rakan besar perniagaan Israel ?

Dari maklumat carta yang di keluarkan oleh trade.ec.europa.eu , telah menunjukkan bahawa di tahun 2010, Malaysia adalah merupakan rakan niaga ke 15 terbesar Israel, rakan import ke 24 terbesar Israel dan rakan ekspot ke 11 terbesar Israel.

Dibawah ini adalah carta yang di petik daripada trade.ec.europa.eu , yang mana ia menunjukkan hubungan dagangan terbesar dua hala antara Israel dan rakan-rakan niaganya. Disitu tersenarai nama negara Malaysia sebagai salah satu rakan dagang terbesar Israel.

 
Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan...‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel.
 
Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.

Wallahhu a'lam.




29.10.10

Cara Mudah & Murah Cegah Aedes


Nyamuk cukup mengganggu dan sangat berbahaya sebagai penyebar berbagai penyakit mematikan.
Cairan pembunuh serangga di pasaran kurang efisien dan bahkan membawa dampak sampingan yang serius.

Berikut ini cara MUDAH dan MURAH yang boleh dicoba. Sesuai untuk segala kondisi pemukiman, sekolah, hospital, taman perumahan, di rumah dll. Sangat KREATIF untuk dicoba di di tempat masing-masing.

Bahan2 yang di perlukan :

- 200 ml air

- 50 gram gula merah

- 1 gram ragi (beli di toko makanan kesehatan dan kedai)

- botol plastik 1,5 liter

Langkah-langkah pembuatan :

1. Potong botol plastik di tengah. Simpan bagian atas/mulut botol.


2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga dingin dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.

 
3. Tambahkan ragi. Tidak perlu diaduk (kacau) Ini akan menghasilkan karbon-dioksida.

 
4. Pasang/masukkan potongan botol bagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.

 
5. Bungkus atau balutkan botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali bagian atas, dan diletakkan di beberapa sudut rumah/sekolah/taman perumahan/hospital dll.

 
Jeng...jeng...jeng....dan inilah hasilnya...... dalam 2 minggu....banyaknyer nyamuk mati !
 
 
Hapuskan aedes... tiada aedes tiada denggi... tiada yang mati....
Pencegahan lebih baik dari rawatan....